«

»

Jul 17

CSI:Segambut – Kronologi Kes Kematian S/U Politik


KRONOLOGI KES…

Ini mungkin tidak sama dengan sebenar. Tetapi berdasarkan apa yang terjadi dan dilaporkan.

Bermula dari pendedahan ADUN Wangsa Maju, Wee Chee Keong (PKR) yang mendedahkan di dalam blognya ada kalangan Ahli Exco Selangor menaja kumpulan kongsi gelap, ah long serta taukeh-taukeh rumah urut.

http://weechookeong.wordpress.com/
http://parpukari.blogspot.com/2009/07/rpk-bantu-gangster-ronnie-liu-lawan-bk.html
http://rockybru.com.my/2009/07/yb-shit-stirrer.html

Kemudian diikuti oleh serbuan oleh SPRM pada 15 Julai 2009 ke pejabat Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah. Kemudian Teoh Beng Hock ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor. SPRM merampas laptop dan CPU milik pejabat Exco tersebut. Pada jam 3.45 pagi 16 Julai 2009 Teoh Beng Hock dibebaskan oleh SPRM. Tetapi Teoh Beng Hock, dilihat masih kelihatan berlegar-legar di bangunan SPRM sekitar jam 6.00 pagi.

16 Julai 2009 Teoh Beng Hock ditemui mati diperkarangan bangunan SPRM. Mayatnya ditemui pada sekitar jam 1.30 petang.

Ronnie Liu datang ke pejabat SPRM mengamuk dan menyumpah-nyumpah kakitangan di sana setelah mengetahui kematian Teoh Beng Hock.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa memberitahu bahawa dia adalah orang terakhir bertemu dengan Teoh Beng Hock dan menyatakan bahawa mereka di dera oleh pegawai SPRM.

Ramai penyokong Pakatan Rakyat menuduh SPRM membunuh Teoh. Malah pemimpin DAP dan PKR juga sepakat menuduh SPRM dan UMNO sebagai dalang tersebut.

Di sini terdapat kesangsian di dalam kes tersebut.

Jika benar SPRM atau UMNO membunuh Teoh, mengapa di dalam kawasan premis SPRM? Kenapa tak campak sahaja di dalam hutan, sungai atau laut?

Mengapa Teoh tidak pulang selepas selesai soal-siasat? Sedangkan SPRM telah membebaskan Teoh sekitar jam 3.45 pagi. Teoh juga dilihat masih berkegar-legar di bangunan SPRM. Teoh tunggu siapa? Kenapa tiada orang menjemputnya? Atau dia takut untuk pulang ke rumah?

Mengapa ada kesan kelaran pada tangan Teoh sedangkan seperti didakwa oleh pemimpin Pakatan Rakyat, Teoh ditolak ke luar tingkap oleh pegawai SPRM?

Adakah Teoh membunuh diri demi melindungi perbuatan bosnya dan enggan menjadi saksi utama siasatan SPRM? Logikkah jika mati kerana orang lain?

Adakah ianya konspirasi di dalam DAP?

Kemungkinan ianya konspirasi dalaman parti itu mungkin ada kebenarannya juga

http://parpukari.blogspot.com/2009/07/konspirasi-dap-terhadap-sprm-ciptaan.html
http://www.gomounited.com/2009/07/saksi-sprm-jatuh-bunuh-diri-atau.html
http://theunspinners.blogspot.com/2009/07/mystery-mengapa-tangan-teoh-ada-kesan.html
http://theunspinners.blogspot.com/2009/07/blog-motif-ronnie-liu-dan-hian-wah.html
http://theunspinners.blogspot.com/2009/07/mystery-adakah-teo-being-hock-ahli.html

Motif pembunuhan…

Jika yang membunuh Teoh adalah SPRM, apakah motif yang sebenarnya? Adakah teoh bermusuhan dengan SPRM? Tidak, kerana Teoh lah satu-satunya saksi utama di dalam kes siasatan SPRM ini.

Bagaimana dengan Ronnie Liu dan Ean Yong Hian Wah? Apakah motif mereka pula?

Kedua-duanya mempunyai motif. Kerana mereka berada di kedudukan terancam. Terancam maksud aku ialah kegiatan mereka berdua akan terancam. Apabila SPRM menyoal siasat Teoh pasti Teoh akan pecah lubang. Maka segala aktiviti haram kedua-dua exco ini akan terbongkar. Oleh itu bagi mengelakkan Teoh membuka mulut, salah satu cara ialah dengan menutup mulut. Jika mereka memberi rasuah kepada Teoh supaya menutup mulut, sudah tentu Teoh akan mintak lagi dan lagi dan lagi… Jadi jalan terakhir ialah menutup mulut Teoh untuk selama-lamanya. Dead man tells no tales. Orang mati tidak akan berkata-kata lagi.


1 comment

  1. Anonymous

    umno butoh!!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>