«

»

Mar 16

Blogging Tips & Tricks 1: Elakkan Blog Anda Dari Diceroboh


Blogging Tips & Tricks Part 1: Secure Your Blog From Hacker

Seperti eXception janjikan… eXception akan kongsikan tips & tricks bagaimana untuk menjadikan blog korang kebal dan kalis dari serangan penggodam… Tips ini khusus untuk blog Blogspot sahaja… WordPress punya blog… eXception tak leh nak tolong… He he he he he…

Oklah… Untuk Bahagian 1 ni, eXception nak kongsikan tutorial berkenaan fungsi 2 step verification yang merupakan satu ciri-ciri keselamatan blog anda bagi mengelakkan orang yang tidak berkenaan menceroboh masuk blog anda…

Fungsi 2 step verification seperti kata laluan kedua untuk blog anda, tetapi kata laluan ini adalah berbentuk kod yang disetkan oleh Google Blogger sendiri kemudian dihantar ke telefon bimbit korang melalui SMS… Maka hanya kod tersebut sahaja akan dibenarkan masuk ke akaun blog korang, selain kod itu… letak la apa kod sekalipun memang takkan lepas masuk ke akaun blog korang…

Bagaimana nak setup benda ni? Mudah sahaja… Mula-mula korang log masuk ke akaun blog terlebih dahulu, masuk ke Dashboard… Kemudian klik My Account (rujuk imej di bawah)

Korang perlu login sekali lagi untuk masuk ke bahagian akaun, ini untuk tujuan pengesahan identiti… Setelah berjaya masuk, sila periksa samaada 2-step verification blog korang On ataupun Off… Sekiranya On, bermakna korang perlu skip tutorial ini kerana korang dah activate 2-step verification… Jika Off, maka korang klik la pada Edit di sebelah Off tu…

Kemudian klik pada Start setup

Kemudian ikut langkah-langkah berikut… Berpandukan gambarajah di bawah ini…

Langkah 1: Pilih ‘Malaysia’ sebagai negara penyedia perkhidmatan telekomunikasi, sekiranya anda dari negara lain, pilih negara anda…

Langkah 2: Masukkan nombor telefon bimbit anda… Boleh juga masukkan nombor telefon rumah… Tapi hanya terhad kepada Voice Call sahaja… Jika anda masukkan nombor telefon bimbit, anda akan menerima pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi Verification Code setiap kali anda log masuk ke dalam akaun blogspot anda…

Langkah 3: Pilih samaada anda ingin menerima SMS Text Message atau Voice Call ke telefon bimbit anda.

Langkah 4: Klik pada butang Send Code.

Apabila keluar status Code sent, bermakna satu pesanan ringkas akan dihantar ke telefon bimbit anda yang mengandungi Verification Code.

Masukkan Verification Code yang ada dapat dari pesanan ringkas, sebagai contoh: 12345

Kemudian klik butang Verify (rujuk gambarajah di bawah)…

Kemudian klik butang Next

Tunggu sehinga paparan di bawah keluar…

Uncheck kotak yang bertanda merah. Ini untuk faktor keselamatan sekiranya anda menggunakan komputer di kafe siber. Ini kerana Verification Code blog anda akan disimpan di dalam Cookies iaitu simpanan sementara pelayar web selama 30 hari. Banyak kes blog hacking juga adalah akibat kelalaian pengguna yang lupa untuk clear cache di dalam pelayar, kerana cache adalah ruang memori yang menyimpan maklumat anda di dalam internet.

Kemudian klik butang Next. Paparan seperti di bawah akan keluar…

Untuk mengaktifkan 2-step verification anda pelu klik butang ‘TURN ON 2-STEP VERIFICATION’

Apabila paparan di bawah keluar, bermakna anda telah berjaya mengaktifkan 2-step verification

Maka setiap kali anda log masuk ke blog anda, anda akan diminta untuk memasukkan Verification Code sebelum boleh masuk ke dalam Dashboard blog anda. Apabila anda log masuk dengan menggunakan kata laluan yang sah, maka satu pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi Verification Code dihantar ke telefon bimbit anda. Masukkan nombor yang anda terima dan anda sudah boleh masuk ke dalam Dashboard blog anda.

Anda tak perlu risau lagi sekiranya kata laluan blog anda diketahui oleh hacker dan mereka cuba menceroboh masuk. Kerana 2-step verification ibarat pintu kedua yang kuncinya hanya diterima melalui pesanan ringkas pada telefon bimbit anda… 2-step verification amat sukar dipecahkan kerana hanya kombinasi kod yang unik sahaja membolehkan mereka memasuki akaun blog anda.

Anda juga boleh tahu apabila blog anda sedang diceroboh apabila secara tiba-tiba anda menerima pesanan ringkas yang mengandungi Verification Code, sedangkan anda tidak log masuk ke dalam blog pada masa itu.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>