«

»

Jul 09

Adakah ini melambangkan Islam?

Aku nak tanya koranglah, adakah dengan memakai serban, maka kita layak berbicara tentang Islam? Kita layak menjatuhkan hukum-hakam? Kita layak mengeluarkan fatwa?
Adakah serban ini melambangkan seseorang itu boleh menganggap dia lebih Islam dari orang lain?



Apakah bezanya serban, kopiah dan songkok? Adakah songkok hanya layak dipakai oleh orang UMNO sahaja? Orang PAS sahaja yang layak memakai serban dan kopiah? Adakah dengan memakai serban dan kopiah menentukan bahawa seseorang itu layak mendapat jaminan syurga berbanding orang yang memakai songkok? Inilah hakikatnya PAS sekarang. Islam pada mereka terletak pada serban dan kopiah yang mereka pakai.



Hai nasiblah bagi mereka yang memakai songkok, mungkin tak cium bau syurga gamaknya. Itulah yang selalu didendangkan oleh pengikut-pengikut PAS yang tolol dan dungu. Mereka percaya 250% apa yang dikatakan pemimpin mereka. Jika pemimpin mereka mengaku Rasul baru pun mereka percaya… Entahlah… Agama Islam dijadikan alat permainan politik… Menjijikkan sekali perbuatan mereka yang pada anggapan perbuatan mereka itu sangat suci.




5 comments

Skip to comment form

  1. Anonymous

    Umno parti penakut.Yang memerintah sekarang siapa? Umno atau orang yang membangkang. Adakah umno mengambil pendapat orang yang mengundi mereka ?

  2. Ekeng A/L Etong

    Orang PAS ingat, dalam dunia ni depa saja yang Islam. Yang jadi ahli PAS saja boleh masuk syurga.

    Apa hal dengan umat Islam di tempat lain dalam dunia ni yang tak boleh jadi ahli PAS?

  3. eXception

    Kepada Anonymous, adakah pembangkang bertanya kepada pendapat rakyat keinginan pembangkang untuk membina ladang babi? Adakah pembangkang bertanya kepada pendapat rakyat untuk mengekalkan pusat penyembelihan babi? Adakah pembangkang tanya pendapat rakyat tentang peribadi Ketua Pembangkang sendiri yang hancurr?? Jika tidak dapat jawab soalan ni, jangan pandai-pandai nak memprovok orang lain… Aku tahu minda penyokong pembangkang teramat sempit, sehingga sukar menerima kebenaran.

  4. Anonymous

    Hadis Berkaitan Serban Rasulullah s.a.w
    Posted on Februari 6, 2010 by albakriah

    muria4

    1. Jabir RH meriwayatkan bahawa tatkala Mekah ditawan maka Rasulullah s.a.w memasuki kotanya dengan memakai serban hitam

    ( Sohih Muslim, Bab Manasik / Sunan Abu Daud, Bab Pakaian / Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Tirmizi, Bab Jihad & Pakaian/ Sunan Nasai’e, Bab Perhiasan)

    2. ‘Amr ibn Huraith RH berkata :”Daku melihat Rasulullah s.a.w memakai serban hitam

    ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian, Hadis 3584/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian, Hadis 4077/ Sohih Muslim, Bab Haji, Hadis 1359/ Sunan Nasai’e)

    3. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Saya masih ingat Rasulullah s.a.w berkhutbah memakai serban hitam di kepalanya dan shamlah (ekor serban) berada di antara dua bahu baginda”.

    ( Sohih Muslim dan Sunan Nasai’e)

    4. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Daku melihat Rasulullah s.a.w berkhutbah dengan memakai serban hitam di kepala baginda yang mubaraj (diberkati)

    ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian/ Sohih Muslim, Bab Haji)

    5. Ibnu Umar RH meriwayatkan : Apabila Rasulullah s.a.w memakai serban, baginda akan membiarkan ekor serban baginda itu di antara bahu iaitu di belakang.

    Nafi’ RH berkata : Aku telah lihat Abdullah bin Umar RH meniru cara yang sama

    Ubaidullah salah seorang murid Nafi’ RH berkata : Daku melihat Qasim bin Muhammad ( cucu Abu Bakar RH) dan Alim bin Abdullah ( cucu Umar RH) juga mengikut cara yang sama

    ( Sunan Tirmizi , Bab Pakaian, Hadis 1736)

    6. Ibnu Abbas RH melaporkan : Rasulllah s.a.w pernah menyampaikan khutbah memakai serban hitam atau lilitan kain (yang ada kesan minyak rambut)

    (Sohih Bukhari, Bab Manaqib)

    7. Sabda nabi s.a.w : Pakailah serban selalu kerana ia menambah kesopanan seseorang

    ( Fathul Bari)

    Seorang telah bertanya Abdullah ibnu Umar RH : Adakah memakai serban adalah sunnah?”. Jawab beliau : Benar! Ia adalah sunnah

    8. Tersebut dalam sebuah hadis : Biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir

    Rujukan :

    1. Syamail Tirmizi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawra at-Tirmizi

    2. Khasail Nabawi s,a,w Syarah Syamail Muhammadiyyah s.a.w, Muhammad Zakaria Kandhalawi

    p/s : adapun memakai songkok tidaklah jatuh hukuumnya masuk ke neraka, tidak pernah keluar daripada mulut mana2 ulama mahupun orang awam yang faham akan agama mengatakan pakai songkok itu masuk neraka, apa-apa hal, songkok itu harus kerana menutup kepala sepertimana kopiah menutup kepala, adapun serban itu cuma lebih mengikut akan sunnah rasulullah berdasarkan hadith2 dan ijma' ulama… wallahua'lam

  5. eXception

    Ya betul tu Anon… Kdg-2 bila berpolitik langsung tidak sedar apa yang dia kata itu menyeleweng dari perkara sebenar. Begitu mudah menjatuhkan hukum… Inilah jadinya apabila Agama Islam dijadikan alat politik. Al-Quran dijadikan permainan… Hingga kafir pun boleh membaca ayat Al-Quran sampai tunggang-langgang pun tak kisah… Politik punya pasal takde hal punya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>