«

»

Mar 15

Haji Hadi Cakap Tak Serupa Bikin


Datuk Tajuddin Tempelak Haji Hadi. Haji Hadi Tak Dapat Jawab.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan kepemimpinan PAS ‘cakap tak serupa bikin’ apabila mempersoalkan penguasaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa terlalu lama memerintah negara.
Tajuddin berkata, tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap pemimpin BN ghairah memegang jawatan terlalu lama dalam kerajaan sebagai menuding jari kepada diri sendiri.
“Tadi pemimpin PAS (Abdul Hadi) menegur kerajaan BN kerana tidak senang apabila melihat BN sudah berkuasa begitu lama, bila kita memerintah lama, kita dikatakan nyanyuk.

“Bagaimana pula keadaan di Kelantan, bila pula Menteri Besarnya (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) hendak letak jawatan, ini bercanggah dengan apa yang dikatakan (oleh Abdul Hadi).

“Ini semua kita kena ingat, kalau satu jari tuding pada kita (BN), empat jari lagi tuding pada diri sendiri,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Tuanku, semalam.

Bagaimanapun, tindakan beliau tidak mendapat maklum balas daripada pemimpin pembangkang termasuk Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang yang sebelum itu mendakwa pemimpin BN memerintah negara terlalu lama.
“Apa yang berlaku dalam negara hari ini, mereka (BN) nak perintah sampai nyanyuk, nak perintah sampai kiamat. Apa yang dibimbangkan ialah gejala perpecahan dalam masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Tajuddin turut menyelar tindakan PAS menggunakan slogan ‘undi PAS, masuk syurga’ untuk meraih undi pada pilihan raya kecil sebelum ini.

Sumber: Berita Harian



Bravo kepada Datuk Tajuddin!! Haji Hadi tak dapat nak menjawab langsung apabila Datuk Tajuddin memulangkan paku buah keras kepadanya. Nampak sangat Haji Hadi sudah kehabisan modal… Nak timbulkan isu pasal hudud pun tak boleh sebab pemimpin PAS sendiri menolak hudud… Nak timbulkan pasal isu pentadbiran negara pun tak boleh sebab di Kelantan dan Kedah lagi haru-biru pentadbirannya…

Kononnya Haji Hadi menjangka soalannya itu tidak dapat ditangkis oleh BN, akan tetapi sangkaan meleset dan menyebabkan Haji Hadi tak dapat nak membalas semula… Kah kah kah kah…. Hambik nko!!



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>