«

»

Jun 17

Inilah Demokrasi Tahap Longkang DAP


Dewan Rakyat: Wakil rakyat keluar DAP kena bayar RM5 juta

Peraturan dikuat kuasa halang YB khianati parti: Ngeh

KUALA LUMPUR: DAP akan menguatkuasakan peraturan menuntut mana-mana wakil rakyatnya yang melanggar akujanji atau keluar parti selepas Pilihan Raya Umum 2008 untuk membayar ganti rugi RM5 juta.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, berkata parti terpaksa menguatkuasakan peraturan itu bagi menghalang wakil rakyatnya keluar dan mengkhianati parti.

“Peraturan itu akan dikuatkuasakan secepat mungkin selepas kita mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti akhir bulan ini.

“Sebelum ini kita tidak menguatkuasakan peraturan ini kerana tidak mahu dilihat parti yang bersikap kejam terhadap wakil rakyat atau lebih mengutamakan wang,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga bekas Menteri Besar Perak.

Beliau mengulas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh kelmarin yang mengumumkan keluar DAP serta melepaskan semua jawatan dalam parti pembangkang itu berkuat kuasa serta-merta dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Keshvinder Singh adalah wakil rakyat DAP Perak kedua berbuat demikian selepas Datuk Hee Yit Foong (Jelapang) melakukannya Februari tahun lalu.

Justeru itu, kata Ngeh, Keshvinder dan Hee tertakluk kepada peraturan berkenaan dan perlu membayar ganti rugi kepada parti mengikut akujanji berkenaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, keputusan DAP menguatkuasakan peraturan dalam akujanji itu sebagai satu hukuman kerana mengkhianati parti dan kepercayaan diberikan oleh pengundi.

Sementara itu, Ngeh mendakwa, Keshvinder menjadi wakil rakyat Bebas kerana didalangi Umno dan Barisan Nasional (BN) yang menawarkan sejumlah wang kepadanya.

Beliau berkata demikian kerana beberapa bulan sebelum itu, Keshvinder mengadu kepadanya ada individu daripada Umno menghubunginya supaya keluar DAP dan akan diberi imbuhan jika berbuat demikian.

Ngeh turut mendakwa, Keshvinder berbuat demikian kerana ADUN Malim Nawar itu sedang menghadapi masalah kewangan iaitu dibebani tunggakan bayaran kereta dan kehilangan wang sebanyak RM45,000 disyaki dilakukan kerani yang bekerja di pejabatnya.

Berita Harian 17 Jun 2010

Inilah demokrasi ala DAP, yang dinamakan Demokrasi Tahap Longkang… Peraturan yang dibuat jelas menunjukkan Democratic Action Party ini tidak demokratik dan menunjukkan corak pemerintahan kuku besi. Di mana, mana-mana ahli DAP yang meninggalkan parti tersebut samaada menjadi ADUN atau AP bebas atau menyertai BN dikehendaki membayar ganti-rugi RM 5 Juta.

Apapun demokrasi DAP hanyalah mainan lidah bercabangnya sahaja. Hakikatnya parti tersebut langsung tidak demokratik. Berbanding dengan Barisan Nasional yang langsung tidak mengenakan sebarang ganti-rugi terhadap ahli-ahlinya serta ADUN atau AP yang menyertai parti lain.

Sebagai contoh, Barisan Nasional tidak pernah meminta ganti rugi dari Zaid Ibrahim dan Chua Jui Ming kerana menyertai pembangkang. Kerana Barisan Nasional merupakan parti yang mendukung demokrasi yang sebenar. Akan tetapi Barisan Nasional tak pernah mendabik dada mengatakan ‘akulah paling demokratik antara parti lain’…

Aku bukan mahu membodek, tetapi inilah hakikatnya… DAP sering menuduh Barisan Nasional mengamalkan pentadbiran secara kuku besi dan tidak demokratik. Akan tetapi tuduhan liar DAP ibarat meludah ke langit, air liur bertepek ke muka sendiri…


2 comments

  1. Wake UP!

    Ini diskriminasi kerana sewaktu Anwar Ibrahim mengumumkan 30 ahli parlimen BN sedia melompat, tiada pun bunyi bising dari mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat.

  2. eXception

    Ya betul, dan akhirnya ianya tak menjadi kenyataan dan sebaliknya berlaku…

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO

Switch to our mobile site