«

»

Jan 11

Benarkah Utusan Banyak Bawak Berita Fitnah?


Pembangkang Dakwa Utusan Banyak Cerita Fitnah

Benarkah seperti yang di dakwa kalangan pembangkang serta totok-totok mereka bahawa Utusan Malaysia bawak banyak cerita fitnah dan sengaja mengada-adakan cerita? Di sini eXception mengambil kesempatan menyiasat dakwaan ini… Bagi membuktikan kebenaran kata-kata mereka…

Mari kita belek Utusan Malaysia….


Kanak-kanak 3 tahun mati didera

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Sukar untuk digambarkan betapa seksanya penderitaan ditanggung seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menjadi mangsa dera di Kampung Sungai Tiram di sini.

Hampir keseluruhan tubuhnya penuh dengan 73 kesan lebam dan luka… (Selanjutnya sila klik link di atas…)


Humm… adakah berita di atas fitnah atau sengaja direka-reka Utusan Malaysia? Benarkah terdapat kes dera ini di Johor Bahru atau sebenarnya kes ini tidak wujud dan Utusan Malaysia sengaja mengada-adakan cerita? Fikir sendiri…

77 maut nahas pesawat

TEHERAN 10 Jan. – Sekurang-kurangnya 77 orang terbunuh dan 35 lagi cedera apabila pesawat Boeing 727 milik Iran terhempas dalam cuaca buruk di barat laut negara ini, lewat semalam.

Ketua Bulan Sabit Merah Iran, Mahmoud Mozafar berkata, kebanyakan mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal. (Selanjutnya sila klik link di atas…)


Benarkah berlaku kejadian ini di Teheran? Atau satu lagi cerita yang Utusan reka demi untuk melakukan akhbarnya? Benarkah 77 orang terbunuh? Bukan 777 orang? Bukan 7777 orang? Bukan 77777 orang? Korang ada akal, fikir sendiri…

2 anggota polis cedera dicekup SPRM

PULAU PINANG 10 Jan. – Dua anggota polis cedera ketika cuba melarikan diri daripada dicekup sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamar sebagai orang awam di Jalan Gurney, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 1.30 petang, kedua- dua suspek sebelum itu meminta sogokan bagi melepaskan dua ‘orang awam’ terbabit yang ditahan setelah berpura-pura melakukan kesalahan lalu lintas. (Selanjutnya sila klik link di atas…)


Adakah benar seperti yang diberitakan ini? Atau satu perangkap untuk menganiaya anggota Polis ini? Atau sememangnya kejadian ini tak wujud pun. Fikirlah sendiri…

Bukti keangkuhan DAP – Pak Lah

KEPALA BATAS 10 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengutuk tindak-tanduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik ketika menyertai operasi menyita sebuah restoran nasi kandar baru-baru ini yang disifatkannya sebagai angkuh. (Selanjutnya sila klik link di atas…)


Benarkah dakwaan Pak Lah bahawa tindakan ADUN Komtar itu disifatkan sebagai angkuh? Bukan ADUN Komtar bercakap dengan penuh sopan santun dan lemah lembut kepada peniaga restoran nasi kandar? Bak kata pepatah, lembut gigi dari lidah…

DAP Pulau Pinang ‘pilih bulu’

PULAU PINANG 10 Jan. – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik mengetuai operasi merampas perkakasan Restoran Nasi Kandar Aliyar di Gat Lebuh Maccalum di sini disifatkan ‘pilih bulu’.


Benarkah dakwaan Utusan bahawa ADUN Komtar pilih bulu dalam operasi tersebut? ADUN Komtar hanya memilih bulu ayam, bulu hidung, bulu ketiak dan bulu pahatnya sahaja. Tidak ada kena mengena pun dengan isu operasi merampas perkakasan Restoran Nasi Kandar Aliyar itu.

Kesimpulan di sini… Jika anda dakwa Utusan banyak keluar cerita fitnah… Mungkin pendapat anda betul kerana hanya bersandarkan cakap-cakap orang… Ianya disebabkan anda tidak mempunyai akal, mungkin kerana sejak lahir sememangnya anda tidak tahu menggunakan akal… Jadi adakah anda ingin katakan Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini dan Malaysian Insider 100% cerita di dalamnya adalah tepat, benar dan tidak ada fitnah dan rekaan? Jika anda anggap sedemikian, eXception cadangkan anda berjumpa dengan pakar psikatari… Anda mungkin mengalami masalah dengan otak…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>