Huh huh huh, xde yang menarik yang nak aku ceritakan pagi tadi punya hal. Aku jangka yang datang sokong Al-Juburi ada dalam 500,000 orang kalau kurang pun dalam 5000 orang gitu. Tapi aku pelik, mana perginya penyokong-penyokong Al-Juburi lain? Malah para penyokong PAS pun tak kelihatan. Mana perginya mereka? Adakah mereka sibuk di Manek Urai dan tidak mempedulikan langsung keperitan Dewa Al-Juburi mereka ini? Aku tengok tak sampai 300 orang, boleh dikatakan kurang 200 orang penyokong Al-Juburi. Suasana di perkarangan mahkamah juga tenang dan tidak tegang. Brader-brader Polis yang bertugas juga seolah-olah kehairanan dan terpinga-pinga kerana tidak menyangka keadaan setenang begini. Tiada langsung kerumunan penyokong Anwar seramai 500 ribu orang bertindak ganas, membaling botol, kayu, batu dan telur tembelang ke arah Polis. Tiada jeritan dari FRU supaya perusuh bersurai… Itupun para penyokong yang hadir dengan beberapa buah bas tak tahulah diimport dari kandang babi mana, mungkin dari kandang babi Permatang Pauh. Apapun aku tak sempat merakamkan gambar suasana di mahkamah kerana aku tidak membawa kamera langsung. Nak harapkan kamera 2.0 Megapixel pada Sony Ericsson W810i aku ni, memang tak boleh diharap. Sebab kalo ambik pun gambar tetap blur. Apapun tahniah kepada barisan blogger BPN yang turut serta dan tak lupa kepada Parpukari kerana sudi mengajak turun. Kebetulan hari ni aku kerja syift petang, maka aku berkesempatan memecut Wave 100 ke Jalan Duta dengan harapan agar jalan tidak sesak dengan penyokong Al-Juburi yang bertindak ganas. Risau juga tak pasl-pasal kena libas dengan kayu. Apapun sekali lagi kes ditunda ke 15 Julai ini. Kena tunda lagi la nampaknya dan Al-Juburi pun menarik nafas pendek, sebab hari ni tak jadi bicara, next week la nampaknya ye Al-Juburi? Apapun aku harap 15 Julai nanti aku berkesempatan sekali lagi turun. Itupun kalau tak kerja syift pagi lah. He he he he he
Oh ya kalau nak tengok gambar-gambar suasana di Mahkamah Jalan Duta, silakan melawat blog teman seperjuangan aku, Parpukari















