«

»

Sep 28

ILTC!! Mengapa Tak Bantah Teng Chang Kim Aniaya Anjing!?!?


Teng Chang Kim Aniaya Haiwan



Beberapa penduduk di Seksyen 10 Putra Heights, Subang Jaya merasa kecewa dan marah dengan sikap Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Polis yang gagal mengambil tindakan terhadap Speaker Dewan Negeri Selangor, YB Teng Chang Kim.

Menurut salah sumber MPSJ, salah seorang jiran Teng telah beberapa kali membuat aduan kepada MPSJ dan Polis mengenai dua ekor anjing Teng yang menyalak tanpa henti pada lewat malam dan subuh sehingga mengganggu tidur jiran sekeliling. Malangnya tiada tindakan yang diambil.

Beberapa bulan lalu Teng juga membiarkan anjing-anjingnya tidur ditengah hujan sehingga ditegur oleh salah seorang jiran mereka. Isteri Teng kemudiannya menyediakan “rumah anjing” yang sangat kecil dan tidak sesuai untuk dua ekor anjing. Ini menyebabkan anjing-anjingnya sentiasa menyalak pada lewat malam.

Penduduk Seksyen 10 Putra Height juga merasa kecewa kerana Teng tidak pernah mahu berjumpa jiran-jirannya yang mahu membuat aduan mengenai anjing-anjing beliau. Sebaliknya beliau hanya menyuruh isterinya yang berjumpa jiran-jiran yang tidak berpuas hati.

Namun bagi kebanyakan jiran Teng, mereka mahu tahu kenapa setelah laporan telah dibuat masih tiada tindakan daripada pihak berkuasa?

Lebih menyakitkan hati ialah Teng dikatakan sengaja memelihara dua ekor anjing biarpun tidak mampu menjaganya untuk menyakitkan hati jirannya yang berbangsa Melayu.

Orang Melayu tidak kisah sangat Teng mahu membela anjing jika ia boleh menjaga kebersihan dan juga perilaku anjingnya. Tapi jika setiap malam menyalak sampai berjam-jam dan telah berlaku hampir setahun siapa yang tidak sakit hati.

Alasan isteri Teng bahawa anjing-anjing tersebut untuk menjaga keselamatan rumahnya juga tidak masuk akal kerana anjing tersebut bukan dari jenis anjing pemangsa atau pengawal keselamatan. Lagi pun kalau mahu kawal keselamatan upahla pengawal keselamatan dan pasang sistem keselamatan.

Jangan menyusahkan orang sekeliling. Baru jadi speaker sudah speaker sudah sombong. Pegawai MPSJ pula takut dengan Teng macam takutkan Maharaja Cina.

Lebih menyakitkan hati ada jiran yang mempunyai anak kecil terpaksa bangun beberapa kali untuk mententeramkan bayinya yang terkejut dan menangis akibat salakan anjing.

Selangor Daily


Di sini aku ingin mencabar ILTC (Badan Latihan dan Hidup Berdikari) yang sibuk dok bantah MDKL bunuh 9 anjing milik pembunuh Datuk Sosilawati, supaya berhimpun depan rumah Teng Chang Kim menuntut supaya anjing peliharaannya dijaga dengan baik… Lu orang jangan bersikap double standard!!

Kalo lu orang betul-betul ikhlas bantah MDKL bunuh 9 anjing tu kerana perikemanusiaan, aku cabar lu orang pergi saman atau dakwa Teng Chang Kim atas dakwaan menganiaya haiwan… Anjing-anjing tu masih hidup, kalo lu orang nak, lu orang boleh ambik…

Tindakan MDKL membunuh 9 anjing ada sebab. Pertama anjing tersebut dari baka yang ganas. Banyak kes serangan anjing jenis Rottweiler ini terjadi… Anjing-anjing ini juga telah dilatih untuk bertindak ganas mengancam penceroboh atau sesiapa jika di arahkan tuannya… Apa keperluan untuk terus menyimpan anjing-anjing ini jika ianya boleh memudaratkan orang awam? Apatah lagi nak dihantar anjing-anjing ni ke rumah perlindungan haiwan. Silap haribulan kakitangan rumah perlindungan haiwan ni di kerkahnya…

Sekali lagi aku laungkan cabaran kepada ILTC supaya berhimpun la ramai-ramai depan rumah Teng Chang Kim ni kalo lu orang betul-betul prihatin… Kepada pencacai-pencacai DAP, PKR dan PAS aku juga cabar korang berdemo depan rumah Teng Chang Kim ni membantah penganiayaan terhadap anjing peliharaanya… Aku berani jamin korang takkan bantah punya!!


2 comments

  1. SangGuna

    Bro,
    Anjing hanya akan bertindak mengikut arahan tuan dia, 10 kali kau cabar pun tak guna sebab anjing2 tu semua takkan paham.
    Kecuali klu anjing tu semua anjing kurap tepi jalan yg akan bertindak sesuka hati, tapi yg kau cabar tu semua anjing bertuan.
    Sapa tuan dia?
    Kita fikir le sendiri.

  2. eXception

    Kita tak boleh gelarkan OKU ILTC tu sebagai anjing, kerana mereka semua mempunyai hak untuk membantah. Cuma kenapa apabila apa PBT di Selangor menganjurkan Pertandingan Menembak Gagak, takde sape mengatakan kejam dan tidak berperikemanusiaan? Kenapa apabila PBT di Selangor menganjurkan pertandingan tangkapan tikus terbanyak tidak ada yang mengatakan kejam dan tidak berperikemanusiaan? Kenapa apabila pengguna jalanraya melenyek kucing dan anjing yang melintas jalan tidak pula bising dikatakan kejam… Ini semua mainan politik belaka… Tujuannya supaya kita mengalihkan perhatian dari isu pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya kepada isu pembunuhan 9 ekor anjing. Sebelum berapa banyak anjing yang PBT di Selangor sudah ditembak dan disuntik suntikan membunuh? Kenapa baru sekarang hendak memekik dan berdemo… 9 ekor anjing takde nilai pun di mata kalangan pencacai PR, semua mahu mengeksploitasikan isu ini untuk mengalih pandangan masyarakat dari coletan najis pada baju PR kerana jenayah yang dilakukan oleh ahli mereka… Serupa juga dengan isu Adik Aminurrasyid. Adik Aminulrasyid tak berharga sesen pun di mata mereka. Mereka cuma mahu mengeksploitasikan isu itu untuk membunuh dan merobek maruah PDRM. Kenapa apabila AP PR melanggar pemuda hingga ada yang cacat dan ada yang mati takde pula kalangan PR yang mahu mengambil berat? Apa lagi terjerit-jerit mengatakan ianya kekejaman. Katakan yang melanggar dua pemuda tersebut merupakan AP atau ADUN BN atau UMNO. Dah tentu mereka akan terpekik terlolong macam orang kena sampuk dek polong… Mengatakan BN kejam. UMNO pembunuh. UMNO membunuh rakyat. Inilah hakikat politik PR, mereka hanya pandai mengeksploitasikan keadaan yang menguntungkan politik mereka. Sebab mereka tahu rakyat Malaysia ni prihatin dan mudah terpengaruh… Walaupun mereka jaja isu kematian 9 ekor anjing ke, anak cipan ke, anak babi ke… Ianya tetap mendapat perhatian… Malah ada juga yang mudah terpengaruh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>