Projek Warisan Merdeka Tiada Manfaat Kepada Rakyat
eXception cukup tidak bersetuju dengan pengumuman projek Warisan Merdeka dengan pembinaan menara setinggi 100 tingkat yang bernilai RM 5 bilion, seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2011 semalam.
eXception bukan anti-pembangunan dan bukan anti-pemodenan, tetapi eXception tak nampak faedah projek tersebut kepada rakyat.
Ada baiknya jika RM 5 bilion yang dibazirkan untuk projek tersebut digunakan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam. Tetapi Datuk Seri Najib mengatakan pemberian bonus tersebut memberi implikasi kewangan besar sebanyak 3.1 bilion.
Tidakkah Datuk Seri sedar dengan pemberian bonus dapat meningkatkan lagi produktiviti kakitangan awam. Sekurang-kurangnya mereka dihargai. Akan tetapi kerajaan hanya memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM 1000 (RM 500 dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, RM 500 sebelum sekolah dibuka)… Kami berterima kasih atas pemberian bantuan khas tersebut, akan tetapi kami lebih mengharapkan pemberian bonus sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan awam.
eXception harap blogger-blogger lain turut mempunyai pandangan yang sama. Untuk apa nak banyak-banyakkan menara? Tidak cukupkah lagi dengan Menara Kuala Lumpur, Twin Tower KLCC, Menara Taming Sari dan Menara Alor Setar? Oleh itu eXception harap blogger-blogger lain turut sama mendesak Datuk Seri Najib membatalkan sahaja projek bernilai RM 5 bilion tersebut yang boleh dianggap tidak perlu.

10 comments
Skip to comment form ↓
Hashim
October 16, 2010 at 7:07 am (UTC 8) Link to this comment
oii bangang,……ni bukan projek mee segera….telah dikaji segala implikasi….kenapa hang ni bangap ssangat…camna nak capai gagasan 1Malaysia jika ramai blogger bodoh macam hang…..dari tulis bodoh lebih hang join PR
shah
October 16, 2010 at 7:51 am (UTC 8) Link to this comment
maaf jika saya tak sependapat dengan exception. Ini pendapat saya, pembinaan menara 100 tingkat itu ada yang tersirat.
1- Merupakan pelaburan dari PNB yang mana keuntungan akan diberi dalam bentuk dividen yang tinggi kepada pelabur2.
2- Menunjukkan Malaysia masih kukuh dari segi ekonomi dan akan menarik minat pelabur asing untuk terus melabur dalam negara.
3- Akan ada peluang kerja bagi kontraktor tempatan dan juga untuk rakyat yang mahu bekerja.
salam
shah
October 16, 2010 at 7:55 am (UTC 8) Link to this comment
Ada baiknya jika RM 5 bilion yang dibazirkan untuk projek tersebut digunakan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam. Tetapi Datuk Seri Najib mengatakan pemberian bonus tersebut memberi implikasi kewangan besar sebanyak 3.1 bilion.
Tidakkah Datuk Seri sedar dengan pemberian bonus dapat meningkatkan lagi produktiviti kakitangan awam. Sekurang-kurangnya mereka dihargai.
Bagi saya kenyataan diatas begitu berbeza dengan keadaan semasa. sekarang ini kakitangan awam banyak yang terpengaruh dengan pembangkang. Ini dari pemerhatian saya sebagai suami kakitangan awam.
saya bersyukur dapat imbuhan RM500 untuk naik sekolah. ini sudah memadai dari mengharapkan yang lebih yang mana akan digunakan untuk tujuan menghentam kerajaan.
salam
eXception
October 16, 2010 at 12:20 pm (UTC 8) Link to this comment
En Hashim… Aku bukan melulu. Aku tau ini bukan projek mee segera… Tetapi ramai kalangan kakitangan awam yang berharap belanjawan 2011 kali ini ada berita gembira buat mereka, sekurang-kurangnya dapat bonus sebulan sudah kira alhamdulillah… Aku bukan blogger yang menjilat sahaja 100%, dan tau angguk sahaja… Aku cuma menyuarakan pendapat. Apalah sangat menara 100 tingkat itu berbanding dengan kekecewaan kakitangan awam. Aku percaya PRU 13 nanti kakitangan awam akan melakukan undi protes sekali lagi seperti mana yang pernah berlaku semasa zaman Pak Lah…
eXception
October 16, 2010 at 12:25 pm (UTC 8) Link to this comment
Shah, itu pendapat anda, tetapi kebanyakan projek kerajaan banyak dibolot oleh bukan bumiputera dan pekerja adalah dari kalangan buruh yang diimport dari Bangladesh, Nepal, Myanmar, Indonesia… Kebanyakan kontraktor, tidak berapa gemar mengupah rakyat Malaysia, terutamanya orang melayu kerana sikap orang melayu itu. Tak percaya, anda tanyalah kontraktor-2 yang berkaitan. Apapun, bagi aku cukuplah dua menara kebanggaan kita… Iaitu KL Tower dan KLCC.
eXception
October 16, 2010 at 12:33 pm (UTC 8) Link to this comment
Shah, memang benar ramai kakitangan yang menyokong pembangkang tetapi itu bersifat sementara dan bersebab. Kerana aku juga kakitangan awam, tetapi tetap menyokong kepimpinan DS Najib serta BN. Aku bkan menghentam, tiada langsung kenyataan aku menghentam DS Najib, aku cuma menyuarakan pendapat dan memberi pandangan. Semua blogger ada hak memberi pandangan masing-masing. Tidak semestinya apabila aku bernada sedemikian aku menjadi pembangkang… Kakitangan awam juga rakyat… Mereka sudah lama menantikan bonus sejak 2 tahun lepas tetapi hampa… Kebanyakan kakitangan awam yang menyokong pembangkang adalah disebabkan kecewa dengan layanan yang diberikan kepada mereka. Mereka bukan mahu tanah lima-enam ekar, cukup sekadar memberi bonus supaya dapat meringankan beban. 2011 sudah tak macam 2007. Harga barangan keperluan semakin naik… Kos sara hidup semakin meningkat… Bagi yang mempunyai keluarga yang ramai pasti sakit kepala apabila menjelangnya musim persekolahan…

October 16, 2010 at 12:36 pm (UTC 8) Link to this comment
Tidak semestinya apabila aku tidak bersetuju dengan mana-mana dasar kerajaan aku digelar pembangkang… Sebagai blogger aku tak boleh 100% bersetuju dengan semua dasar kerajaan. Jika ada yang dirasakan tidak adil kepada rakyat, maka sebagai blogger aku berhak menegur dan memberi pendapat. Aku bukan menghentam kepimpinan DS Najib… Jauh sekali untuk berpaling kepada pembangkang… Jangan samakan aku dengan blogger pembangkang… Walaupun aku sokong BN, tetapi tak semestinya aku setuju bulat-2 semua dasar… Ingat…
pralinelover
October 24, 2010 at 9:35 pm (UTC 8) Link to this comment
xpun RM 5 billion tu untuk tmbahkan penerima biasiswa pendidikan..xpun perbaiki infrastruktur2 sekolah yg dah uzur dan 'berusia'…byk sgt bnda lain yang lbh baik blh dibuat sbnrnya…kos asal 5 bilion tp mungkin blh mningkat bila projek dah brjalan….mmg satu pmbaziran besar…
eXception
October 25, 2010 at 1:29 am (UTC 8) Link to this comment
5 billion tu bukan duit rakyat, tetapi duit PNB sendiri… Hasil yang PNB dapat melalui pelaburan dalam sektor hartanah, perladangan dan lain-lain… Dari keuntungan tersebut diagih-agihkan kepada pelabur amanah saham dalam bentuk dividen… Kemudian keuntungan yang diperolehi PNB pula akan digunakan untuk membina menara Warisan Merdeka ini. Implikasinya dalam tempoh 5 tahun selepas siapnya menara ini, PNB dapat menjana lebih dari 5 billion yang dilaburkan untuk projek ini, kita lihat sahaja KLCC. Berebut-rebut peniaga mahu menyewa premis di sana walaupun sewanya ribuan RM…