«

»

Jan 03

Adakah Ada Agama Lain Selain Islam?


Di sini aku hendak menjawab segala komen yang diberikan…

Komen Pertama

Anonymous said…

Bila bermulanya Islam ?
Adakah pada zaman Nabi Muhammad dan turunnya Al-Quran? Jika jawapannya : Ya. Mengapakah Adam,Nuh,Ibrahim dan nabi-nabi semuanya mengaku muslim sebelum kedatangan Muhammad ? Dan lagi Nabi Muhammad mengatakan yang baginda meneruskan apa yang telah disampaikan para nabi-nabi dahulu.
Islam telah disempurnakan pada zaman nabi Muhammad.Ini bermakna Islam itu telah wujud sebelum nabi Muhammad dan Al-Quran diturunkan.Dari mana asalnya perkataan Allah?Siapa pula yang menciptakan kalimah Allah? Kitab apa yang mula-mula tertulis perkataan Allah ?
Bila wujudnya bangsa Arab dan bahasa Arab ? Bila pula kalimah Allah wujud dalam bahasa Arab ?
Siapa pula orang yang pertama sekali yang menyebutnya kalimah Allah didunia ini ?
Banyak persoalan ini perlu dijawab oleh ahli sejarah !!!
Bahasa nabi Adam apa ?

January 2, 2010 10:21 AM

Komen Kedua

Anonymous said…

Apa masalah membenarkan orang bukan Islam guna perkataan Allah?

Masalahnya yang teramat besar bakal muncul sebab hujah mereka adalah dari artikel 11. Kalau artikel 11 membenarkan mereka menggunakan nama Allah kerana nama Allah itu bukan hak eksklusif umat Islam, maka perkataan seperti solat, masjid, kaabah juga boleh digunakan oleh mereka dengan sewenang-wenangnya sebab umat Islam juga tiada hak eksklusif dalam istilah ini.

Umat Islam juga tiada hak eksklusif terhadap dana kerajaan oleh itu dana kerajaan perlu digunakan untuk dakyah dan pembangunan agama lain dari Islam. Umat Islam juga tiada hak eksklusif terhadap agama orang Islam, oleh itu orang Islam bebas murtad. Apa lagi nak tambah?

January 2, 2010 10:33 AM

Komen Ketiga

Bengang said…

Kalau nak longgar, longgarkanlah semua!
Kenapa orang Islam tak diberi kebebasan mutlak utk memilih agamanya sendiri?
Kenapa orang Islam yg murtad nak dihukum pula?
Bebas! Beri semua orang kebebasan!
Janganlah sikit2 nak halang. Itu tak boleh. Ini tak boleh.
Malaysia boleh!

January 2, 2010 6:57 PM

Komen Keempat

Accept Je La… said…

Ni lah akibatnya bila TokNajisNazak ke hulu ke hilir dgn 1 M’sia… sampai perkataan ALLAH pun nak dikongsikan bersama semua kaum. so… jgn dok nak salahkan PakLah dan KJ je!

January 2, 2010 8:39 PM

Allah menurunkan Al-Quran mengikut bahasa dan pemahaman bangsa Arab ketika itu. Jika ketika itu Allah turunkan Al-Quran kepada bangsa Melayu, sudah pasti Al-Quran diturunkan di dalam Bahasa Melayu. Allah itu Maha Mengetahui, Dia tahu bahasa sekelian makhluknya dari sekecil-kecil kuman hingga sebesar-besar mahkluk. Kerana Dia yang menciptakan segala bahasa tersebut. Tetapi di akhirat kelak, bahasa yang digunakan di sana sudah tentulah Bahasa Al-Quran… Bahasa kitab yang diturunkan kepada Penghulu Segala Rasul dan Nabi… Kitab yang diturunkan kepada Rasul pemutus zaman…

Perkataan Allah itu bukan datang dari sesiapa, Allah sendiri memiliki nama tersebut sejak awal sebelum Nabi Adam A.S dicipta. Kalimah Allah memang bukan hak eksklusif orang Islam, tetapi hak mutlak Allah SWT… Orang Islam WAJIB menentang sebarang niat menyamakan Allah dengan TUHAN kepercayaan lain…

Di dalam Islam tiada agama lain… Kristian, Buddha, Hindu dan yang lain-lain adalah KEPERCAYAAN… Bukan agama… Agama hanya ada satu sahaja dalam alam semesta ini iaitu Agama Islam… Tiada agama lain selain Islam… Oleh itu hanya Agama Islam sahaja yang berhak dianuti sekelian manusia. Di dalam Islam terdapat berbagai-bagai keistimewaan yang diperolehi oleh penganutnya. Islam bukan terjadi sendiri. Islam bukan dicipta oleh manusia. Bukan dicipta oleh para Nabi dan Rasul.

Apa keistimewaan kepercayaan lain berbanding Islam? Adakah kepercayaan lain menjamin pengikutnya ke syurga? Tidak… Allah telah berfirman, tiada satu manusia yang masuk ke syurga kecuali mereka yang beriman kepada Allah…

Apa itu IMAN? IMAN ialah kepercayaan, kepatuhan serta menyerahkan rohani dan jasmani kita hanya untuk Allah… Kita percaya seluruh alam semesta ini dicipta oleh Allah. Kita percaya kita sendiri dicipta oleh Allah. Kita percaya wujudnya hari kiamat. Kita percaya adanya hari pengadilan. Kita percaya segala yang terkandung dalam Al-Quran adalah BENAR. Kita percaya bahawa mati itu benar. Kita percaya pada hari akhirat kelak semua manusia tanpa mengira umur, kepercayaan, bangsa dan segalanya akan dibangkitkan dari kubur untuk dihisab.

Tidak ada agama lain yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat selain Islam… Kenapa perlu pilih kepercayaan lain? Sedangkan Islam terlalu-terlalu sempurna.

Islam tidak pernah memaksa sesiapa untuk menganuti Islam. Islam memegang prinsip toleransi. Sebab itu Islam boleh bertolak-ansur kepercayaan lain. Tetapi tidak menjamin kepercayaan itu boleh menjaminkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Tetapi apabila Umat Islam sendiri menyalah tafsirkan maksud dalam Al-Quran, maka timbullah bermacam-macam jenis kerenah yang dilakukan oleh umat Islam, termasuklah menjadi pengganas.

Allah melarang kita menyakiti orang lain hatta ianya berbeza kepercayaan dengan kita, KECUALI… Orang itu telah menceroboh ibu pertiwinya dan melakukan kejahatan. Contohnya seperti Tentera Israel menceroboh Palestin. Memang wajib ditentang. Tetapi jika kita mengebom tempat awam yang dikunjungi oleh pelancong asing, itu bukan jihad namanya, tetapi jahat. Jihad tidak semestinya termaktub dalam soal memerangi kafir sahaja. Kita berpuasa juga boleh dikatakan jihad, sebab kita memerangi nafsu kita.

Kesimpulannya di sini, mengapa perlu memilih kepercayaan lain? Sedangkan banyak keistimewaan di dalam Islam. Di direntangi keistimewaan di dalam Islam ini, masih boleh meliliti bumi ini beratus-ratus kali.

Oleh itu tepuk dada dan tanya selera. Mengapa perlu melilih kepercayaan lain?

Kristian. Mempercayai Jesus (Nabi Isa A.S) adalah anak Tuhan. Walhal Nabi Isa ialah hamba Allah juga seperti kita, cuma Allah memberika keistimewaan dan mukjizat kepada Nabi Isa.

Hindu. Mempercayai banyak Tuhan. Seperti Murugan, Ganesha, Shiva, Krishna, Durga, Kali, Lakshmi, Saraswati, Jagannath, Hunuman dan banyak lagi…

Kemudian Buddha mempercayai banyak Tuhan. Tetapi kesemua Tuhan mereka ini siapa yang buat? Adakah Tuhan-Tuhan mereka ini terjadi sendiri-2? Atau turun dari langit ke tujuh? Tidak… Manusia sendiri yang membuat Tuhan mereka ini. Kemudian mereka sembah hasil ciptaan manusia. Bagi kita memang seolah-olah ianya biasa sahaja.

Cuba kalau kita lihat orang lain menyembah kereta atau lori atau motor… Mereka memuja-muja dan meminta sesuatu dari benda tersebut. Bagi kita pasti tak masuk akal bukan?

Tetapi hakikatnya baik kereta, lori mahupun patung-patung Tuhan mereka itu semuanya barang ciptaan manusia juga…

Aku akui adakalanya pemimpin kita ni seolah-olah memandang remeh akan perkara ini. Jangan dipersalahkan mereka. Seharusnya kita bantu sesama Islam menegakkan maruah Islam. Selagi Islam bertelagah, selagi itu Islam lemah. Bila lemah kafir pun mengambil kesempatan. Contohnya sekarang. Ini baru fasa pertama Perang Salib oleh Kristian. Mungkin selepas ini akan ada lagi.

Ingatlah peristiwa Perang Salib yang pernah terjadi suatu masa dulu… Ianya bakal terjadi sekali lagi pada masa kini. Wallahua’lam.


19 comments

Skip to comment form

  1. Dal

    When Khalid Samad wrote

    "… seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " in his blog and infered that, quote "bahawa orang bukan Islam, …… menggunakan perkataan ‘Allah’, unquote, in the Qur-an, he has blasphemed.

    NO ONE beside Allah s.w.t. say or utter the "allah" in the Qur-an.

    All words in the Qur-an are Allah's word. It's Allah who say "Allah" in the Qur-an.

    None of Khalid Samad's Christian or Jewish frinds has left any word in the Qur-an.

    Khalid Samad has said something of Allah that he has no knowledge of.

    About this, Allah has turned against Khalid Samad and his kind, 1400 years ago saying (9:30) "…. That is a saying from their mouth; (in this) they but imitate what the unbelievers of old used to say. Allah's curse be on them: how they are deluded away from the Truth!"
    —————————-
    Apabila Khalid Samad menulis

    "… seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”? " di dalam blognya serta condong kepada maksud , "bahawa orang bukan Islam, …… menggunakan perkataan ‘Allah’, di dalam Al Qur-an, dia sudah melakukan syirik kerana meletakkan hamba setaraf di sisi Allah iaitu menduakan Allah pada perkataan dan perbuatan.

    TIADA SIAPA SELAIN ALLAH yang berkata-kata di dalam Al Qur-an.

    Semua perkataan di dalam AlQur-an adalah Qalam un Qadiim. Hanya Allah menyebut "Allah" di dalam Al-Quran.

    Tiada seorang pun kawan Nasrani atau Yahudi Khalid Samad berkata sesuatu di dalam Al Qur-an.

    Khalid Samad telah memperkatakan sesuatu tentang Allah yang dia tiada ilmu mengenainya.

    Berkenaan dengan pekerti dan dakwaan Khali Samad sedemikian rupa, Allah telah menghujjahnya 1400 tahun dahulu dengan berkata, "….. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?" (9:30)

  2. eXception

    Ya betul, Dal… Terima kasih sebab memberikan komen… Jika nak terjemah ayat Al-Quran tp terjemah sekerat-sekerat, ini dah boleh memesongkan akidah… Sebab pemahaman akan jadi lain… Contohnya kita kena sebut kalimah 'La ilaha illallah' dengan penuh… Bila kita sebut 'La Ilah' maksudnya jadi lain… Astaghfirullahal'azim…

  3. Cucu Tok Wan

    Itulah akibatnya kalau sudah terlalu terdorong untuk mendapatkan undi kafir, sehinggakan apa yang ada pada dirinya, diserahkan untuk dikongsikan bersama-sama teman kafirnya…

    Lebih sanggup mengambil hati kaum kafir daripada menjaga hati saudara seIslamnya… dan sekarang, dengan menggunakan tentera-tenteranya sedang cuba mendivert isu ini untuk dipersalahkan kepada UMNO pula…

    Lebih buruk apabila menyamakan kalimah Allah yang bila wujudnya hanya Allah Taala yang mengetahui, dengan hukum fiqh yang sememangnya sudah jelas keharamannya…. kalimah Allah yang termasuk dalam perkara akidah cuba nak disamakan dengan judi yang termasuk dalam maslahah fiqh….

    sememangnya puak-puak penyesat ini semakin menyesatkan!

  4. Anonymous

    sesungguhnya bertaubatlah wahai bangkai2 bernyawa akan kemunafikkan mu

  5. Jeffry

    SLM BRO..KITA BANTAH BKN SUKE2. INI KERANA BERKAITAN DGN AKIDAH DAN TAUHID KITA TERHADAP ALLAH SBG ORG ISLAM!..KLU KHALID GEREJA NAK SGT PERTAHANKAN PENGGUNAAN ALLAH PD AGAMA LAIN DIA BLH SAJE ANUT AGAMA LAIN BILE2 MASA. TP JGN SEKALI2 MENDUAKAN ALLAH! BURUK AKIBATNYE!!

  6. eXception

    Sedikit sebanyak pemimpin UMNO pun silap jugak. Berikan Hakim kafir mengadili kes berkaitan maruah Agama Islam…

    Tetapi doakan agar di dalam rayuan nanti, Herald takkan dapat mencapai cita-citanya…

    Pembangkang menganggap ini permainan UMNO dan BN… Kononnya mahu mengapi-apikan rakyat membenci PAS… Ini tidak benar sebab rekod sebelum ini Hakim Liu Ban Lan banyak menyebelahi pihak pembangkang…

  7. Accept Je La

    Pasal pemimpin Be-eNd dok sibuk bila kes-kes yg melibatkan PR je… kes2 DUN Perak dan kes2 DSAI baru diorang gunakan kekuasaan utk tekan Tok2 Hakim tu!

    Bila libat kes yg tak beri kepentingan tembolok mereka… mrk tak amek port langsung! Bila rakyat bbising… jadi isu, baru nak jadi champion! Typical UMNgOk!

  8. eXception

    Dan pemimpin-2 PR juga sibuk nak merampas kuasa… Dan ada juga sibuk nak meraih undi dari orang kafir dan sanggup melacurkan agama sendiri demi kepentingan politik. Dak gitu Accep Je La?

  9. Accept Je La

    Nama ALLAH dah digunakan dek kafir sejak zaman jahiliyah lagi. Kat Sabah Sarawak dan Indonesia yg khutbahnya byk dlm bahasa Melayu/Indonesia dah berzaman guna prkataan ALLAH… awat baru skrg nak memekik-melolong?

    Takde gunanya dok mempertahankan penggunaan perkataan ALLAH kalo segala suruhn dan ajarannya diketepikan. KeTUHANan dikesampingankan sementara keTUANan diperjuangkan… keTUANan meLAYU?

    Anak bekas PM Msia jadi Board of Director sykt Arak SanMiguel di Filipina kenape didiamkan aje. Pemimpin negara meluluskan 10 lesen judi di awal pemerintahannya nape dok membisu. Kilang arak Anchor dan Carlsberg dibina masa pentadbiran Be-eNd kenape bisu…. Byk beno tak tertulis… lantak korang la kalo bersubahat!

  10. eXception

    Itu negara lain, lantaklah… Pemimpin diorg tak peduli pada Agama Islam. Lebih-2 lagi Indonesia yang terkenal dengan Pancasila…

    Kalo kat Sabah dgn Sarawak, mereka lakukan tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Jika nko ada bukti tolong tunjuk… Jangan setakat sedap ckp jer…

    Pasal bekas PM Malaysia tu, tlg bgtau sape nama dia… Pastu tunjukkan bukti sahih… Takde bukti aku boleh dakwa nko atas kesalahan memfitnah…

    Pasal kilang arak, aku dgr sblm PR nak memerintah Selangor ada yg kata nak tutup. Aku dgr mcm ni la… Ramai yg menuntut janji dari pemimpin PR sorang ni… Kalo PR Islamik sgt, kenapa tak tutup?

  11. eXception

    Itu negara lain, lantaklah… Pemimpin diorg tak peduli pada Agama Islam. Lebih-2 lagi Indonesia yang terkenal dengan Pancasila…

    Kalo kat Sabah dgn Sarawak, mereka lakukan tanpa pengetahuan pihak berkuasa. Jika nko ada bukti tolong tunjuk… Jangan setakat sedap ckp jer…

    Pasal bekas PM Malaysia tu, tlg bgtau sape nama dia… Pastu tunjukkan bukti sahih… Takde bukti aku boleh dakwa nko atas kesalahan memfitnah…

    Pasal kilang arak, aku dgr sblm PR nak memerintah Selangor ada yg kata nak tutup. Aku dgr mcm ni la… Ramai yg menuntut janji dari pemimpin PR sorang ni… Kalo PR Islamik sgt, kenapa tak tutup?

  12. Accept Je La

    Majlis Agama kat Sabah dan Sarawak tu selama ni makan gaji buta ke sampai aku plak nak gi dapatkan bukti? Tu agensi kerajaan di bawah PM 1M'sia… pakai la ngok!

    Buat2 tak tahu plak… aku baca dlm komen blok nko, dah ade mamat yg copykan blog address berkenaan perkara ni… termasuk news dlm Malaysian Insider, surf la! Anak X-PM la ngok… Mirzan Miguel the Board of Director, San Miguel.

    Masa bina dan buka kilang arak… korang sokong/undi kerajaan tu, masa nak roboh korang nak suruh kerajaan lain plak? Kalo aku berak… nko nak cebuk kan ke?
    Ngap…ngap, dah la ngap… ngang dan ngai plak tu!

  13. Accept Je La

    Majlis Agama kat Sabah dan Sarawak tu selama ni makan gaji buta ke sampai aku plak nak gi dapatkan bukti? Tu agensi kerajaan di bawah PM 1M'sia… pakai la ngok!

    Buat2 tak tahu plak… aku baca dlm komen blok nko, dah ade mamat yg copykan blog address berkenaan perkara ni… termasuk news dlm Malaysian Insider, surf la! Anak X-PM la ngok… Mirzan Miguel the Board of Director, San Miguel.

    Masa bina dan buka kilang arak… korang sokong/undi kerajaan tu, masa nak roboh korang nak suruh kerajaan lain plak? Kalo aku berak… nko nak cebuk kan ke?
    Ngap…ngap, dah la ngap… ngang dan ngai plak tu!

  14. Langsi

    Bagus betul puak2 UMNgOk yg memperjuangkan perkataan ALLAH…

    Jgn perjuangkan perkataan je… perjuangkan sama syariat, buat suruhan dan jauhi larangan ALLAH!

    Mulai sekarang… kite kaji segala kemungkaran dan kemakrufan di bumi Msia. Tengok Genting dan kilang2 arak yg dibina zaman Be-eNd… jom musnahkan.

    Pemimpin yg luluskan 10 lesen perjudian di awal pemerintahan… kita singkirkan. Anak x-PM yg jadi Board of Director dlm San Miguel,sykt arak Filipina kita buang kerakyatan.

    Kes sebat model… nape plak ditangguh2 kalo nak ikut Islam!

    Lepas kita pakat kumpul ramai2 kat Dataran Merdeka, KLCC, Damansara panggil sama TV3suku, RTM maknanya RumahTumpanganMsia kta sambut MAAL HIJRAH bukan NEW YEAR! Macam… ada setuju ke wahai pejuang bangsa2 Melayu?

  15. Langsi

    Kenapa tak dijawab komen Accept Je La… ada juga kebenarannya komen dia tu? Awat dah tersedak biskut ke?

    Hidup Melayu….! Ni la Melayu, hidupnye meLAYU je la….
    Ko Melayu ke eXception? Accept Je La! (Bro…pinjam nick hang no!)

  16. eXception

    Sorry aku bukan tak nak jwb, tp cerita ni aku br dgr so kena wat research dulu… Dan cari cerita sebenar. Aku takleh caya sgt cerita fitnah ni…

    Ok cerita sebenarnya Mukhriz bukan Board of Director dalam San Miguel… Tetapi cuma melabur dalam sykt Q-Tech Alliance. Kebetulan pula Q-Tech Alliance ada kepentingan dalam San Miguel… Itupun selepas Kirin menjual SMC kepada Q-Tech Alliance.

    Tetapi Mukhriz dalam proses perbincangan dengan Q-Tech Alliance untuk melepaskan pegangan saham terhadap San Miguel.

    Jadi sebelum percaya cerita bohong dan fitnah, selidik dulu… Jgn dapat dengar guruh kat langit je, air dalam tempayan dicurahkan…

    http://business.inquirer.net/money/topstories/view/20090522-206524/Kirin-completes-divestment-from-SMC

    http://pilihan-anda.blogspot.com/2009/09/putar-belit-oleh-ulama-pkr-terhadap.html

  17. lara_nur

    Syabas bro! Dowg ni pandai ckp tapi xreti nk selidik dulu..dah termalu sendiri pulak.pastu lg nk belit2 isu lain…mana y berdegar2 sngt tu cuba bwk hujah bernas sikit..ni dah terdiam pulak.hampaih

  18. eXception

    lara_nur, sebenarnya diorg tahu benda ni, tetapi cuma mahu memesongkan akidah Umat Islam demi kepentingan politik. Hanya Umat Islam yang berilmu dan banyak membaca akan tahu niat Khalid Samad. Orang Islam yang xde ilmu pengetahuan, ibarat kerbau dicucuk hidung… Seperti Langsi dan Accept Je La… Umat macam ni pakat ikut je… Tok Guru terjun bangunan, diorang pun pakat ikut terjun…

  19. eXception

    Pasal isu Mirzan pula, diorg hanya memetik dari berita sebelah pihak sahaja… tapi tak reti buat research… Orang mcm ni buta akal fikiran… Allah dah bg akal suruh kita berfikir dan mencari kebenaran…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>