«

»

Dec 06

Bagaimana Hendak Mengesan Serangan Malware Pada Blog?


Serangan Malware Pada Blog! Bagaimana Hendak Mengesannya?

Adakah blog korang mempunyai masalah seperti di atas bila hendak diakses? Adakah blog korang benar-benar diserang malware?

eXception mendapat laporan dari rakan-rakan lain yang mengatakan blog ini diserang malware, sedangkan eXception sendiri tidak melihat paparan mesej tersebut. Jadi bagaimana hendak mengesannya?

eXception di sini ingin beri tips… Ini hanya terhad untuk pemilik blog yang berdaftar di bawah Google Blogger (blogspot) sahaja… WordPress atau domain lain kena cari sendiri laa… He he he he he…

Mula-mula periksa blog korang menggunakan Google Safe Browsing… Caranya amat mudah, salin barisan ini: http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=
kemudian selepas site=, masukkan domain atau url blog korang, sebagai contoh: http://www.google.com/safebrowsing/diagnostic?site=http://exception2008.blogspot.com/

Korang akan menerima keputusan seperti ini, yang mana menunjukkan tidak ada aktiviti mencurigakan di dalam blog korang. Untuk mengetahui samaada ada aktiviti mencurigakan, pastikan ianya tercatat seperti ini: This site is not currently listed as suspicious.

Sekiranya terdapat aktiviti mencurigakan di dalam blog korang, mesej ini akan keluar.
Site is listed as suspicious – visiting this web site may harm your computer.

Korang juga boleh memeriksa kandungan blog korang sekiranya ada kandungan kod yang mencurigakan atau tidak dengan menggunakan Redleg’s Blogspot/Blogger Tool, di sini: Redleg’s Blogspot/Blogger Tool

Masukkan domain atau url blog korang di dalam kotak atau textbox yang disediakan. Kemudian tekan butang Submit. Ianya akan mengambil masa sedikit kerana ia akan korang akan mendapat keputusannya… Sebagai contoh, mesej amaran malware yang terpapar pada blog eXception adalah disebabkan salah satu link di dalam bloglist adalah blog yang telah dikesan malware atau flagged… Dan Redleg’s Blogspot/Blogger Tool akan memberitahu blog yang mana telah ditanda sebagai flagged… Maka korang perlu remove url blog tersebut dari bloglist korang.

Cara kedua, log masuk akaun blog korang, kemudian pergi ke: Google Webmaster Tools.

Klik pada nama blog korang, klik pada menu Diagnostic di sebelah kiri. Kemudian klik pada menu Malware. Sekiranya blog korang bersih dari Malware, status ini akan keluar: Google has not detected any malware on this site.

Rujukan:

Removing a malware warning Blogspot (Blogger) site


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>