«

»

Aug 04

Hudud Tidak Ada Dalam Dasar Pakatan Rakyat?

Hudud Tidak Ada Dalam Dasar Pakatan Rakyat?

Walaupun PAS berkeras untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, tetapi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa undang-undang kontroversi itu tidak ada tempat sama ada dalam konsensus atau dasar Pakatan Rakyat.

Semasa berdialog dengan lebih 200 pemimpin masyarakat daripada
kira-kira 65 persatuan dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya malam tadi, ketua pembangkang itu berjanji untuk menyampaikan kebimbangan masyarakat berkenaan mengenai perkara itu kepada parti Islam tersebut.

Anwar mengulangi bahawa Pakatan berfungsi atas dasar bahawa sebarang keputusan mesti mendapat konsensus kesemua ketiga-tiga parti komponennya dan mengikut perlembagaan persekutuan, atau jika tidak, ia tidak akan dilaksanakan.

Katanya, apabila orang bertanya tentang pendiriannya mengenai undang-undang hudud, beliau memberitahu mereka bahawa pendirian PKR dan Pakatan Rakyat adalah untuk menyokong perlembagaan.

“Tetapi apabila orang bertanya pendirian peribadi saya sebagai seorang Muslim, ini adalah satu soalan ‘tricky’. Jika anda menjawab ‘tidak’, maka anda mati. Tetapi jika anda menjawab ‘ya’, maka tajuk berita New Straits Times esok akan menjadi ‘Anwar sokong undang-undang hudud’,” katanya.

Sebagai seorang Muslim, ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mesti menerima Al-Quran yang memperuntukkan undang-undang hudud. Tetapi pelaksanaan dan konsensus Pakatan mengenainya adalah isu yang berasingan.

Menjawab komen dari hadirin bahawa pemimpin PAS perlu memahami bahawa undang-undang hudud terus menjadi kebimbangan masyarakat tersebut, Anwar memberi jaminan beliau akan sampaikan mesej itu kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam mesyuarat Pakatan yang dijadual hari ini (Rabu). – MBIKINI

Mungkin Nik Aziz sudah nyanyuk… Barangkali dia lupa kenyataan Anwar pada tahun lepas ini… Sampai kini dia masih dok mainkan isu hudud sedangkan Anwar sendiri kata ianya tidak ada dalam dasar PR…

Maka tak lain tak bukan, isu hudud hanyalah mainan politik PAS sahaja… Sekadar penyedap rasa… Penyejuk halwa telinga… Hakikatnya… PAS mempermainkan hudud dengan menjadikannya sebagai modal politik… PAS tidak menunjukkan keikhlasan dalam perlaksanaan hudud tersebut.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>