«

»

Jun 15

Anwar sedia bincang dengan Najib, tapi bukan kerana kerajaan perpaduan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

“Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali,” tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini.

“PAS telah menjelaskan pandangan degan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

“Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan,” tegas Anwar.

Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno.

“Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan,” tambahnya.

Sementara itu, Anwar berkata, PKR tidak bersetuju dengan tindakan “mengharamkan badan tertentu dengan sewenang-wenangnya” atas “prinsip kebebasan”.

Walaupun beliau tidak menyebut nama pertubuhan tersebut, ia dipercayai berkaitan dengan usul yang diluluskan muktamar PAS berhubung isu tersebut minggu lalu.

Muktamar itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan mengharamkannya jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.

Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut. (Sumber – Utusan Malaysia)

Eleh… Entah-enath dia yang beriya-iya nak jumpa Najib mintak gugurkan kes liwat dia tu. Siapa tahu? Anwar memang sama sekali tak setuju Kerajaan Perpaduan ni, sebab dia tak mahu orang Islam bersatu. Jika tidak rancangan dia untuk meliberalkan Islam dan Malaysia takkan tercapai. PKR dah tentu tak setuju SIS diharamkan sebab SIS tu membawa fahaman Islam Liberal. Jika SIS tidak berfahaman liberal, tetapi Islam yang sebenar dan tambahan pula menolak Islam Liberal yang dicanang Anwar, pasti Anwar akan meminta kerajaan mengharamkan SIS. Tanpa banyak soal dan jawab. Aku sendiri pun tak faham apa yang dimaksudkan kezaliman oleh pembangkang ni. Adakah kerajaan kita ni macam Junta Tentera Myanmar yang mengenakan tahanan rumah kepada Syu Kyi tanpa sebab munasabah. Hakikatnya orang yang mengatakan kerajaan zalim ni lah orang yang menzalimi diri sendiri. Zalimkah kerajaan, jika kita bebas bersuara di dalam media elektronik mahupun media cetak? Zalimkah kerajaan jika kita bebas nak ke mana-mana tanpa sekatan? Zalimkah kerajaan jika kita bebas memilih tempat tinggal samaada di tepi sungai, di atas bukit, di lereng bukit, di kaki bukit dan di dalam hutan sekalipun? Zalimkah kerajaan jika kita bebas nak menggunakan kenderaan awam atau kenderaan sendiri? Zalimkah kerajaan jika kita bebas nak memilih untuk bekerja atau menganggur? Fikir-fikirkanlah sendiri…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>