«

»

Jun 19

10 Ahli Parlimen Pas sokong Tok Guru

SHAH ALAM – Sepuluh Ahli Parlimen Pas semalam menyatakan sokongan penuh dengan ketegasan yang diambil oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu kerajaan perpaduan.

Ahli Parlimen tersebut terdiri da:ripada Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Dr Siti Maiah Mahamud (Kota Raja), Dr Lo’ Lo’ Mohammad Ghazali (Titiwangsa), Dr Ahmad Hayati Othman (Pendang), Taib Azamuddin M Taib (Baling) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Bagaimanapun, dua Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar yang turut berada di Parlimen tidak dalam senarai yang manandatangani surat sokongan: tersebut.

:P ada sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen semalam, Dr Hatta yang juga Bendahari Pas Pusat berkata, mereka berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu untuk memperkukuhkan kerjasama dengan PR.

:“Kami ingin tegaskan persoalan bahawa kerajaan perpad:uan tiada dalam agenda Pas sebagaimana dijelaskan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kelmarin,” katanya.

:Bagaimanapun, Dr Hatta menafikan bahawa sokongan kepada Mursyidul Am tersebut menandakan mereka hilang keyakinan terhadap Presiden dan Timbalan Presiden.

:Sementara itu, Khalid ketika menjawab soalan berkaitan kenyataan Nik Aziz agar Nasharuddin Mat Isa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden berkata, Presiden dan Timbalan perlu menjelaskan pendirian masing-masing.

:Katanya, mana-mana kepimpinan Pas yang ingin meperjuangkan agenda kerajaan perpaduan harus dilakukan diluar parti.

:“Sesiapa yang perjuangkan kerajaan perpaduan maka dia bercanggah dengan keputusan muktamar,” katanya.

Huh huh huh, dah nyata mereka yang menyokong Nik Aziz ialah antara kalangan golongan professional PAS yang diketuai oleh Husam Musa. Mereka lebih sanggup bersekongkol dengan kafir harbi dari bermuzakarah dan berbaik sesama Islam. Mereka lebih rela berpeluk cium dengan kafir harbi dari bersalam-salaman dengan saudara se-Islam. Bagi mereka politik lebih penting dari merapatkan silaturrahim.



Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO