«

»

Oct 11

Apabila Blogger Bangang Berbicara Mengenai Perlaksanaan AES

Apabila Blogger Bangang Berbicara Mengenai Perlaksanaan AES

eXception ingin sekali menyelar sikap blogger bangang sorang ni yang tak khatam lagi pasal info kamera AES ni kemudian meroyan lebih-lebih dalam blognya. Siapa lagi jika bukan blogger RBF di dalam artikelnya bertajuk: BR1M Duit Untuk Rakyat , SR1M Kaut Duit Rakyat

Inilah jadinya apabila seorang blogger MALAS mencari maklumat berkenaan AES dan hanya bercerita berdasarkan hear say atau cakap-cakap orang. Bukan susah pun nak cari maklumat pasal AES ni, dalam portal Jabatan Pengangkutan Jalan ada maklumatnya.

Pertama sekali eXception nak betulkan tanggapan RBF bahawa KEBANYAKAN KEMALANGAN BERLAKU AKIBAT MEMANDU MELEBIHI HAD LAJU!! Mungkin RBF dah terbiasa memandu laju sampai 120 KM/J sampai rasa masih perlahan… Ye lah jiwa muda la katakan, mesti nak tekan pedal minyak sampai cecah ke lantai… Maka natijahnya… Inilah jadinya…





Gambar-gambar di atas merupakan antara kes kemalangan yang melibatkan memandu melebihi had laju yang dibenarkan lalu menyebabkan hilang kawalan kemudian terjadi kemalangan.

Mungkin blogger RBF tidak pernah belajar fizik berkaitan dengan had laju dan momentum… RBF perlu sedar bahawa semakin laju kenderaan kita pandu, semakin mudah kita akan hilang kawalan terhadap jentera kita pandu itu.

Berkenaan dengan AES, RBF perlu bukak mata luas-luas… Setiap lokasi yang dipasang kamera pengawasan telah dipacak papan tanda amaran dalam lingkungan 2 kilometer sebelum lokasi kamera bagi kamera perangkap had laju, manakala lingkungan 50 hingga 500 meter bagi kamera lampu isyarat. Bermakna, kemera AES ini bukanlah seperti kamera speedtrap biasa yang mana anggota Polis trafik terpaksa menyorok dalam semak atau dalam longkang. Kamera AES ini tidak disorok malah ianya mudah disedari pengguna jalanraya dengan adanya papan tanda kuniNg besar yang bertulis ‘ZON OPERASI KAMERA’.

Kedua, pemasangan kamera AES bukan hanya merakam kenderaan yang dipandu laju, tetapi juga merakam kenderaan yang melanggar lampu isyarat merah.

Satu lagi RBF perlu tahu, had laju di lebuhraya ialah 110 KM/J, bukan 90 KM/J seperti RBF dakwa. Mungkin RBF tak pernah tengok papan tanda had laju di lebuhraya-lebuhraya. Manakala had laju di jalan persekutuan, jalan negeri barulah had lajunya ialah 90 KM/J. Manakala had laju di jalan bandar pula adalah 60 KM/J. Bermakna RBF boleh pecut kenderaan sampai 109 KM/J tanpa kena saman dilebuhraya.

Di Putrajaya ni walaupun jalanraya adalah dua lorong, kemalangan tetap berlaku. Jangan RBF sangka Putrajaya ni bebas kemalangan. Kebanyakan kemalangan yang berlaku di Putrajaya adalah disebabkan memandu melebihi had laju. Jangan disalahkan jalan pula, sebab keadaan jalanraya di Putrajaya ini elok-elok sahaja.

Cuba RBF congak jumlah kemalangan jalanraya akibat memandu melebihi had laju sejak tahun 2000 hingga 2012…

Jadi… Lain kali sebelum RBF meroyan tak tentu pasal, sila selidik dulu. Allah bagi kita akal supaya kita berfikir dan mencari maklumat. eXception minta maaf kalau terkasar bahasa. Ye lah eXception ni bukan blogger OTAI macam RBF yang jadi WANTED pencacai Pakatan Rakyat sampai lebam kena belasah. eXception ni blogger biasa sahaja… Boleh dikatakan blogger tepian longkang ajer…

Maklumat lanjut berkaitan AES:

AES Akan Beroperasi Bermula Hari Ini

FAQ Automated Enforcment System – AES

Lokasi Terkini AES

Lokasi AES – Had Laju

Lokasi AES – Lampu Isyarat

Antara Kemalangan Akibat Melebihi Had Laju

Kerana kemalangan, kereta itu putus dua

KEMALANGAN MAUT DI PUTRAJAYA

GAMBAR: Bila Nissan GTR Dan Skyline ‘Hentam’ Pokok Di Kuantan, 4 Maut

4 maut 2 parah

Maut Rempuh Pokok

Kereta baru remuk dirempuh

Padah Pandu Laju

Pemandu Maut – Kereta Terbabas Rempuh Lori


Mitsubishi Lancer Terjun Tak Menjadi…

Akibat Melanggar Lampu Merah

Ammar Kristal Terselamat – Kemalangan 3 Kereta, 1 Maut

2 Maut – Waja Rempuh Wira Di Persimpangan Lampu isyarat

Mangsa Kenderaan Lain Yang Dipandu Laju

Dua beranak maut, satu parah – Kemalangan ngeri libatkan tiga kenderaan di Jalan Jelatek

Mari Belajar Tentang Fizik Momentum

:: Fizik | Momentum ::

Nota: Cadangan RBF untuk memasukkan subjek undang-undang jalanraya sejak sekolah amat melucukan, sedangkan kelas undang-undang jalanraya yang diajar semasa kita hendak mengambil lesen L pun orang boleh buat-buat lupa inikan pula apa yang diajar semasa sekolah.

Nak elak kena saman, patuhi undang-undang jalanraya. JPJ takkan saman orang yang bawak tak melebihi dari had laju yang dibenarkan. JPJ juga takkan saman orang yang tidak melanggar lampu merah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>