«

»

Sep 15

Benarkah Cukai 6 Peratus Kad Prabayar Keputusan Kerajaan?


Punca Mengapa Telco Mengenakan Cukai 6% Pada Kad Prabayar

Ramai yang menuduh melulu atau secara semberono kepada kerajaan berikutan pengenaan cukai sebanyak 6% pada kad pra-bayar. Ramai yang tidak mengkajinya betul-betul ada yang hanya mendengar cerita palsu dari pihak pembangkang…

Di sini eXception jelaskan bahawa 6% cukai perkhidmatan tersebut bukanlah keputusan kerajaan, tetapi keputusan bersama antara Telco berikutan Telco tidak sanggup lagi menanggung cukai kerajaan yang mereka perlu bayar.

Untuk pengetahuan korang, tahun lepas sahaja Telco telah membayar cukai sebanyak RM 576 juta kepada kerajaan. Dan bagi mereka jumlah tersebut amat besar dan merugikan mereka. Oleh itu mereka tidak mahu bersendirian menanggung cukai tersebut dengan memaksa pelanggan mereka membayar cukai tersebut kepada kerajaan bagi pihak mereka. Licik bukan? Telco boleh mencatatkan keuntungan besar sekitar RM 800 juta hingga RM 1.2 billion setahun.

Banyak rungutan oleh pengguna dan teguran daripada kerajaan kepada Telco supaya meningkatkan taraf perkhidmatan mereka tetapi ianya langsung tidak ada perubahan. Oleh itu Datuk Seri Najib menasihatkan kepada Telco agar menangguhkan niat mereka untuk mengenakan cukai sebanyak 6% pada kad pra-bayar. Kerana Telco perlu meningkatkan taraf perkhidmatan mereka agar memuaskan hati pengguna bukan mengenakan cukai kepada pengguna.

Apapun eXception ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kita yang prihatin dengan masalah rakyat dengan menasihatkan Telco agar menangguhkan niat ‘murni’ mereka itu. Kepada blogger pembangkang yang dok mengata ianya keputusan kerajaan… Anda boleh ludah muka sendiri…

Rujukan

Cukai talian prabayar 6 peratus
Keputusan TELCO kerana kos cukai cecah lebih RM576 juta: SKMM
Kaji semula caj 6 peratus cukai perkhidmatan: Najib
Ismail Sabri minta TELCO timbang keputusan
Rais minta Telco tangguhkan hasrat kenakan cukai 6 peratus
Telco kaji semula caj 6 peratus
TELCO setuju tangguh kutipan cukai perkhidmatan prabayar: Rais
Telco tangguh caj 6 peratus
Tidak perlu bagi insentif kepada telco tangguh caj perkhidmatan


2 comments

  1. Anonymous

    Memang sah ko ni Bangang la admin. Sesia je UMNGOK bayar org bangang cam ko ni. Dah Kerajaan kenakan cukai pada TELCO, dan kemudian TELCO kena pula pada org ramai, maka maknanya kerajaan la yang kena kan cukai. Syarikat TELCO xleh kenakan cukai bro. Diorang bukan kerajaan. Kalau kerajaan tak kenakan cukai mengarut pada TELCO, ada diorg leh suka2 nak kena kan cukai. Pegi mengaji balik la kaki ampu bodek UMNGOK n Be End. Bodoh punya mangkuk

  2. eXception

    Aku rasa nko yang bangang tahap abadi… Telco tu setahun berapa juta untung dia?? Sebab itu kerajaan collect cukai dari telco… Tapi telco ni cerdik… dia x nak rugi… cuba bebankan pelanggan pulak… kerajaan tak suruh pun naikkan cukai tu… diorang je memandai… kalo kerajaan x kenakan cukai kat telco, cmne kerajaan nak bayar gaji kakitangan awam? cmne kerajaan nak cover balik kos-kos ubat di hospital? cmne kerajaan nak cover untuk future development… hang akal singkat… otak karat… cakap main redah… tapi satu hapah pasal ekonomi hang FAILED!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>