«

»

Apr 02

Isu Mansuh Hutang PTPTN Ramai Membuktikan Mahasiswa Malaysia Singkat Akal


Isu Mansuh Hutang PTPTN Ramai Membuktikan Mahasiswa Malaysia Singkat Akal

eXception yakin ramai mahasiswa yang BUTTHURT dengan tajuk di atas…. Ya memang patut korang BUTTHURT sebab namanya sahaja MAHASISWA, tapi otak standard budak taska… Semua nak free… Hutang PTPTN pun nak mintak burn… Hape punya musibat la korang ni…

PTPTN boleh hapuskan hutang korang dan dijadikan sebagai biasiswa tetapi BERSYARAT!!! Syaratnya ialah korang MESTI mendapatkan keputusan CEMERLANG!! Bukan keputusan CUKUP MAKAN… Atau keputusan ALA KADAR!! Jika memenuhi syarat…. Sudah tentu PTPTN sudi menghapuskan hutang korang dan dijadikan sebagai biasiswa…

Tetapi… Ramai mahasiswa yang standard otak tahap keldai… Yang exam namblas kali fail… Repeat semester dekat lima-nam kali… Pun nak tumpang sekaki mintak mansuhkan hutang… Banyak cantik muka lu!! Kalau standard mahasiswa macam ni la… Takde kualiti… Buat hape aku nak bagi biasiswa… BUAT NGABIHKAN BOGHEH!!!

Ramai mahasiswa fail dalam matematik, sebab mereka hanya mengira hutang diorang sorang je… Diorang tak ambil pusing langsung hutang-hutang PTPTN berpuluh ribu, mungkin berjuta-juta mahasiswa lain… Bayangkan jika seorang sahaja dah berhutang dalam belas hingga puluhan ribu ringgit… Cuba darab dengan 50 ribu orang mahasiswa… Itu baru 50 ribu mahasiswa… Tak termasuk lagi graduan yang berhutang, kira-kira hampir sejuta orang… Berapa billion tu!!

Maknanya kerajaan perlu menaikkan cukai jika mahu mengikut kehendak mahasiswa yang sewel ni… eXception harap rakyat Malaysia tak marahkan kerajaan jika segala jenis cukai dinaikkan… Hanya semata-mata nak bagi education PERCUMA kat mahasiswa-mahasiswa ni… Kalo dalam 50 ribu orang mahasiswa yang keluar 50 ribu yang berkualiti tak mengapa juga… Tapi yang keluar hanya 10 ribu sahaja yang ada kualiti, manakala sebahagian lagi tahap tong sampah… dan sebahagian lagi… tahap asalkan boleh…

Tetapi jika mahasiswa naaaaakkk jugak hutang piutang korang dimansuhkan… Takde masalah, tetapi dengan syarat…

1) Apabila diterima berkerja, korang tak boleh menerima sebarang gaji… Sebab majikan korang terpaksa mendermakan keseluruhan gaji korang ke dalam tabung PTPTN….

2) Jika diterima berkerja di jabatan kerajaan sekalipun, jangan diberi gaji… Anggap gaji tersebut sebagai derma untuk rolling tabung PTPTN…. Supaya generasi akan datang boleh menyambung pelajaran…

3) Mana-mana mahasiswa yang masih berhutang dan sehingga kini tidak dapat pekerjaan, anda akan diserap masuk ke sektor-sektor pembinaan bagi menggantikan tenaga buruh Indonesia… Tetapi korang takkan menikmati gaji, sebab gaji korang akan didermakan ke dalam tabung PTPTN untuk rolling duit dlm PTPTN…

4) Mana-mana mahasiswi yang tidak mendapat tempat dalam pekerjaan, korang akan diserap masuk ke sektor amah ataupun sektor pembersihan sebagai cleaner… Tetapi korang takkan menikmati gaji, sebab gaji korang akan didermakan ke dalam tabung PTPTN untuk rolling duit dlm PTPTN…

5) Ataupun mahasiswa dengan paksaan perlu membenarkan RM 200.00 dari gaji setiap bulan dipotong untuk didermakan ke dalam tabung PTPTN seumur hidup…

Bagaimana… Mahukah menerima cadangan di atas?? Tak setuju?? Apsal tak setuju pula!!?? Itulah cadangan paling BIJAKSANA yang aku pernah buat… At least anak-anak eXception nanti terjamin la pelajaran diorang apabila ada graduan yang bermurah hati (dalam terpaksa) mendermakan duit gaji untuk tabung PTPTN…

Cadangan di atas adalah satu langkah selamat bagi menyelamatkan rakyat Malaysia dari menanggung kenaikan cukai hanya semata-mata duit yang ada dalam kantung kerajaan digunakan untuk membiayai mahasiswa…

Maka dengan cadangan di atas… Rakyat Malaysia tak perlu lagi risau….

1) Kenaikan cukai pendapatan
2) Kenaikan cukai pintu
3) Kenaikan cukai perniagaan
4) Kenaikan cukai perkhidmatan
5) Kenaikan cukai dari produk import
6) Kenaikan cukai kenderaan
7) Tempoh konsesi tol diteruskan sampai bila-bila

Di sini eXception nak ingatkan bahawa PTPTN adalah sebuah Perbadanan… Bukan fully government funded organization… Bermakna apabila kerajaan memperuntukkan RM 10 billion dalam tabung PTPTN, maka PTPTN perlu menguruskan sendiri tabung tersebut dan mengutip hutang-piutang… Jika tidak, tabung di dalam PTPTN akan kekeringan… Sebuah Perbadanan perlu menguruskan kewangan sendiri, maka gaji mereka bukan dibayar oleh Kementerian Kewangan tetapi Perbadanan itu sendiri…

Jangan samakan PTPTN dengan jabatan kerajaan, jauh berbeza antara dua entiti ini… Berbeza dari segi corak pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan pengurusan kewangan.

Akhir kalam dari eXception, suka sekali disampaikan pesanan di bawah….


ADAT BERGURU KEPALANG AJAR…. ADAT BERHUTANG KENALAH BAYAR!!!

Tiada yang percuma dalam dunia ni bai… Nyawa kita juga dipinjamkan Allah… Dunia juga Allah pinjamkan kat kita… Kehidupan kita sekarang ini juga dipinjamkan Allah…

Kepada mahasiswa dan graduan di luar sana… Jangan butthurt yaa?? Ada otak pakai… Ada akal pakai… Ada bijak jangan kasi gadai… Percaya kat Anwar, korang cuba gadaikan masa depan negara kita ni…

Cheguman pula juga ada sesuatu yang ingin disampaikan di sini: Isu PTPTN tolong sebarkan


4 comments

Skip to comment form

  1. Cheguman

    Lihat isu PTPTN di http://waadat.blogspot.com/2012/04/isu-ptptn-tolong-sebarkan.html?m=0

  2. Anonymous

    pergh… sokong dengan hujah ni.. bernas.. patut mahasewel yang duk meroyan tue baca.. setakat kualiti tong sampah nak dilayan macam anak raja… puihhh… aku harap mahasiswa berfikiran matang lah.. macam mana nak perintah negara nnt kalau semua berfikiran sempit.. tue banyak masalah timbul..

  3. Anonymous

    Jangan2 penulis blog Exception ni pun ada hutang PTPTN yang dia tak berbayar lagi!
    Kalau dia dah kahwin nanti – ada anak nak masuk U pun dia nak masuk free jugak.

    Asal nama saja Melayu, dimana2 pun nak benda free! – malah kahwin pun dia nak free!
    Kalau tidak macamana boleh wujud bohsia dikalangan budak2 Melayu, sampai benda
    celah kangkang bosia pun dia nak dapat free – bohsia tolong sedekah body! Bodoh punya Melayu

  4. eXception

    Aku?? Hutang PTPTN??? Ha ha ha ha ha ha… Aku belajar dulu mana ambik PTPTN, sebab aku belajar bawah bantuan Pembangunan Sumber Manusia Berhad di bawah skim latihan penganggur lepasan SPM… Alhamdulillah… tak perlu tanggung hutang PTPTN… Anak aku nanti aku dah siap buat tabungan SSPN… Jika tak cukup duit… AKU CARI NKO LAA… PINJAM DUIT NKO BULEH???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>