«

»

May 13

Blogger @UnitMediaBaru Jangan Cepat Melenting Dengan Artikel @PapaGomo…


Blogger UMB Jangan Cepat Melenting… Baca Apa Yang Papa Gomo Tulis Betul-Betul…

Artikel yang ditulis oleh Papa Gomo di dalam blog beliau bertajuk: Cybertroopers UMNO Gagal, Syabas Buat Jentera Pembangkang., membuatkan beberapa blogger UMNO melenting… Setelah eXception baca betul-betul luahan Papa Gomo di dalam blog beliau, maka eXception membuat kesimpulan bahawa, apa yang Papa Gomo katakan adalah sebagai satu TEGURAN dan PERINGATAN kepada cybertrooper pro BN agar tidak lagi bersikap tunggu dan lihat, tetapi perlu bertindak segera.

“Satu pekara yang menjadi kebanggan buat pembangkang adalah jentera Cybertroopers mereka yang begitu efektif dalam menyerang setiap sudut pekara yang memihak Barisan Nasional. Tak dinafikan jentera mereka begitu komited dalam melaksanakan tugasan yang diberikan yang mana untuk PRU 13 ini jentera BN sememangnya tidak mampu mengatasinya.”

Jika direnungkan, apa yang diperkatakan oleh Papa Gomo itu ada kebenaran… Anjing-anjing (cybertrooper) belaan PR sentiasa menyerang apa sahaja perkara yang memihak kepada BN atau UMNO… Hatta satu dot atau titik di dalam satu-satu gambar mereka boleh cipta bermacam-macam persepsi… Malah cukup sekadar satu isu mereka boleh panjang lebarkan hingga meleret-leret….

Sebagai contoh isu Najib dan Altantuya… Walaupun kita sedar, bahawa itu satu fitnah… Merupakan drama rekaan PR, tetapi mereka kerap mainkan… Lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 ini… Walaupun mereka sendiri tahu bahawa isu tersebut satu fitnah… Tapi mereka peduli apa… Fitnah atau tidak… Haram atau halal… Mereka telan sahaja…

“Pembangkang tahu dimana ruang untuk menguasai media baru maka melalui jentera cybertroopers mereka berjaya melakukannya dan kita sendiri dapat lihat melalui apa yang mereka lakukan sepertimana didalam video diatas. Komen tidak lah sampai beribu didalam video diatas kerana jentera Cybertroopers nmereka hanya diberikan arahan untuk DISLIKE apa sahaja video yang tidak menguntungkan mereka Pakatan rakyat dan LIKE kepada video yang menguntungkan mereka.”

Kata-kata Papa Gomo di atas adalah merujuk kepada video Bangkang Dari Longkang… Yang mana video tersebut sedikit sebanyak membuatkan pemimpin pembangkang BUTTHURT dan HANGIN… Kemudian segera mengarahkan anjing-anjing belaan mereka supaya DISLIKE mana-mana video yang tidak memihak kepada mereka… Malah mana-mana video yang mereka upload sendiri dan mendapati video tersebut mengaibkan mereka, maka dengan segera mereka memadamkan video tersebut. Sebagai contoh video keadaan BERSIH 3.0 yang diupload oleh Malaysiakini yang menunjukkan demonstran menterbalikkan kereta peronda Polis kemudian kedengaran pula suara yang mengatakan ada demonstran yang dilenyek di bawah kereta peronda tersebut. Akhirnya apabila terKANTOI, maka video tersebut SEGERA DIPADAM…

Apapun sedikit sebanyak video BANGKANG DARI LONGKANG berjaya mendapat hati di kalangan rakyat Malaysia. Maka kita sebagai cybertrooper, perlu bertindak SEGERA dengan melakukan counter attack dengan melakukan sharing video tersebut sesama rakan. Lagi ramai lagi bagus, supaya rakyat Malaysia akan sedar…

“Di pihak Barisan Nasional macam mana? Oh tidak boleh mengharapkan kami blogger jalanan yang ada kerana kami berblog atas faktor diri kami yang terpanggil untuk berjuang membantu UMNO dan Barisan Nasional. Malah kami lebih tidak berupaya membina kekuatan cybertroopers kerana kami tidak ada akses untuk serba serbi kemudahan didalam UMNO ataupun BN.”

Kata-kata Papa Gomo di atas ada BENARNYA… Ini kerana ramai kalangan blogger jalanan berblogging atas inisiatif sendiri… Takde sesiapa yang support hatta Datuk atau Tan Sri… Melainkanlah jika mereka ni artis-artis wanita yang gebu dan muka licin… Sudah tentu ramai Datuk serta Tan Sri hulur duit buat ‘pelaburan’. Semuanya keluar duit poket sendiri… Atau lebih senang cerita… SENDIRIAN BERHAD… Termasuklah eXception sendiri…

“Kekuatan Cybertroopes BN sebenarnya patut digalas oleh Unit Media Baru UMNO yang mana merupakan sayap Jenter Pemuda yang disahkan dan di IKTIRAF oleh kepimpinan UMNO. Peruntukkan yang disalurkan buat UMB sepatutnya digunakan untuk menghasilkan cybertroopers dan bukanlah menghasilkan Blogger semata mata seperti yang dilakukan sebelum ini.”

“Sepertimana yang Gomo nyatakan sebelum ini untuk menjadi Blogger bukan satu pekara yang mudah. Benar kalau setakat create satu nama Blog dan mengisikan Blog itu dengan artikel sudah menjadi seorang Blogger tetapi dimana impak dan kesannya kepada pembaca?”

“Tidak ada guna jika UMB terus melahirkan Blogger yang tidak mampu memberikan impak kepada Kerajaan Barisan Nasional dan mengadakan kursus dari masa ke semasa jika tidak mampu melahirkan jentera Cybertroopers. Jika begini dilakukan menjelang Pilihanraya kita disebelah BN hanya dilambakkan Blogger sahaja dan hanya berjaya dari segi Kauntiti tetapi bukan kualiti.”

Di sini eXception juga bersetuju dengan Papa Gomo… Sebab untuk melatih cybertrooper baru bukan mudah… Cybertrooper baru perlu ada SEMANGAT dan KOMITED terhadap tugas beserta dengan MINAT… Tiada KOMITMEN yang TINGGI… Maka tiadalah SEMANGAT… Dan MINAT pun hilang…

eXception berblogging sejak 2009 lagi, atas dasar KOMITED, SEMANGAT dan MINAT… Adakalanya eXception seperti tiada mood untuk menulis artikel… Maka dalam satu bulan, artikel yang ditulis kurang dari 20 artikel… Sebab itu walaupun KOMITED dan MINAT ada, tapi SEMANGAT tetiba plak hilang… Macam tu lah jadinya…

Sebab itu tiga elemen itu DIPERLUKAN untuk melatih cybertrooper baru… Mereka tak boleh BUTA IT… Mereka mesti BIJAK menacri isu… Kebanyakan Page dalam FB yang Pro BN hanya dikuasai oleh seorang admin sahaja… Dialah moderator, dialah admin dan sebagainya… Malah apabila ada page yang ramai anggotanya, ramai pulak yang jenis GILA KUASA macam kes APC dulu… Aduyaiii…

Tentang peranan UMB, eXception setuju dengan pendapat Papa Gomo… Sepatutnya UMB perlu highlight perkara ini… Sebaiknya panggil semua blogger pro UMNO/BN tak kira blogger jalanan ke, blogger tepian longkang ke… hape ke… Kita pakat BERSATU SEMULA… Buang yang keruh ambil yang jernih… Perkara yang lepas tak perlu kita ungkit lagi… Kita sesama cybertrooper UMNO/BN tak perlu bermasam muka atau rasa tak puas hati satu sama lain…

Kepada Blogger-blogger UMB, eXception minta maaf… Bukan niat eXception nak menentang korang semua dengan menyokong artikel Papa Gomo… Tetapi apa yang Papa Gomo katakan ada benarnya… Mungkin bagi UMB kebenaran yang cuba disampaikan Papa Gomo adalah sesuatu YANG PAHIT UNTUK DITELAN… Kita semua sepatutnya BERSATU… PRU 13 dah makin dekat… Jangan gaduh-gaduh… Amacam boleh??


SUMIMASEN…


6 comments

Skip to comment form

  1. Jeffry

    CAYA LAHHH HUHUHUHU

  2. eXception

    Apa yang aku tulis kat atas ni terpaksa pikir namblas kali… nak publish ke tidak… bukan sesaje nak publish sebab nak dapatkan top ranking ke hape… Cuma aku tak nak la blogger UMNO/BN ni berpuak-puak… Tak unite… Sedangkan cybertrooper PR boleh unite… Soal peruntukan ke hape ke… Belakang kira… Itu boleh discuss balik… Janji kita buang yang keruh… ambil yang jernih… Bila kita bersatu semula, barulah KUAT…

  3. Anonymous

    aku sangat sangat bersetuju dengan ulasan kamu bro'. baru sebentar tadi aku baca luahan hati Gomo dan aku dapat melihatnya secara positif, satu teguran yang membena untuk memurtabatkan agama, bangsa dan negara.

    malang sekali pabila aku baca komen komen dari pembaca aku terjumpa komen yang kurang waras. sepatutnya Pisau Kedah baca dulu ulasan kamu sebelum berikan komen pada artikel Gomo.

    Pisau Kedah
    Blogger no1 pro kerajaan macam ni ka? pilihanraya nak dekat tapi nak serang sesama blogger pro kerajaan..akai hang letak kat mana? kat lutut ka?

    KOMEN: Kalau dibaca luahan Papa Gomo dengan cermat dan betul tanpa punyai sebarang perasaan conflik, aku tak nampak Gomo menyerang blogger blogger Pro Kerajaan. Gomo hanya memberikan pandangan yang membena untuk mengatasi blogger blogger pembangkang. Kenapa Pisau Kedah tidak dapat melihat perkara tersebut dengan positif, sedangkan blogger Badut Rakyat dapat melihat artikel tersebut dengan cara positif. nampaknya Pisau Kedah bukan saja letakkan akai pada lutut tapi bontot.

    Badut Rakyat • Top Commenter • The University Of Facebook
    Marah ker pisau kedah.itu nasihat.macam anda terasa jer.nasihat untuk sebelum PRU tu.bak kata orang putih be prepared

  4. Brader Jai

    betul ke tak de sponsor?LOL

  5. eXception

    Ada sponsor… Nuffnang la, tu pun kena siar iklan diorang baru dpt duit… Kalo ada click kat iklan, ada la pulus… kalo xde click dapat bulus hidung je laa… Ha ha ha ha ha ha ha ha!!

  6. eXception

    Bro… gua ni siapa nak org sponsor… Bukan Neesofa Sogood… Bukan Zahidah Niyang Rapik… Bukan Fasha Sandal… Ha ha ha ha ha ha…!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>