«

»

May 25

Gempar!! Puak Occupy Dataran Merdeka Sudah Berkhemah Di Putrajaya??


Putrajaya Ditawan Puak Occupy Dataran Merdeka!!??


Gambar khemah puak occupy di Dataran Merdeka tak lama dulu

Memang menggemparkan… Mereka berkhemah di merata-rata tempat… Ada yang berkhemah di sebelah Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, ada yang berkhemah di sebelah Jambatan Seri Wawasan dan ada juga yang berkhemah di Presint 4 berhampiran dengan Jabatan Peguam Negara…

Lihat sahaja khemah-khemah yang didirikan ini… Memang banyak… Seolah-olah kehadiran mereka langsung tidak dipedulikan oleh penguatkuasa PjC (Perbadanan Putrajaya)… Tidak ada tindakan diambil seperti yang dilakukan oleh DBKL… Malah tidak ada tindakan keras dari anggota Polis… Mengapa??

Rileksss… Sabar wahai sahabat-sahabatku sekelian… Jangan pula kamu terburu-buru menyerang mereka… Heh heh heh heh heh… Mereka tidak bersalah wahai sahabatku…

Yang berkhemah ini bukanlah puak-puak occupy seperti tajuk di atas… Saja bikin GEMPAK… Heh heh heh heh… Ini semua adalah adik-adik kita yang datang dari seluruh negara untuk menyertai perkhemahan Jambori Pengakap sempena Himpunan Jutaaan Belia 2012 di Putrajaya…

Lihatlah… Inilah semangat anak muda yang kita patut banggakan… Berkhemah dengan niat yang betul… Bukan berkhemah macam puak occupy Dataran Merdeka tu… Sambil occupy sambil wat projek dalam khemah… Dah la tu niat pun tak betul… Apapun, eXception tabik kepada adik-adik scout yang sanggup berjauhan dari keluarga tercinta untuk menjayakan aktiviti perkhemahan ini… Tahniah adik-adikku sekelian… Semoga adik-adikku menjadi insan yang berguna pada Agama, Bangsa dan Negara apabila dewasa nanti… InsyaAllah…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>