«

»

Aug 20

Cubaan memfitnah BN dan UMNO



Wang palsu RM100 untuk undi BN



Seorang penduduk di kawasan Permatang Pasir hari ini menemui tiga keping kertas cetakan menyerupai wang RM100 bersama nota memintanya mengundi calon BN pada pilihan raya keci, 25 Ogos ini.

Salim Abdul Hamid, 60-an, dari Kampung Petani, berkata beliau menemui sampul surat yang diselitkan di bawah pintu rumahnya ketika terjaga dari tidur pada 2 pagi tadi.

“Pada mulanya saya ingat duit betul tetapi bila pegang kertas berkenaan ia rasa lain dan nombor siri pada semua wang palsu itu juga adalah sama,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata bersama “wang” berkenaan terdapat sekeping nota berbunyi “tolong undi calon BN”.





“Saya tidak pasti siapa yang letak sampul itu, tetapi ada beberapa jiran turut dapat sampul berisi wang berkenaan,” katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mahfuz Omar berharap pihak terlibat menghentikan perbuatan berkenaan kerana ia akan mengelirukan pengundi di situ.

“Saya tidak tuduh sesiapa, tetapi pihak yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan perkara berkenaan, tolong hentikan peekara ini,” katanya.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir melibatkan calon BN Rohaizat Othman dan calon PAS Mohd Salleh Man.

Kerusi itu kosong akibat kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lepas akibat serangan jantung.
BERNAMA

Ada sahaja taktik PR nak memburukkan BN, kali ini taktik yang pernah digunakan dalam pilihanraya lepas diulang semula. Iaitu menyogok duit palsu kepada penduduk Permatang Pasir. Dalam pilihanraya yang lepas juga terjadi perkara yang sama. Jika BN nak menyogok sekalipun, BN akan beri duit betul, bukan duit palsu. Hanya orang yang tolol sahaja menggunakan duit palsu.

Kepada Mahfuzi Al Mampusi, macam lah aku tak tau sebalik kata-kata nko, nko nak menuding jari kat UMNO. Hei tolonglah. UMNO takkan lakukan perkara yang tak bermoral seperti menyogok pengundi. PAS sendiri pernah menyogok pengundi pada pilihanraya kecil Manik Urai yang lalu. Tapi PAS kata itu bukan rasuah, tapi armalah. Cheh! Macam-macam la taktik PAS… PAS tidak kisah menggunakan apa sahaja taktik yang tidak bermoral untuk menjatuhkan BN dan UMNO. Termasuk memberi rasuah, mencerca peribadi calon. Tetapi apabila UMNO mengutuk keperibadian pemimpin PR, dengan segera PAS melenting… Kenapa harus melenting, sedangkan korang pun lakukan juga…

Oh ya hampir aku terlupa. UMNO dan BN tak boleh buat semua itu. Hanya PAS je layak. PAS kan parti yang dijamin masuk syurga? Syurga fantasi Nik Aziz aje la…. Bukan syurga Allah… Kepada penduduk Permatang Pasir, sila buat laporan Polis. Aku percaya dalangnya akan tertangkap juga nanti.



8 comments

Skip to comment form

  1. kayugetah

    Salam…

    PR dah takut la tu… mula2 cari kesalahan calon BN… Pastu cuba buat macam BN kaki rasuah…. Duit PALSU pulak tu…Harap2 semua ahli PAS di bulan puasa ni banyak2 berdoa dan renungkan kembali .. betul ke apa yang ketua2 korang buat ni…

  2. Langsi

    RASUAH dlm UMNgOk/BNgok… fitnah?

    Bukan fitnah bang… tapi dah sebati. UMNgOk/BNgok dan RASUAH berpisah tiada… macam kembao siam.

    Takcaye… tanya Lembaga Displin UMNgOk – PakKuThauDin, berapa ramai yg RASUAH… tu pun masih simpan lagi, siap jadi KM Melaka; jadi Ketua Pemuda, jadi PM… macam-macam la.

    ADUN Kemasik dah didakwa pun tak letak jawatan, belum masuk 3 ekor KATAK Perak. @ ekor KATAK dah didakwa pun. ADUN Semenyih pun tgh tunggu dakwaan… banyak betul la!

    Sebab tu Rohaizat dipilih jadi calon BNgok N11 Permatang Pasir sebab dah biasa belasah duit… RM161K bhai! Standard calon ADUN… kire not bad la tu…. layak!

    Takcukup boleh pinjam KhirToyol… byk lagi duit dia kat dlm BALKIS tu, dah buat Mahligai @$juta pun tak abis lagi. Takpun pinjam dgn MikeTyson yg bawak pelari duit kat Australia dan bawak pelari MakDara Sultan ke Siam!

    La… tak sedo lagi! Ngok betul la korang ni…except si eXception sebab dia taraf tinggi sikit… taraf BONNGOK!

  3. eXception

    Langsi… Langsi… aku tak tau lah nko ni pekak atau pun buta… Ingat PKR, PAS dan DAP tu bersih sangat ke? Banyak penyelewengan dan rasuah jugak… Kat Manik Urai juga PAS sogok pengundi dgn wang, tp PAS kata itu bukan rasuah tp armalah. Pastu Ronnie Liu lak buat penyelewengan duit rakyat Selangor… YB Rodziah pun seleweng duit rakyat….

  4. Langsi

    ADUN PR yg seleweng/rasuah korang dakwa la kat court… SPRM kan korang punye komponen! Kalo takde bukti… paksa, ugut keluar tingkap! Kalo terjatuh… senang je fabricate evidence kata bunuh diri!

    Tgk ADUN PR baru dituduh dah letak jawatan atau setidak2nya offer letak jawatan. ADUN Jawi offer resign tup-tup SPRM clearkan dia dr RASUAH… sbb takut PRK kat Jawi. ex-TKM PP Fairuz letak jawatan tup-tup SPRM clearkan dia dgn harapan tarik balik peletakan jawatan. Bila PR menang sbb BNgok takde teloq nak bertanding… bukak balik kes! Laknat betul komponen UMNgOk BNgok ni…

    Nampaknye ngko tak nafikan RASUAH pemimpin UMNgOk BNgok ni… tu la, dah kena dakwa pun masih taknak lepas jawatan. ADUN Kemasik, 2ekor KATAK kat PERAK…(penting ni sbb tpt BNgok Perak bergantung nyawa), ADUN BN Semenyih. RASUAH si KJ; AliKetam; KhirToyol… jenguk2 TV Antara mase kene soal-siasat SELCAT… (gabra menjawab, bhai!). Byk beno…. tu yg pilih Calon RASUAH kat P/Pasir.

    Aku rasa kan kalo BNgok dah takde calon yg bersih dr RASUAH utk PRK kat Kota Seputeh, Kedah… baik calonkan si eXception je… dijamin bersih dari rasuah (agak je!) tapi penuh dgn fitnah!

    Gi la skolah balik… belajo pakai 2telinga, 2mata, 2otak utk menilai dan 1 hati utk tetapkan pjuangan. Jgn jadi pejuang UMNgOk yg hanya gune 1 telinga dan lidah bercabang dua… meminjam kata sasterawan negara, PakSamad yg berkempen di P/Pasir di pentas PR….

  5. eXception

    Aduyai, sakit perut aku menahan gelak… Nasib baik tak putus urat kentut aku… Dah lah Langsi, hang teruskan je dengan imaginasi hang tu…

  6. kayugetah

    Biarkan si Langsi dengan imiginasi dia.. kalau dia ISlam .. bulan pausa x tau nak buat apa… dia teruslah bongokkan orang…

    selamat Berpuasa…

  7. eXception

    Langsi yg penuh imaginasi dan halunisasi…

  8. Anonymous

    Be End.

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO