«

»

Apr 02

Benarkah Tun Dr Mahathir Menghalang PAS Dari Melaksanakan Hudud Di Kelantan?


Nik Aziz Gagal Melaksanakan Hukum Hudud Bukan Sebab Tun Dr Mahathir. Tun M Sudah Memberi Lampu Hijau Pada Nik Aziz.

Aku tertarik membaca satu post dalam Anti PKR Club di dalam Facebook… Di mana secara sinisnya menyindir PAS Kelantan khususnya Tok Garu Nick Ajisz yang beriya-iya mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi bersikap berdolak-dalik apabila diberikan jalan untuk melaksanakannya terlebih dahulu di Kelantan… Dipersilakan membaca kenyataan yang aku pinjam dari Facebook Anti PKR Club

Kronologi Proses Permohonan Kelantan Utk Melaksanakan Hukum Hudud (sejak tahun 1993)

1. Selesai tiga tahun mengambil alih pemerintahan Kelantan iaitu pada tahun 1993, Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaannya akan menunaikan janji manifestonya iaitu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

2. Rang Undang-Undang Jenayah Syariah II Kelantan itu kemudian dibahaskan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama beberapa hari dan mendapat persetujuan lebih 1/3 ahli dewan rakyat.

3. Rang undang-undang itu kemudian dibawa mengadap Sultan Kelantan untuk diperkenan dan ditandatangani. Dengan sedikit penerangan dan ceramah mengenai hukum hakam Islam iaitu hudud terkandung sebanyak 0.001 peratus dari keseluruhan syariah, lalu bersetujulah baginda Sultan Ismail Petra dan terus menurunkan tanda tangan.
Selama setahun hudud Pas diluluskan, iaitu dari tahun 1993 sehingga akhir tahun 1994, Nik Aziz Nik Mat dan wakil-wakil rakyat Pas Kelantan membuat ceramah ke seluruh negeri untuk menyatakan bahawa hukum hudud Pas perlu dilaksanakan.

4. Bagaimanapun, katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dan dengan itu keluarlah fatwa Nik Aziz menuduh orang Umno kafir kerana menolak hukum Allah.

5. Bagi Dr Mahathir, jika Pas hendak melaksanakan hudud, laksanakanlah di Kelantan iaitu negeri pimpinannya bukan di seluruh Malaysia. sebab negeri lain masih diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

6. Dia nak buat hudud, buatlah di Kelantan. Kenapa perlu laksanakan sehingga ke negeri lain. Saya sendiri nak tengok bagaimana Nik Aziz potong tangan pencuri, sebat penzina dan merejam perogol,? kata Dr Mahathir pada tahun 1994.

7. Nik Aziz terdiam dan merasakan Pas Kelantan mula terjerat dengan tindak tanduk sendiri untuk melaksanakan hukum hudud. Dr Mahathir sudah memberi lampu hijau, malah bersedia mengambil hudud Pas untuk dilaksanakan di Malaysia jika ia berjaya membanteras kegiatan jenayah dan menepati 100 peratus syariah Allah.

8. Selepas berbincang sesama mereka, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan, Kelantan akan tetap melaksanakan hudud kerana sudah mendapat perkenan Sultan Kelantan selaku ketua agama di Kelantan.

9. Dr Mahathir kata, okey… teruskan. Kita nak tengok…

10. Kemudian pada 31 Januari 1995, berlakulah persitiwa mengemparkan di Kelantan iaitu Ahli Parlimen Nilam Puri (sekarang Parlimen Peringat) Mohamad Sabu di tangkap berkhalwat dengan seorang suri rumah yang juga isteri kawan baiknya di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu.

11. Ketika serbuan dibuat oleh tujuh orang Penyelia Agama ke bilik itu, Mohamad Sabu hanya memakai kain tuala berwarna hijau (Hak Milik Kerajaan) dan pasangannya, Norma hanya tidak bertudung kepala.

12. Kedua-duanya sedang berada di atas katil. Mohamad Sabu menyandar dikepala katil, manakala Norma di kaki katil. Ditangan Norma ada sebotol kecil ubat seperti makjun. Bagaimanapun, Norma kata ubat itu ubat buasir.

13. Mengikut hudud Pas Kelantan, jika ditangkap kerana melakukan khalwat, pasangan itu boleh disebat sebanyak 80 kali sebatan. Ia sudah termaktub dan tiada maaf bagi mu.

14. Sejak 31 Januari 1995 sehingga pertengahan tahun 1999, Pas langsung tidak menyebut perkataan hudud. Mereka takut ditempelak oleh rakyat dan Umno yang sebelum ini pernah mendesak Nik Aziz menjatuhkan hukuman hudud ke atas Mohamad Sabu dan Norma.

15. Selepas empat tahun berlalu, beranggapan bahawa rakyat sudah lupa dengan kes khalwat Mohamad Sabu, maka Pas membangkitkan semula hukum hudud untuk memancing undi kerana tidak lama lagi ada pilihan raya (November 1999).

16. Rupa-rupanya, Umno dan rakyat Kelantan tidak pernah lupa walaupun empat tahun berlaku. Sebaik saja Pas menyebut perkataan hudud, maka rakyat bertanyakan Nik Aziz kenapa hudud tidak dilaksanakan ketika Mohamad Sabu ditangkap khalwat.

17. Maknanya, Nik Aziz telah mempermainkan Agama Islam. Apabila penjenayah adalah di kalangan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mahu melaksanakan hududnya.


8 comments

Skip to comment form

  1. CUCU TOK WAN

    BIAWAK-BIAWAK PEMAKAN BANGKAI sememangnya akan mempermainkan apa-apa sahaja yang dirasakan mampu memberi mileage kepada mereka.

    Begitulah juga dengan kepimpinan PAS-Baru… mereka akan sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan boleh memberi pulangan baik tetapi pada masa yang sama, sanggup mengenepikan perintah Allah Taala dan ajaran Nabi s.a.w seandainya kesalahan tersebut jatuh ke kepala mereka.

    http://theflyingkick.blogspot.com

  2. YANG GAMBI

    Salam bro, itulah yg sebenarnya berlaku, tetapi puak2 munafik ini amat licik dlm memaikan isu agama untuk kepentingan politik mereka….

    Allah lebih mengetahuiNya……

  3. azman kamarul

    MAHATHIR LAH yang pernah mengugut Kelantan untuk melaksanakan HUDUD di Kelantan.

    MAHATHIR ketua penentang HUDUD di Kelantan

    MAHATHIR menghina HUDUD bila dia mengatakan jika nak makan sup tangan dan kaki silalah pergi ke Kelantan.

    Wahai Najib…sila letakkan Mahathir sebagai calon di Hulu Selangor!!!!

  4. Mohd

    PAS memang perangai macam tu. Apa pun nak salahkan orang lain.
    Dgn penjelasan ini kita harap ahli2 PAS akan buka mata dan lihat segala kepincangan pemimpin2 PAS yg begitu bodoh. Lantiklah pemimpin yg cerdik sedikit yg boleh bekerja utk orang Islam!

  5. eXception

    azman kamarul, sekarang Tun Dr Mahathir dah bersara, kenapa PAS masih gagal laksanakan hukum HUDUD? Ataupun mungkin PAS tggu dapat duit royalti minyak baru nak buat?? PAS tetap akan bg seribu satu mcm alasan utk mengelak jika ditanya bila nak laksanakan HUDUD…

  6. hamba99

    walaupun aku baru je berjinak2, tetapi disebabkan aku dapat berita berdasarkan fakta, maka apa yang kamu semua katakan adalah palsu. jika kita nak menyokong biarlah di dasarkan kepada ilmu bukan menyokong membabi buta. saya pun seperti anda semua tetapi setelah belajar dan belajar, baca dan membaca dari sumber yang benar, maka saya yakin dengan PAS!! ingat tak apa maksud syahadah? aku naik saksi? maksud saksi di dalam syahadah adalah mempunyai ilmu atas apa yang disaksikan. kenapa seseorang itu di panggil menjadi saksi atas sesuatu kemalangan? kerana ia menyaksikan, nampak, ada ilmu mengenai kes tersebut. begitu juga dengan seseorang yang ingin memeluk islam, yang pasti dia perlu mempunyai ilmu tentang Allah, Islam, nabi muhammad saw dll. apatah lagi dalam menyokong parti politik yang ingin memastikan islam dan pemerintahan negara adalah satu kesatuan bukan satu juzuk yang berasingan seperti golongan nasrani pada zaman eropah dulu. jika anda berpikiran begitu maka anda telah menolak islam sekali… sama la seperti nasrani tu…

    banyak nak bagitau untuk menyedarkan anda semua ni namun saya cadangkan bacalah banyak buku mengenai Islam, asas2 islam,buku pergerakan islam yang benar, jgn nak baca utusan atau berita harian je yang amat berat sebelah,tipu, bacalah juga harakah atau siasah. al-ghazali pernah mengatakan untuk mengenal diri atau memperbaiki diri hendaklah dengar apa yang dikatakan musuh.

    semoga berjumpa lagi… jika bukan di dunia ni, jumpa di syurga…

    hamba99-hamba kepada tuhan yang memiliki 99 nama yang indah

  7. eXception

    hamba99, adakah kamu yakin PAS 100% mengikut ajaran Islam yang sebenar? Buktikan…

  8. Habub

    Hamba99,

    jangan ingat diri sendiri da ckop tau semua ilmu pasal islam. Bila saudara kata mcm tu nampak sifat juah yg kononnya tau islam lebih dr orang lain. tak tau ka berapa ramai ulama' di Malaysia yg sokong UMNO. berani kata diorg tu tak ckop ilmu pasal islam?..

    isu dalam pos ni mengatakan kehangatan taik ayam PAS yang kononnya nak laksanakan hudud dan telah diberi peluang laksanankan hudud tapi bila kawan sendiri kena senyap terus. ni apa cerita sroh org lain belajar ilmu psl islam. apa saudara ingat kami ni org UMNO xdak ilmu islam? kami tak reti puasa semayang baca quran?

    1 soalan: klo btol PAS nak perpaduan dalam islam kenapa bila UMNO cadangkan PAS bergabung tp nik aziz tentang habis-habisan? klo rasa ilmu UMNO kurang begabungla moga2 PAS ble ajar UMNO apa yg kurang dan tak salah PAS belajar ilmu dr UMNO gak.

    tolong jgn jawab cara 'ilmiah' saudara yg sroh kami baca buku2 islam saja. kami org UMNO bukan xpenah amek tau apa dalam quran ngn hadis 40.

    jangan terlalu yakin yg nnti kita jumpa masa akhirat yg saudara akan btol 100%. cuba singkap cerita puak khawarij.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>