Drama Menyelamatkan Tebusan Dan Tembak Menembak Di Putrajaya!!
Tanpa disangka Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya telah menjadi gempar apabila berlakunya insiden penculikan oleh sekumpulan penjenayah bersenjata. Adegan tembak-menembak mengejutkan suasana petang itu. Kemudian dengan pantas insiden tersebut berakhir dengan kehadiran pasukan ATM (Angkatan Tentera Malaysia) dan berlakunya adegan tembak menembak antara pasukan keselamatan dengan penjenayah…
Akhirnya drama berakhir dengan tebusan diselamatkan tanpa kecederaan dan penjenayah ditembak mati oleh pasukan keselamatan…
Rilekss… Tarik nafas dalam-dalam… Ini adalah sebahagian dari demonstrasi menyelamat tebusan yang dilakukan oleh ATM sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya… Demonstrasi dilakukan di Presint 4, berhadapan dengan bangunan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Putrajaya…
eXception minta maaf jika kualiti gambar kurang memuaskan… eXception hanya guna kamera telefon bimbit untuk merakamkan demonstrasi… Blogger sengkek macam eXception mana mampu beli kamera DSLR… Hu hu hu hu hu… Apapun, eXception sajikan beberapa gambar yang diambil semasa demonstrasi tersebut…
































1 comment
Anonymous
May 24, 2012 at 1:59 pm (UTC 8) Link to this comment
Best nya, rugi tak pi tadi. Esok, InsyAllah.