«

»

Aug 02

Adakah PR Terlupa Akan Nasib Penduduk Kg Buah Pala?


Dek kerana asyik membicarakan perihal perhimpunan haram semalam, kita terlupa akan nasib penduduk Kg Buah Pala yang mana esok rumah mereka akan dirobohkan oleh pemaju.

Kpg Buah Pala: Tarikh akhir pindah esok

Kerajaan negeri Pulau Pinang melakukan kesilapan apabila memindahkan hakmilik Kampung Buah Pala kepada sebuah koperasi tanpa mendapat persetujuan bertulis dari penduduknya, kata seorang peguam Malaysia di London hari ini.

P Apalasamy berkata oleh kerana kawasan kampung itu di bawah Amanah Perumahan Brown, maka pemiliknya mesti secara bersama memberi persetujuan bertulis, yang merupakan satu dokumen perundangan yang sah untuk membubarkan pegangan amanah tersebut.

“Tanpa dokumen tersebut, mana-mana kerajaan tidak boleh membubarkan pegangan amanah itu dan memindahkan hakmiliknya kepada pihak lain.

“Kerajaan negeri DAP sekarang perlu mendapatkan dokumen tersebut untuk membuktikan pegangan amanah itu telah dibubarkan mengikut undang-undang,” kata Apalasamy, yang berkhidmat sebagai peguam di United Kingdom sejak berpindah dari Sitiawan, Perak lebih 20 tahun lalu.

Beliau memberitahu Malaysiakini demikian sewaktu berlangsungnya demonstrasi selama 40 minit anjuran Hindraf cawangan UK di London semalam bagi menyokong penduduk Kampung Buah Pala.

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy turut menyertai demonstrasi tersebut yang diadakan di luar bangunan Tourism Malaysia di Trafalgar Square.

“DAP mempunyai tanggungjawab untuk menyelamat dan memelihara Kampung Buah Pala. Ia tidak ada pilihan lain,” katanya.

Esok merupakan tarikh akhir perintah penduduk Kampung Buah Pala berpindah dari kawasan tersebut yang akan dimajukan dengan projek kondominium mewah – the Oasis – oleh syarikat Nusmetro Venture.

Pihak pemaju telah memberi tempoh kepada penduduk di situ sehingga 3 Ogos untuk berpindah sebelum 20 buah rumah di situ dirobohkan untuk memulakan projek tersebut.

Bagaimanapun, minggu lalu, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membatalkan kebenaran untuk memajukan kawasan tersebut dan tidak jelas sama ada pihak pemaju akan meneruskan tindakan memindahkan penduduk di situ esok.

Lebih 1,000 pertahan Kpg Buah Pala esok

Lebih 1,000 orang dari pelbagai NGO dari seluruh negara dijangka berkumpul di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor esok bagi bersama-sama mempertahankan kampung berkenaan daripada dirobohkan pemaju.

Pengerusi pertubuhan kampung berkenaan M.Sugumaran berkata separuh daripada jumlah itu sudah berada di negeri ini sejak semalam bagi memberi sokongan kepada
penduduk kampung itu.

“Mereka termasuk NGO dan Hindraf hubungi saya melalui telefon dan surat beritahu yang mereka akan bersama-sama penduduk kampung untuk mempertahankan kampung kami.

“Separuh daripadanya telah berada di Pulau Pinang dan bersedia pada bila-bila masa untuk memberi sebarang bantuan kepada kami di sini,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, lapor Bernama.

Mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum esok bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan di kawasan berkenaan.

Sugumaran berkata kesemua 23 keluarga di kampung berkenaan juga telah bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk mempertahankan rumah yang didiami selama puluhan tahun.

Katanya, semalam semasa pertemuan penduduk kampung dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mencapai kata sepakat yang penduduk akan terus tinggal di kawasan itu sehingga perbincangan dengan pemaju selesai.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, Lim berjanji untuk berbincang dengan pemaju bagi mencari jalan penyelesaian antaranya dengan membenarkan penduduk berkongsi kawasan berkenaan dengan pemaju.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob menasihatkan orang ramai dan penduduk kampung berkenaan agar tidak menimbulkan kekacauan di kawasan itu.

“Polis sentiasa memantau kawasan itu dan kita minta tiada pihak yang cuba menimbulkan kekacauan atau menggugat ketenteraman awam demi kepentingan semua pihak,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya pihak polis juga sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan esok.

Dek kesibukan berdemonstrasi semalam, pemimpin Pakatan Rosak seakan terlupa akan nasib penduduk Kg Buah Pala. Adakah ini Kerajaan Berkebajikan yang mereka war-warkan sebelum ini. Tidak… Ini bukan Kerajaan Berkebajikan, tetapi Kerajaan Berkebanjingan

Ini kerana banjingan-banjingan tersebut sibuk mengheret rakyat dengan menyogok mereka dengan wang ringgit agar menyertai perhimpunan semalam. Aku percaya jika mereka tidak menyogok dengan wang ringgit pasti yang hadir perhimpunan semalam tidak sampai 5000 orang. Pakatan Rosak mendabik dada kononnya demonstrasi semalam berjaya. Yaa, memang berjaya… Mereka berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa mereka tidak tahu mentadbir negara kerana hanya tahu berdemonstrasi sahaja, mereka juga hanya pandai mengambil kesempatan terhadap rakyat. Malah demonstrasi semalam juga turut membuktikan bahawa mereka tidak pandai buat kerja dan mereka juga hanya tahu menyalahkan orang lain serta menyalahgunakan wang kerajaan negeri demi kepentingan tembolok masing-masing. Nasib penduduk Kg Buah Pala tidak dipedulikan. Adakah ini layak digelar pemimpin. Tidak… Mereka layak dipanggil banjingan…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *