Kes penulis blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail kini disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, kata sumber polis.
Difahamkan penulis berkenaan – dikenali sebagai Aduka Taruna – menyerah diri kira-kira pada jam 4.40 petang tadi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.
Ketika dihubungi Malaysiakini, seorang anggota balai polis Kota Bharu mengesahkan kes tersebut dikendalikan Bukit Aman.
Selepas kemangkatan Sultan Johor Jumaat lalu, Aduka Taruna didakwa menyiarkan artikel di blognya adukataruna.blogspot.com yang didakwa menghina Almarhum.
Tulisan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai. Sekurang-kurangan 25 laporan polis dibuat terhadap penulis blog berkenaan.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilaporkan berkata, pihaknya menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat perkara itu dan seterusnya “mengheret penulis berkenaan ke mahkamah”.
Susulan kemarahan itu, Aduka Taruna kelmarin menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjurannya.
Beliau juga menarik balik artikelnya itu sebagai tanda mengaku salah dan berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa.
Ketika menyerah diri hari ini, Malaysiakini juga difahamkam, Aduka Taruna ditemani beberapa rakan penulis blog daripada negeri itu.
Setakat jam 6.45 petang tadi, masih belum pasti sama ada polis akan memohon perintah reman terhadap penulis berkenaan..
Butiran lain penahanan, termasuk seksyen beliau disiasat setakat ini, juga masih belum jelas.

Kelihatan Aduka Taruna ditemani rakannya melangkah masuk ke dalam Balai Polis
>Aduka Taruna menaiki tangga Balai Polis

















4 comments
Skip to comment form ↓
Anonymous
January 25, 2010 at 7:38 pm (UTC 8) Link to this comment
gagagaga~~~ org negeri itu rupernye
Jeffry
January 25, 2010 at 11:47 pm (UTC 8) Link to this comment
TAPI JGN TAKUT. KLU KENE DENDA PUN ADE JUGAK "PENCACAI2" YG SANGGUP BYRKAN BROO. TP KLU BLH RAMAI NAK DIA KENE PENJARA 2, 3 TAHUN BARU PUAS HATI HUHUHU
eXception
January 26, 2010 at 1:17 am (UTC 8) Link to this comment
dia bukan org negeri tu, tp biasalahkan blogger PAS… Mesti cuba merayu-rayu kat Tok Garu, bg dia ilmu hilang-hilang diri… Tap Tok Garu cuma ada ilmu hilang-hilang ingatan sahaja…
eXception
January 26, 2010 at 1:17 am (UTC 8) Link to this comment
dia bukan org negeri tu, tp biasalahkan blogger PAS… Mesti cuba merayu-rayu kat Tok Garu, bg dia ilmu hilang-hilang diri… Tap Tok Garu cuma ada ilmu hilang-hilang ingatan sahaja…