«

»

Jan 24

BELASUNGKAWA – TUN GHAZALI SHAFIE




KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) — Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya di sini kira-kira 7.45 malam Ahad.

Kematian Ghazali, 88, disahkan oleh cucunya Farah ketika dihubungi.

Ghazali, dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang, meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Isteri beliau Toh Puan Khatijah Abdul Majid meninggal dunia pada April 2008.

– BERNAMA

Belum hilang kesedihan rakyat Malaysia dengan kemangkatan Sultan Johor, Malaysia sekali lagi kehilangan sebutir permata. Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie meninggal dunia petang tadi kira-kira jam 7.45 petang. Allahyarham meninggalkan dua orang anak lelaki Bachtiaer dan Sheriffudin.

Allahyarham pergi menurut jejak isterinya Allahyarhamah Toh Puan Khatijah Abdul Majid yang meninggal dunia pada April 2008. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Ghazali Shafie. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi Allah…




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>