«

»

Sep 29

#Bajet2013 – Kerajaan BN Zalim!! Nafikan Hak 170,000 Individu Bayar Cukai Pendapatan!?

Bajet 2013 – Kerajaan BN Zalim!! Nafikan Hak 170,000 Individu Bayar Cukai Pendapatan!?

Kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan berikutan penurunan satu peratus kadar cukai mulai tahun depan.

Penurunan kadar cukai itu akan menguntungkan kumpulan dengan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000.
Langkah itu akan turut memberi manfaat kepada pembayar cukai sedia ada untuk menikmati penjimatan bayaran cukai mereka.

Sebagai contoh, golongan profesional muda yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan menikmati penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang.

20 jenis pelepasan

Sebelum ini, kerajaan menyediakan sebanyak 20 jenis pelepasan cukai individu dan dua rebat cukai yang menjadikan hanya 1.7 juta orang yang perlu membayar cukai berbanding keseluruhan guna tenaga iaitu seramai 12 juta orang.

Pada masa ini, kadar cukai pendapatan individu pemastautin adalah progresif iaitu antara kosong peratus hingga 12 peratus ke atas pendapatan bercukai RM2,500 hingga RM50,000.

Cukai koperasi turun

Kerajaan turut mencadangkan penurunan kadar cukai pendapatan koperasi antara satu hingga tujuh mata peratusan pada semua kumpulan pendapatan bercukai.

Dengan itu, seramai tujuh juta ahli koperasi akan menikmati manfaat sebagai galakan untuk meningkatkan keupayaan keusahawanan dalam bidang perniagaan.

-Berita Harian

Satu lagi kezaliman terbesar Kerajaan Barisan Nasional!! Ini dah menindas rakyat yang berpendapatan sederhana!! Dengan menafikan peluang 170,000 individu dari membayar cukai adalah satu kekejaman yang melampau. Sepatutnya Kerajaan Barisan Nasional perlu memberi peluang 170,000 individu ini membayar cukai pendapatan.

Tetapi Kerajaan Barisan Nasional memilih untuk menafikan hak mereka dari membayar cukai pendapatan… eXception cukup marah dengan perkara sebegini… Sekiranya 170,000 individu ini dinafikan dari membayar cukai pendapatan, sudah pasti yang akan untung BUKAN Kerajaan Barisan Nasional… Sudah pasti yang TAKKAN rugi ialah 170,000 individu tersebut.

Sebagai tanda protes, PRU 13 nanti eXception tidak akan teragak-agak untuk TIDAK MEMANGKAH MANA-MANA PARTI SELAIN PARTI LOGO DI BAWAH INI…



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>