Bantahan Terhadap Ura-Ura Kerajaan Untuk Membenarkan Pertaruhan Piala Dunia
Aku tak faham dengan niat kerajaan yang berura-ura mahu mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia yang bakal berlangsung di Afrika Selatan tahun ini.
Apakah kewangan Malaysia nazak sangat sampai terpaksa mengeluarkan lesen untuk pertaruhan Piala Dunia nanti? Masih belum cukupkah dengan hasil kutipan-kutipan cukai serta lesen yang diperolehi oleh kerajaan?
Tindakan kerajaan seolah-olah terdesak sangat. Macam takde sumber lain lagi nak cari duit. Macamlah takde cara lain atau sumber lain yang membolehkan kerajaan memperolahi hasil yang menguntungkan? Naikkan sahaja cukai-cukai hiburan, arak serta lesen-lesen perjudian. Bukan dengan mengeluarkan lesen untuk pertaruhan.
Aku faham, kerajaan mahu keluarkan lesen untuk bukan Islam sahaja. Kononnya atas alasan mahu membendung pertaruhan haram. Pergi jahanamlah sama pertaruhan haram ke halal ke…. Apa yang perlu kerajaan tahu, Malaysia ini Negara Islam, bukan Negara Syurga Perjudian… Tidak cukupkah dengan mega kasino di Genting Highland dan deretan kedai-kedai nombor ekor?
Aku hairan kenapa Datuk Seri Najib menganggap isu ini sendiri meneruskan niat menghalalkan pertaruhan Piala Dunia ini?
Judi tetap judi. Haram tetap haram. eXception serta blogger-blogger seangkatan membantah sekeras-kerasnya niat untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan Piala Dunia. Kami akan tentang habis-habisan…
Walaupun kami menyanjungi Datuk Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia, tetapi kami malah rakyat Malaysia yang beragama Islam akan bangkit menentang keputusan ini…
















2 comments
reduscoft
May 12, 2010 at 2:02 pm (UTC 8) Link to this comment
PIIIRAAAAHHHHH !!!!!!!!!!!
Pusat Judi di Genting dah berpuluh tahun wujud kenapakah tak dak seekor ahli UMNO pun yang bersuara untuk menutupnya di dalam perhimpunan agung UMNO .
Semasa PAS mula-mula ruled Kelantan dahulu , kerajaan PAS arahkan semua premis judi ditutup. Puak mana yang mencemuh tindakan PAS itu ?? Puak UMNO/BN juga .
Dulu-dulu ada loteri kebajikan masyarakat . Itu pun judi juga . Sapa yang anjurkan ??? Hang pi tanya kat veteran UMNO depa tahulah .
JUDI BERDOSA HARAM . ORANG YANG MAIN , ORANG YANG BERI LESEN SERTA ORANG YANG MENYOKONG PENGUASA ATAU PEMERINTAH YANG BERI LESEN TURUT SAMA BERDOSA .
AKU TAK MAHU BERDOSA . AKU TAKUT NERAKA ALLAH .SEBAB ITULAH AKU TAK SOKONG/PANGKAH UMNO.
lin
May 28, 2010 at 3:27 pm (UTC 8) Link to this comment
性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,ut聊天室