
Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai “penghinaan berterusan” terhadap bahasa kebangsaan.
“Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.
“Bahasa Melayu itu diperhina terus,” kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.
Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.
Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru mekanisme “pendaratan lembut” ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu.
Beliau juga berkata, di peringkat UPSR, subjek Sains dan Matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.
Alimuddin juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.
Dengan pendekatan terbaru “pendaratan lembut” pemansuhan PPSMI, dasar itu diteruskan bagi murid-murid darjah satu tahun depan dan 2011 sehingga kedua-dua kumpulan ini tamat darjah enam pada 2015 dan 2016 (lihat carta).
Curi-curi ajar BM
Malam ini, A Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu (foto kanan).
“Dalam kempen, saya akan ingatkan, kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2003 (untuk laksana PPSMI), kerajaan melanggar Akta Bahasa pada 2009 dan akan terus melanggarnya sehingga 2017.
“Kerajaan sepatutnya meluhuri undang-undang. (Teruskan PPSMI) ini dia (BN) langgar sendiri. Parti seperti ini (Umno-BN) tidak harus dihormati langsung,” kata Pak Samad lagi.
Beliau juga menyifatkan penjelasan terbaru Alimuddin kelmarin menyebabkan status PPSMI “menjadi semakin tidak jelas”.
Pak Samad berkata, ia berpunca daripada penjelasan awal Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung status dasar itu yang “tidak tuntas dan berdikit-dikit”.
“Nampaknya menteri tidak menjelaskannya (pemansuhan PPSMI) secara tuntas, tetapi membiarkan anak buahnya menyambung.
“Macam (konsep) Satu Malaysia juga, diumumkan dulu, kemudian orang itu perjelas sedikit, orang ini perjelas sedikit,” kata A Samad, menyindir slogan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas perkara yang sama, Timbalan Pengerusi GMP Dr Shahrir Md Zain menggesa kerajaan membenarkan guru-guru mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mulai tahun hadapan.
“GMP mendesak kerajaan mengizinkan guru sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik mulai tahun hadapan kerana selama ini pun mereka curi-curi mengajar dalam bahasa Melayu; dan pelajar diizinkan menjawab dalam bahasa Melayu,” katanya kepada Malaysiakini.
Jejas pelajar Melayu
“GMP tidak bersetuju dengan hasrat ketua pengarah pelajaran mengambil tindakan kepada guru yang menggunakan bahasa Melayu sebelum 2012, seperti yang dilaporkan akhbar semalam.”
Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR Amirudin Shari menyifatkan penjelasan Alimuddin sebagai “bagaimana liciknya penipuan” yang dibuat oleh Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri.
Tambahnya, melanjutkan lagi PPSMI boleh menjejaskan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa Melayu.
“Bagi kami keputusan kabinet ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda di sekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan lewat petang ini.
“Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindungi kroni daripada kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membingungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat Melayu di kawasan luar bandar.”
Aduhai Pak Samad, kenapalah Pak Samad masih belum faham jugak… Nak mansuhkan PPSMI bukan semudah yang disangka. Kena melalui peringkat-peringkat agar pelajar tidak mengalami kejutan. Malah memudahkan silibus baru pengajaran dalam Bahasa Melayu nanti dikeluarkan dengan banyak.
Tapi Pak Samad seolah-olah tidak kisah berkerjasama dengan pihak yang jelas menghina Islam. Bagi Pak Samad, tak kisah jika mereka nak hina Islam. Asalkan tak hina Bahasa Melayu. Untuk pengetahuan Pak Samad. Bahasa Melayu takkan pupus sampai bila-bila. Itulah bahasa seharian kami berbicara bersama teman-teman, ibu-bapa dan masyarakat.
Antara Bahasa Melayu dan Islam, lebih teruk menghina Islam. Tidakkah Pak Samad malu berkerjasama dengan mereka yang menghina Islam?















19 comments
Skip to comment form ↓
TokMudim
August 21, 2009 at 11:09 pm (UTC 8) Link to this comment
Betui-betui baguih hang tulis …ada harapan jadi wartawan Utusan Malaysia.
UMNO akan menang besor jika letak calon bersih….banyak-banyak pemimpin UMNO, mat songlap ni yang terpilih….mat songlap pun dah tahu diri bermasalah jangan tawar kan diri…ni belasah aje janji dapat jadi YB….Kesian Muhyiddin dan Zahid Zabidi, hidup-hidup kena tipu dengan org UMNO sendiri…
kayugetah
August 22, 2009 at 1:49 am (UTC 8) Link to this comment
Bukan UMNO jer.. semua parti politik sama…. kena tipu dgn orang atau ketua sendiri….
Selamat Berpuasa tok mudim… ko sunatkan lah orang DAP yang kutuk islam tu…
YANG GAMBI
August 22, 2009 at 2:50 am (UTC 8) Link to this comment
salam,
Tok mudim kerja dia sunat orang yang masih kulup, sekarang dia orang tak panggil lagi tok mudim tetapi doktor.
Tok mudim sekarang, tak macam dulu, hanya lelaki muslim sahaja dia sunat, mudim lle ni, sapa saja dia boleh sunat kalau nak, tak kiralah cina, india, janji duit masuk.
Dalam sibuk-sibu dia nak sunat orang, punai sendiri sebenarnya tak bersunat sampaiberuban bulu….
Apa taknya, asyik nak kesah hal orang, nak kafirkan orang, nak fitnah orang, nak bukak kulup orang, last-last kulup sendiri penuh tahi palat…..
Macam tu lah sikap orang-orang PAS ni…
YANG GAMBI
August 22, 2009 at 2:57 am (UTC 8) Link to this comment
Salam,
Kawan lupa nak komen pasal pak samad ni, asyik nak ngomel pasai tok mudim.
Pak samad ni baru je keluar dari gua pertapaan, sebab itu dia hanya nampak orang hina bahasa Melayu, tapi tak nampak orang hina Islam.
Yang dia beria-ia nak ambik kesempatan nak ceramah atas pentas PAS kenapa ? Dia tak tahu ke PAS telah melebelkan memperjuangkan bangsa Melayu adalah terdiri dari golongan 'assabiyah', macam mana Pak Samad boleh mintak tolong PAS bantu nak mansuhkan PPSMI.
Dia sedar ke tak, atau nyanyuk macam Nik Aziz juga, Pak Samad kalau nak ikut PAS, kena perjuangkan bahasa 'ARAB' bahasa yang akan digunakan di akhirat nanti……….
Arif Omar
August 22, 2009 at 4:20 am (UTC 8) Link to this comment
BIASALAH. HINA ISLAM LANGSUNG PUAK NI TAK BERKOKOK. AKU MEMANG SETUJU BAB AJAR DALAM B. MELAYU SEMULA. TAPI BAB PAK SAMAD GUNA PENTAS POLITIK AKU TAK BERKENAN
eXception
August 22, 2009 at 6:37 am (UTC 8) Link to this comment
Betul tu, tp to tok mudim, I wanna to say something la… Ingat calon PR takde yg korup ke? Ronnie, Rodziah, Fairus, Yong Hian Wah, Lim Guan Eng, Khalid Ibrahim… Semua antara nama-nama pemimpin PR yang banyak menyeleweng duit rakyat….
TokMudim
August 22, 2009 at 6:48 am (UTC 8) Link to this comment
Sokong Ya Gambi
Jadi Bahasa Inggeris Bahasa UMNO.
Sejak bila aku jadi ahli PAS ni…ada aku kempen untuk PAS..
Aku ni kan ahli UMNO dulu,kini dan selamanya ngok.
wénkt
August 22, 2009 at 7:01 am (UTC 8) Link to this comment
mengelabah je lebih PR tu…
terima je la hakikat…
sabar2 lah.
maybe dia takut dia tutup mata tanpa sempat tgk Agama Islam, eh silap, Bahasa Melayu diangkat.
eXception
August 22, 2009 at 12:50 pm (UTC 8) Link to this comment
Tok Mudim oiii…. Udah le tu… PPSMI pun dah mansuh, tp berperingkat… Toksah la wat kalut lg… Anwar berceramah ckp BI buleh, kalo UMNO tak buleh…
Langsi
August 22, 2009 at 3:55 pm (UTC 8) Link to this comment
Gi la gaya puak2 UMNgOk… bila tak dapat menjawab dok kona baring kiri-kanan! Typical UMNgOk… BNgok – lots of BONGOK!
Hina Islam boleh…? DAP yg hina ISLAM atas kenaifan diorang yg memang tak mendalami Islam… bukan Islam pun diorang!
Macamana plak dgn orang Islam… memahami Islam, mempraktikkan Islam as ways of life tapi menghina Islam…
MahaFiraun Chedet berkata…
Kalo PAS memerintah dgn melaksanakan HUdud maka negara tak akan maju.
Kalo hudud dilaksanakan maka Malaysia akan penuh dgn org yg kudung tangan…kudung kaki (Dr. Mashitah pun kata sama…)
Dr Mashitah kata…
Kalo darurat… perempuan boleh melacur!
Bawa-bawak la berfikir dan bertobat!
eXception
August 24, 2009 at 2:44 am (UTC 8) Link to this comment
Cheh… Langsi ko ckp mcm ko pandai sgt, hbs kalo DAP tolak hudud dan negara Islam tak lak ko maki? Kalo ko rasa UMNO ni teruk sgt, hbs yg PAS tu boleh geng dgn DAP. Hina Islam pun takpe, Tok Garu pun tak kisah, apahal?
Anonymous
August 25, 2009 at 5:14 am (UTC 8) Link to this comment
Mari kita tarik janggut Pak Samad…
Anonymous
August 25, 2009 at 5:17 am (UTC 8) Link to this comment
Mari kita tarik punai tokmudim…lepas tu kita sunatkan Langsi…
kayugetah
August 25, 2009 at 5:19 am (UTC 8) Link to this comment
Langsi… cukuplah ngok kan orang… hanya orang bongok yang ngok kan orang…
Siasat betul2 sebelum ngokkan orang..
Tapi nak buat mcm mana nama pun Langsi.. tapi hanya tahu ngok kan orang… Entahlah..
Selamat Berpuasa
eXception
August 25, 2009 at 6:39 am (UTC 8) Link to this comment
Tarik janggut wat apa, kita kasi cukur je… he he he he… Tok Mudim tu biasalah skrg budak-2 berkhatan kat hospital, so dah sewel la tu… Budak-budak dah tak takut dgn Tok Mudim, malah ada yg berani menjentik punai Tok Mudim…
Langsi tu x payah disunatkan, sebab dia xde telor…
decoy
August 28, 2009 at 9:03 am (UTC 8) Link to this comment
MCA berpecah, PPP pun sama, MIC lagi tak payah cerita, UMNO kat Terengganu pun kacau bilau. Logik la PR jadi lagi kuat. Memang PR tak bagus tapi BN lagi hampas buat masa ni. Dunia ni bulat dan tak semestinya kita akan dibawah selamanya, satu hari akan naik diatas macam PAS. Tak lama lagi Umno akan kuat balik tapi dia kena jadi pembangkang dulu di Malaysia ni baru dia sedar diri.
eXception
August 28, 2009 at 3:03 pm (UTC 8) Link to this comment
Decoy, sudahlah tu… PAS pun dah berpecah belah skrg…
intansham96
January 9, 2011 at 2:31 pm (UTC 8) Link to this comment
salah kah..pelajaran tu dlm B>I…saya ibu kepada anak2 yg belajar dlm subjek tu amat menyokong…itu sajalah kelebihan kita..B.I…bangsa cina/india ada kelebihan mereka iaitu..B.M,B.I,B.china/B.india….kita?..semenjak pelajaran itu dlm bahasa inggeris…anak2 lebih berani bertutur dlm b.I…bukan kita lupa bahasa ibunda kita…pertuturan dah dlm b.m…adakah hanya jika kita lulus dgn cemerlangnya dlm spm..subjek B.m..maka diiktiraf menghormati bahasa ibunda…..sebenarnya..bila memasuki alam pekerjaan berapa ramai pelajar melayu kita susah mendapat pekerjaan kerana cakap inggeris pun tonggang langang…tak faham…org cina/india mudah segalanya…kerana keistemewaan banasa….tu lah yg baik..selalu dipolimikkan….fikirlah utk rakyatlah tu…bukan utk diri sendiri…org2 yg kononnya memperjuangkan bahasa ni pun sebenarnya sekolah di sekolah org putih dulu….mengapa tak beri peluang buat anak bumi kita….Allah lagi menyuruh kita menuntuk ilmu hingga ke hujung dunia..ke negeri cina…mengapa…FIKIRLAH….
eXception
January 10, 2011 at 3:18 am (UTC 8) Link to this comment
Belajar Bahasa Inggeris tak salah… Malah Rasulullah sendiri menggalakkan kita mempelajari budaya bangsa lain… Cuba kita fikirkan mengapa Allah jadikan manusia pelbagai bangsa dan budaya? Bukankah tujuan Allah supaya kita boleh mengenali dan mempelajari budaya bangsa tersebut… Mempelajari tak bermakna kita perlu ikut… Mempelajari di dalam konteks maksud saya ialah memahami… Persoalan di sini mengapa PR terutamanya DAP menentang penggunaan BI dalam PPSMI, pada masa yang sama di Pulau Pinang, DAP mahu jadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi… Tidakkah ianya menimbulkan persoalan? Di manakah orang PAS yang kuat menentang PPSMI? Mengapakah mereka tak menentang usaha LGE menjadikan BI sbg bahasa rasmi Pulau Pinang? Tujuan DAP adalah menghalang anak-anak melayu dari mempelajari BI, supaya melayu kekal bodoh sampai bila-bila dan mudah bg mereka untuk memperhambakan melayu… Antara melayu yang bodoh yang kita boleh lihat di sini ialah dari kalangan puak PAS dan PKR yang menentang PPSMI… Perkara ini bakal merugikan mereka… Jika mereka anggap Bahasa Melayu masih boleh jd lingua franca seperti zaman dulu, anggapan mereka ternyata silap… Dunia sudah menerima Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi sesama bangsa… Adakah mereka akan mempelajari Bahasa Melayu? Sudah tentu tidak… Bagi mereka Bahasa Inggeris sudah diterima satu dunia… Untuk apa mempelajari Bahasa Melayu? Bukan niat mahu memperlekehkan Bahasa Melayu… Tetapi cuma mahu menyedarkan orang melayu yang masih belum sedar dari tidur, bahawa Bahasa Melayu kini bukan lagi lingua franca seperti yang berlaku di zaman dulu… Kita perlu mengikuti peredaran zaman dan pada masa yang sama terus mengekalkan identiti kita… Menguasai Bahasa Inggeris tak semestinya kita akan terus melupakan Bahasa Melayu… Menguasai Bahasa Inggeris tak semestinya menjadikan kita murtad dan kafir… Menguasai Bahasa Inggeris tak semestinya menjadikan kita lupa identiti bangsa sendiri… Mengusai bahasa asing juga merupakan satu ilmu… Orang yang menentang penggunaan Bahasa Inggeris adalah orang yang bakal ketinggalan jauh… Mereka gagal duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan bangsa lain yang sudah menguasai Bahasa Inggeris, maka terhumbanlah orang melayu ke arah kemiskinan dek kerana enggan menguasai Bahasa Inggeris kerana gagal mendapat pekerjaan yang memerlukan pekerja menguasai Bahasa Inggeris… Selagi kita berbangsa melayu, identiti bangsa takkan hilang…