Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka “boneka Umno”.
Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.
“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.
“(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.
“Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,” Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.
Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, “ia sebenarnya adalah ilham Umno”, lapor Bernama.
Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.
“Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi,” katanya.
Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.
“Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup,” katanya.
“Mana boleh tutup mulut manusia.” (Sumber – MalaysiaKini)
Alahai Nik Aziz, kenapa ye susah sangat nak terima cadangan Kerajaan Perpaduan? Salahkah kita berpadu dengan saudara se Islam dalam membangunkan negara? Kenapa harus bekerjasama dengan orang kafir laknatullah dan pendokong Yahudi? Sedangkan sudah jelas mereka menolak Kerajaan Islam. Ianya bukan ilham UMNO, tapi ilham bersama. Apakah besar sangat dosa orang UMNO ni sampai tak boleh terampun walaupun bertaubat? Mengapa sebesar-besar dosa orang kafir yang jelas dosa mereka takkan terampun hingga kiamat sekalipun, masih Nik Aziz menyanjung mereka tinggi melangit?















2 comments
Kelana
June 11, 2009 at 2:19 pm (UTC 8) Link to this comment
Bole percaya ke UMNO ni??
Tuan Guru masih ingat tahun 1974 bila bergabung dgn BN…
UMNO hanya nak berkawan ketika lemah aja, ketika kuat punya lah sombong..
eXception 2008
June 11, 2009 at 2:47 pm (UTC 8) Link to this comment
Ha ha ha ha, saudara Kelana saya ingin bertanya kepada saudara. Siapakah harus kita percayakan? Saudara seagama atau orang kafir? Fikirlah sendiri. 1974 perkara itu dah menjadi sejarah, malah orang-orang UMNO juga sudah berganti-silih. Orang-orang UMNO 1974 ada yang sudah bersara malah ada yang sudah mengadap Ilahi. Mengapa kita harus ingat semula kisah lama? Mengapa masih fikirkan dendam lama? Bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih. Yang penting kita sesama Islam perlu bermuzakarah dan bergabung.