«

»

Mar 16

Cukai Prabayar 6 Peratus Mulai Julai?? Dafuq!!


Kenaikan Cukai Prabayar Mulai Julai??

KUALA LUMPUR 15 Mac – Kerajaan dijangka membuat keputusan untuk membenarkan syarikat telekomunikasi (telko) tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pengguna prabayar, berkuatkuasa pada 1 Julai depan.

Mengikut sumber yang dipetik oleh Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, difahamkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan memo kepada semua syarikat telekomunikasi supaya bersedia secara teknikal terhadap pelaksanaannya.

Menurut HLIB Research, dengan pelaksanaan itu, pendapatan syarikat telekomunikasi dijangka meningkat berbanding sebelum ini di mana mereka terpaksa menyerap cukai perkhidmatan itu berbanding dikenakan kepada pengguna.

-Utusan Malaysia


Seperti yang dijangka… Selepas menghabiskan kantung kerajaan dengan pemberian BR1M… Kini Kerajaan Malaysia mula mengutip semula wang dari hasil cukai dengan menaikkan cukai perkhidmatan prabayar dengan membenarkan Telco menaikkan cukai prabayar kepada 6 peratus bermula Julai ini…

eXception cukup tidak berkenan dengan keputusan ini memandangkan tahap perkhidmatan Telco di Malaysia ni masih di tahap tong sampah… Lebih-lebih lagi dengan Telco C ni… Yang berdegar-degar cakap perkhidmatannya adalah terbaik dan meluas… Meluas kepala bapak dia laa!! Sudahlah rangkaian kerap mengalami gangguan… Tahap servis yang diberikan masih belum berada tahap memuaskan…

Cukup-cukuplah membebankan rakyat… Banyak lagi alternatif untuk mengutip cukai… Naikkan cukai hiburan, cukai rokok, cukai arak… Malah Kerajaan sungguh bermurah hati dengan tidak mengenakan cukai terhadap Lynas kerana tidak mahu membebankan syarikat tersebut dan lebih rela membebankan rakyat… Maka tak hairanlah…


Yang Kaya Bertambah Kaya… Yang Miskin Bertambah Miskin…

eXception mohon Datuk Seri Najib menghalang perkara ini sebelum perkara buruk berlaku pada Barisan Nasional pada PRU 13 akan datang… Datuk Seri Najib perlu tahu majoriti rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan prabayar… Malah kebanyakannya ialah rakyat berpendapatan rendah… Telefon bimbit bukan lagi barangan mewah seperti tahun 90 an… Kini ianya sudah menjadi barangan keperluan… Lebih-lebih lagi untuk berhubung…

Lantiklah pakar ekonomi yang tahu meningkat ekonomi yang benar-benar bijak… Bukan melantik pakar ekonomi tahap jamban yang hanya tahu menyembelih rakyat berpendapatan rendah… Perlu diingat bahawa rating Barisan Nasional yang kini mula mendaki boleh jatuh bila-bila masa sahaja… Jika satu-satu keputusan yang dilakukan membebankan rakyat…

Jika nak naikkan cukai prabayar… Sila naikkan dulu tahap kualiti perkhidmatan… Ke tahap lebih tinggi dari tahap memuaskan… Biar rakyat merasakan berbaloi membayar cukai tersebut jika perkhidmatan yang diberikan adalah sangat baik… Selagi kualiti perkhidmatan telco masih tahap tong sampah… Sila lupakan niat menaikkan cukai prabayar atau terimalah padahnya pada PRU 13 nanti… Sekian… Terima kasih…


INFO TERKINI!!!

SKMM nafi arah telco laksana cukai khidmat prabayar 6%

KUALA LUMPUR 16 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ada mengeluarkan sebarang arahan kepada syarikat telekomunikasi untuk pelaksanaan cukai perkhidmatan prabayar sebanyak enam peratus mulai 1 Julai ini.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan berkata, laporan media itu hanya bersifat spekulasi dan tiada arahan dibuat mengenai isu tersebut.

“Perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga yang berpatutan.

“Sebarang tindakan mengenainya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan,” katanya.

Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan akan membenarkan syarikat telekomunikasi tempatan mengenakan cukai perkhidmatan tersebut mulai 1 Julai.


Benarkah ianya sekadar spekulasi? Jika spekulasi mengapa Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research boleh keluarkan maklumat ini jika tidak ada hitam-putih dari SKMM?? Pihak manakah sebenarnya yang benar?? Adakah harus mempercayai HLIB atau SKMM??

SKMM dan Kerajaan perlu telus dalam perkara ini dan menyiasat dari mana sumber maklumat ini diperolehi… Jangan hanya membuat sidang akhbar dan menafikan kemudian membiarkan khabar angin sebegini terus berlegar-legar… SKMM perlu mendakwa pihak yang sengaja menyebarkan maklumat ini dengan segera sebelum imej kerajaan terus tercalar…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *