«

»

Aug 11

Isu Pengundi Klon – Malaysiakini Kantoi Menipu Lagi


Wartawan Kuek Ser Kuang Keng Bikin Cerita Lagi. Rakyat Malaysia Pakat Percaya

Kecoh lagi dalam Malaysiakini kononnya terdapat pengundi klon wujud atas nama yang sama tetapi nombor MyKad berbeza… Jika tadi Badut Rakyat dah dedahkan penipuan Malaysiakini dan kebangangan mereka yang percaya bulat-bulat apa yang ditulis oleh wartawan Kuek Ser Kuang Keng, yang dah masuk ni 3 kali kantoi menipu… Tu pun masih ada lagi percaya kat penipu ni… Pelik… Zaman sekarang orang dah tak percaya kepada fakta, tetapi auta… Bentangkanlah 10 ribu fakta sekalipun tetapi tetap kalah hanya dengan satu auta sahaja, sebab rakyat Malaysia sekarang lebih percaya kepada auta… Otak rakyat Malaysia kebanyakan sudah terbali mengatakan auta itu fakta dan fakta itu auta…

Dalam laporan Malaysiakini, Lagi ‘pengundi klon’ dikesan dalam daftar pemilih, kononnya dua no MyKad ini mempunyai nama yang sama iaitu Sa’ad bin Samsudin. Mari kita buktikan… Malaysiakini dakwa no MyKad ini 380913105681 dan 510913105553 kepunyaan penama tadi.

Untuk ujian pertama eXception pergi ke laman web JPN untuk memeriksa kewujudan nombor MyKad ni… Sila masuk ke laman ini untuk menguji MyKad ini: http://www.jpn.gov.my/semakic/. eXception masukkan nombor kad pengenalan ini dahulu: 380913105681 dan hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Kemudian eXception uji satu lagi MyKad bernombor 510913105553 dan menguji ia di: http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Jelas sekali no MyKad bernombor 510913105553 tidak wujud dalam sistem JPN… Maka ianya tak wujud sama sekali… Bagaimana dengan sistem SPR? Mari kita uji sekarang…

Mula-mula eXception masuk ke laman web ini: http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx… Untuk memeriksa daftar pemilih bagi kedua-dua no MyKad…

Kemudan eXception memasukkan no MyKad ini terlebih dahulu: 380913105681, hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Sememangnya MyKad nombor 380913105681 wujud di atas daftar pemilih… Tak ada dakwa-dakwi lagi. Bagaimana dengan no MyKad ini: 510913105553? eXception sekali lagi melakukan ujian dan dapati hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Tidak wujud sama sekali daftar pemilih yang dikatakan itu… Apa sudah jadi? Ianya tidak wujud langsung? Siapa yang menipu? SPR atau Malaysiakini? Jika kita ikut rekod penipuan Malaysiakini dalam isu ini sudah 3 kali kantoi menipu… Tetapi mengapa ramai yang masih percaya dengan Malaysiakini?

Jadi bagaimana pula dengan Daftar Isi Rumah pula? Sila layari laman web ini http://daftarj.spr.gov.my/semakdm/ dan periksa no MyKad ini 380913105681 dan 510913105553… Hasilnya… (klik gambar untuk besarkan)

Jelas sekali no MyKad 510913105553 tidak wujud dalam JPN apa lagi dalam SPR… Jadi mana klonnya?? Sedangkan dalam daftar pemilih tak wujud…

Jadi untuk pendedahan yang lebih mengancam… Silalah layari blog Badut Rakyat: EKSKLUSIF !!! MALAYSIAKINI KANTOI LAGI !!! KHAS UNTUK ANDA !!! BONGKAR !!!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>