Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai “cermin” kepada kerajaan dan “tidak sihat” mewujudkan negara satu parti.
“Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada
pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak,” katanya ketika diminta mengulas cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mantan perdana menteri berkata idea kerajaan perpaduan yang
dimaksudkan Abdul Hadi juga “tidak jelas”, sama ada ia dilakukan di antara PAS dan Umno atau BN dengan pakatan pembangkang, lapor Bernama.
“Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP.
“PAS pun masuk jugak BN tapi kemudian kita terpaksa berpisah dengan PAS sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN,” Dr Mahathir dipetik berkata dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.
Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata ia mendatangkan kebaikan jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi untuk negara.
“Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik
jugak tau,” katanya sambil tersenyum.
Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.
Saranan segelintir pemimpin atasan PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sahaja dibantah oleh pemimpin-pemimpin kanan parti itu tetapi tidak diterima oleh rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat.
PARPUKARI: Ini pendapat seorang negarawan, seperti yang telah saya ulas tadi di dalam artikel terdahulu, UMNO mesti berhati-hati, sebab belum apa-apa lagi Musatafa Ali sudah arahkan pengikut PAS supaya jangan cerita pasal kerajaan perpaduan ini lagi!
Inilah jadinya kalau PAS terlampau takut dengan rakan-rakan politiknya DAP dan PKR, tiba-tiba je Mustafa Ali kona baring, padahal kita semua tahu yang Hj Hadi dan Mustafa Ali sangat akrab….apakah maksud yag tersirat disebalik kenyataan Mustafa Ali ini?
Itu pasal Tun Dr M tahu perangai pembangkang ni, dia dah masak dengan semua taktik dan teknik pembangkang ni! Berhati-hati wahai pemipin UMNO! Jangan sebab sesetengah orang yang nakkan political mileage punya hal kita akan nampak macam peminta sedekah pulak!
Boleh bekerjasama dengan PAS takde hal punya, tetapi cara kena betul, saya lebih setuju kalau UMNO dan PAS bekerjasama, kita tak perlukan DAP dan PKR!
Melayu kena bersatu! Tetapi dengan cara bermaruah!
(Sumber : Parpukari)
















