«

»

Aug 05

Apa Sebenarnya Yang Pencacai PR Sembunyikan Dari Kita…

Apa Sebenarnya Yang Pencacai PR Sembunyikan Dari Kita…

Pencacai Pakatan Rakyat mempertikaikan gaji Tan Sri Rozali Ismail yang di dakwa mereka sebanyak RM 425,000.00 sebulan.

Mereka cuba mengaitkan Syabas dengan Barisan Nasional, kononnya Syabas ni GLC di bawah Kerajaan Barisan Nasional la kiranya…

Tapi hakikatnya… Kerajaan Negeri Selangor juga turut mempunyai PEGANGAN SAHAM dalam SYABAS…

Saham kapital yang dibenarkan untuk SYABAS adalah RM100,000,000.00 mengandungi 93,449,999 saham biasa RM1.00 setiap satu, satu (1) saham emas RM1.00 655,000,000 redeemable cumulative preference shares (“RPS”) bagi RM0.01 setiap satu, manakala saham kapital berbayar bagi SYABAS adalah RM71,550,001.00 mengandungi 65,000,000 saham biasa RM1.00 setiap satu, 655,000,000 RPS bagi RM0.01 setiap satu dan satu (1) saham emas RM1.00. Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad (“PNHB”) yang memegang 70% jumlah saham ekuiti di dalam SYABAS, 15% pemegang ekuiti dipegang oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) dan baki 15% dipegang oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“KPS”). Kerajaan Persekutuan (“Kerajaan”) menerusi kementerian kewangan Kementerian Kewangan Berhad (“MOF”) memegang (1) pemegang emas di SYABAS.

Malah Tan Sri Rozali BUKAN CEO SYABAS… Tetapi CEO Puncak Niaga Holdings… SYABAS hanyalah anak syarikat kepada Puncak Niaga Holdings… Tan Sri Rozali juga merupakan PENGASAS kepada PUNCAK NIAGA HOLDINGS… Maka sebagai bos dalam syarikat yang diasasnya sendiri… Ikut suka dia lah nak gaji berapa… Maka tak timbul soal ‘kroni’ di sini…

Lain pula dengan PKNS… Yang mana gaji sebulan bos PKNS berjumlah RM 760,000. Itu gaji tahun 2010… Belum gaji 2012 lagi…

Kerajaan Selangor bayar lebih tinggi berbanding pendapatan diterima PM

SHAH ALAM: Gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebanyak RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun selain pembayaran RM7,000 kepada syarikat perunding bagi menyediakan teks ucapan pengurus besar, ditimbulkan pada perbahasan Bajet Selangor 2012.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) ketika membahaskan ucapan Bajet Selangor 2012, berkata beliau mempersoalkan pembayaran itu kerana badan berkanun berkenaan gagal membina kediaman mampu dimiliki rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, pembayaran gaji dan bonus itu seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan tidak terkawal berbanding prestasi PKNS.

“Berdasarkan perangkaan pada 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus berjumlah RM640,000 manakala pada 2010 pula menerima gaji dan bonus sebanyak RM760,000.

“Jumlah ini juga adalah jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahupun Menteri Besar sendiri,” katanya selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.

- Berita Harian

Berbeza dengan Puncak Niaga, PKNS adalah milik penuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan… Agak menghairankan apabila gaji bos PKNS melebihi gaji yang diterima oleh PM dan Menteri Besar Selangor sendiri… Bos PKNS dilantik oleh Kerajaan Negeri Selangor… Maka soal ‘kroni’ boleh timbul di sini…

Jadi, kepada pencacai Pakatan Rakyat, korang nak pusing apa lagi?? Dah terang lagi bersuluh…

Sumber:

Syarikat Bekalan Air Selangor

Rozali Ismail

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>