«

»

Jul 20

DAP campur tangan dalam operasi PBT di Selangor?


Oleh Teruna Kelana

Peristiwa ini diberitahu oleh seorang rakan rapat dan berlaku beberapa bulan lepas. Katnya, ini sudah jadi satu perkara lumrah di negeri Selangor sejak Majlis Perbandaran Tempatan (MPT) di bawah kuasa Ronnie Liu.

Majlis Perbandaran Subang sedang menjalankan tugas untuk menyerbu masuk sebuah kedai kerana ada laporan komplen dari orang ramai. Apabila mereka ingin masuk kedai, peniaga itu enggan membenarkan orang-orang Majlis masuk. Mereka tidak peduli dan menghormati lamgsung kuasa pihak penguatkuasa.

Pada masa itu berlakulah pertikaman lidah antara pihak penguatkuasa dengan tuan punya kedai tersebut. Tiba-tiba muncul Wakil Parlimen Puchong, Gobind Singh Deol. Nampaknya ada sorang dalam kedai telah menalipon MP mereka.

Sampai saja di situ, dia terus mengarahkan pihak penguatkausa supaya jangan lakukan apa-apa kerana dia akan menalipon YDP. Selesai saja dia talipon, dia terus kata, “Awak boleh balik. Business as usual.”

Tak lama kemudian pihak penguatkuasa mendapat arahan untuk pulang. Terang-terang dikhalayak ramai ahli politik telah masuk campur dalam urusan kerajaan tempatan. Inilah MPT di bawah pentadbiran Ronnie Liu.

Sepatutnya penguatkuasa dibenarkan menjalankan tanggungjawab mereka. Kedai itu akan ditutup sementara untuk urusan pemeriksaan dan jika tidak ada apa-apa masaalah, mereka boleh membuka perniagaan kemudian atau keesokkan hari.

Sudahlah pihak penguatkuasa tidak menjalankan tugas, rungutan orang ramai akan terbiar tidak diambil tindakan. Kenapa Gobind hanya pentingkan pekedai saja? Jeng jeng jeng …

Petikan dari blog: The Unspinners

DAP salah guna kuasa takpe, jangan BN. Kalo BN salah guna kuasa, diorang arak satu kampung, jaja satu kampung…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>