«

»

Jul 25

Duit Raya Untuk Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan

Datuk Seri Najib Umum Pemberian Bonus Raya Kepada Kakitangan Awam Serta Insentif Untuk Pesara Kerajaan

KUALA LUMPUR 25 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. – BERNAMA


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT… Terima kasih Datuk Seri Najib atas pemberian bonus raya untuk kami semua kakitangan awam… Malah pemberian insentif raya kepada pesara kerajaan juga amat dialu-alukan…

Inilah sebenar-benarnya kerajaan berkebajikan yang menepati janjinya… Tidak seperti kerajaan PR yang hanya pandai menabur janji tapi banyak yang tidak ditepati… Semoga Allah memberikan berkali-ganda rahmat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib dan keluarga…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>