Bajet 2013 – Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia Diteruskan

Berita gembira kepada rakyat Malaysia khususnya kepada golongan berpendapatan rendah. Kerajaan Barisan Nasional mengumumkan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk kali kedua.
Kumpulan sasaran ialah ketua keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah RM 3000.00 sebulan ke bawah dan individu bujang yang mempunyai pendapatan tidak lebih dari RM 2000.00 sebulan. Bantuan RM 500.00 akan diberikan kepada ketua keluarga yang layak, manakala RM 250.00 untuk individu bujang yang layak.
Kerajaan Barisan Nasional akan memperuntukkan sebanyak RM 3 bilion bagi pemberian BR1M kali kedua ini. Penerima BR1M yang pernah menerimanya sebelum ini tidak perlu mendaftar untuk kali kedua, manakala permohonan baru boleh mendaftar bermula bulan November 2012 nanti secara online atau melalui kaunter Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara.
Diharap dengan pemberian kali kedua BR1M ini dapat meringankan sedikit beban rakyat Malaysia yang berada di dalam kategori seperti yang disebutkan di atas. Sekalung terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Hj Najib Razak atas pemberian ini.
Untuk melihat kandungan initpati Bajet 2013 petang tadi boleh lihat di sini…













