Isu Altantuya. Siapa Dalang Fitnah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah?
Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari… Belum pun reda dengan isu Datuk Zahrain Mohd Hashim mendedahkan perancangan Al-Juburi yang menggunakan cara kotor untuk merampas Malaysia.
Kini digemparkan lagi dengan pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa pernah ditawarkan ganjaran untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Beliau turut mendakwa, beliau telah ditawarkan sejumlah habuan yang besar untuk berbuat demikian.
“Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut.
“Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya.
“Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut,” kata Zulkifli.
Malah beliau juga mendakwa, pernah menarik diri dari mewakili dua tertuduh dalam kes berkenaan iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan operal Sirul Azhar Umar oleh kerana ada ‘pihak ketiga’ cuba mengganggu usahanya mewakili tertuduh.
“Sebab itulah saya menarik diri daripada meneruskan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan saya mustahil untuk bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut,” katanya lagi.
Apapun terima kasih kepada YB Zulkifli Noordin kerana berani mendedahkan perkara yang sebenar. Kini sudah jelas di depan mata kebenaran yang dicari. Sememangnya Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah langsung tidak terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam pembunuhan Altantuya.
Oleh itu siapakah dalang yang didakwa oleh YB Zulkifli Noordin ini, supaya menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah? Aku harap seperti kenyataan YB Zahrain yang mendakwa Al-Juburi menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong dalam melaksanakan misinya, Pemuda UMNO harus membuat laporan Polis bagi menyiasat dakwaan YB Zulkifli ini dan sekaligus mengheret pemfitnah yang mereka-reka cerita mengenai pembunuhan Altantuya ini ke muka pengadilan.
Lagi berita:
Zulkifli Noordin akan jumpa, minta maaf kepada PM
Kes Altantuya: Zul dakwa diminta kaitkan PM, Rosmah
















3 comments
YANG GAMBI
March 24, 2010 at 2:20 pm (UTC 8) Link to this comment
Salam bro, PAS sudah jauh terpalit najis yg dibawa Anwar, mereka juga bersubahat dalam kemungkaran yang dibuat Anwar………inilah pertunjuk Allah…..
John
March 28, 2010 at 2:53 pm (UTC 8) Link to this comment
Bantu kami – Kami ingin berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat membantu kami dengan meletakan link
kami pula di blog tuan/puan….Terima kasih
http://mybloghub.my/
lin
May 28, 2010 at 3:28 pm (UTC 8) Link to this comment
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女