«

»

Aug 04

Anak saya diperguna sertai demonstrasi – Abdul Aziz


BUTTERWORTH 4 Ogos – Seorang pemandu lori hari ini berkata, anaknya berusia 15 tahun telah diperguna untuk menyertai demonstrasi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara pada Sabtu lepas.

Abdul Aziz Ibrahim, 45, berkata, anaknya Muhamad Azreen dibawa oleh penganjur dari sebuah parti pembangkang tanpa kebenarannya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz, anaknya dan 25 lagi peserta yang mengikuti rombongan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung tidak jauh dari Kuala Lumpur pada 6 pagi Sabtu lepas.

“Anak saya cedera di bahagian mata kanan dan mulut. Pihak penganjur bersikap lepas tangan selepas kejadian itu,” katanya kepada pemberita di rumahnya di sini.

Beliau berkata, anaknya dan beberapa peserta lagi yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Muhamad Azreen dihantar pulang ke rumah di Permatang Rawa pada pagi Ahad lepas.

“Semalam wakil penganjur bawa anak saya ke hospital di sini tetapi hari ini kami terpaksa membawa Azreen sendiri ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah memberi kebenaran untuk anaknya menyertai sebuah unit dalam parti pembangkang itu mahupun untuk menyertai demonstrasi itu.

“Anak saya tidak pernah ke Kuala Lumpur, sebab itu dia beriya-iya sangat untuk pergi apabila diberi peluang,” katanya.

Muhamad Azreen pula berkata, 20 daripada peserta rombongan yang terdiri pelbagai lapisan umur itu adalah penduduk kampung dan enam lagi merupakan orang luar.

“Saya bayar RM35 untuk mengikuti rombongan itu dan saya diberitahu oleh penganjur bahawa kami pergi untuk menjaga keselamatan dan kami diberi sehelai baju berwarna merah untuk dipakai,” kata pelajar Sekolah Menengah Permatang Rawa itu.

Muhamad Azreen yang menyertai unit itu sejak tiga tahun lepas berkata, dua peserta rombongan itu mengalami kecederaan teruk dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah yang melawat Muhamad Azreen di rumahnya, menasihati ibu bapa membuat laporan polis jika mendapati anak mereka dipergunakan untuk tujuan demonstrasi itu.

Sabtu lepas, sekitar 10,000 orang menyertai perarakan dan perhimpunan haram di ibu negara membantah ISA. – Bernama

Ni dia salah satu bukti Pakatan Rakyat mempergunakan kanak-kanak sebagai bahan politik mereka. Sepatutnya Suhakam perlu dakwa mereka, bukan komen pasal Polis melakukan tindakan. Suhakam perlu ingat Polis ada bidang kuasa dan tanggungjawab mereka. Suhakam juga perlu ingat apa tanggungjawab Suhakam. Jangan sibuk nak jaga Pakatan Rakyat….


2 comments

  1. Anonymous

    Alamak,
    Terdesak sampai tang tu… hasut budak hingusan turut serta demonstrasi!!

    Ini sudah lebih, Pakatan Rakyat..

    Kalau dah kalah tu, FAHAM2 ler KALAH dalam pilihanraya.. MUKA TAK MALU.. Termasuk LimKitSiang…

    Hai APEK, 50tahun lama beno orang tak terima kamu semua. Sekadar menempek harap kat PAS, sudah rasa mengayan semacam nih?

    Hai PAK LEBAI PAS gila nak rasa daging BABI sangat ker?

    Yang puak PKR, tergedik2 semua dari golongan REJECTS!

    hahahhahahaha…Pakatan Gila Talak!

    COMOT

  2. eXception

    PAS sanggup buat apa sahaja, termasuk pergunakan kanak-kanak… Kanak-2 sepatutnya dilindungi… Bukan dijadikan bahan eksperimen politik…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *