«

»

Jan 18

JANGAN MANSUHKAN COLA (ELAUN SARA HIDUP) KAMI!!

URA-URA COLA AKAN DIMANSUHKAN DAN GAJI CUMA DINAIKKAN 10%

Khabar-khabar angin yang bertiup mula meresahkan jiwa kakitangan awam. Terutama bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur yang sudah ramai tahu kos sara hidup di sana amat tinggi. Khabar yang bermain di minda samaada benar atau tidak. Khabar yang membawa berita bahawa kemungkinan elaun sara hidup kakitangan awam dimansuhkan dan gaji cuma dinaikkan sebanyak 10%. Pada mulanya kami jangka ianya akan diumumkan dalam Bajet 2010, tetapi lega ianya tidak dibentangkan. Kemudian baru-baru ini mendapat lagi khabar yang sama. Tidak pasti betul atau tidak…

Mungkin bagi kakitangan awam gred 40 ke atas tak terasa sangat. Tetapi bagi kami yang bergred rendah bakal mengalami seksanya. Apa keperluannya elaun sara hidup kami dimansuhkan? Apa faedah yang akan kami dapat jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Kami tidak dapat sebarang faedah, malah hidup kami makin terbeban.

Ramai yang berkeinginan memiliki kenderaan sendiri bagi memudahkan perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja. Malah ada juga yang ingin mendirikan rumah tangga. Dari mana mereka dapat sumber kewangan tersebut? Sudah tentulah dari pinjaman bank. Bayangkan sekiranya gaji pokok hanya RM 800.00 kemudian dicampur dengan elaun tetap perumahan sebanyak RM 180.00 dan elaun sara hidup sebanyak RM 300.00. Maka gaji sebulan adalah RM 1280.00 sebulan. Kemudian terpaksa pula gaji dipotong untuk Tabung Haji, KWSP (bagi kakitangan yang baru), serta Angkasa. Katakan anda membuat pinjaman sebanyak RM 40,000.00 dan perlu membayar melalui potongan gaji selama 10 tahun, maka setiap bulan Angkasa akan memotong sebanyak RM 600.00 . Berapa sangatkah yang tinggal? Itu belum lagi tolak sewa rumah, bil api dan air, bil telefon, bil internet serta minyak untuk kenderaan. Yang tinggal lebih kurang RM 300 sahaja. Bayangkan jika elaun sara hidup dimansuhkan. Apa yang tinggal? Habuk!! Habuk yang tinggal.

Maka selepas itu kes-kes rasuah akan terus meningkat. Kes-kes jenayah yang sebelum ini didominasi oleh warga asing sepeti rompakan, samun dan ragut akan didominasi oleh kakitangan-kakitangan awam. Apakah puncanya? Puncanya kerajaan sendiri yang tak mahu ambil tahu rintihan hati kami. Kerajaan hanya sibuk berpolitik siang dan malam. Mencari salah dan kesilapan pembangkang, tetapi tak mahu belajar kesilapan sendiri sewaktu pilihanraya umum yang lepas. Adakah kerajaan Barisan Nasional yang hampir tumbang dulu akan tumbang pada pilihanraya akan datang? Undi di tangan rakyat. Kebanyakan rakyat juga adalah kakitangan awam juga. Jika kerajaan sendiri silap membuat keputusan yang boleh membangkitkan kemarahan kakitangan awam. Jangan mengeluh atau melenting jika semua kakitangan awam seluruh Malaysia akan melakukan mogok. Kami bukan kuli! Kami bukan hamba abdi! Kami ada maruah! Kami ada kehidupan masing-masing! Semakin lama, harga barang dan minyak akan naik. Tetapi apa yang kakitangan awam dapat? Kenaikan gaji? Bila kenaikan yang kami dapat? Ini sahaja sudah cukup membuatkan kami terseksa. Apa lagi jika elaun sara hidup kami dimansuhkan? Hidup kakitangan awam bergred rendah makin tersepit. Jika sebelum ini kami makan mee segera sekali-sekala. Kali ini mungkin kami terpaksa menjadikan mee segera makanan asasi kami. Adakah menteri-menteri sekelian mahu lihat kami kakitangan awam mogok? Adakah kamu semua tahu apa akan terjadi jika semua mogok? Ekonomi Malaysia akan jatuh merudum. Pasaran saham terpaksa ditutup. Peristiwa Kemelesetan Ekonomi tahun 1997 bakal berlaku lagi, malah lebih teruk. Malah kes-kes perceraian akan berlaku apabila suami tidak lagi mampu menyara keluarga. Malah lebih teruk akan ada ramai kakitangan awam terjun bangunan dan membunuh diri kerana terseksa dengan kehidupan di dunia. Adakah para menteri sekelian mahukan itu? Para menteri sekelian tentu tidak kisah elaun sara hidup kami dimansuhkan, kerana para menteri sendiri menikmati berbagai jenis elaun. Hinggakan isi minyak pun boleh claim lagi. Kami kakitangan awam cuma mengharapkan pada gaji sahaja untuk menyara kehidupan kami. Kami kakitangan semua menuntut…

JANGAN MANSUHKAN ELAUN SARA HIDUP KAMI!! DAN KAMI JUGA MINTA GAJI KAMI DINAIKKAN!!

Kami kakitangan awam juga ingin mengingatkan kepada kerajaan…

KAMI BUKAN KULI!! KAMI JUGA BUKAN HAMBA ABDI!!

Dan pesanan terakhir…

JANGAN BUAT KAMI HILANG KESABARAN!! INGATLAH KAMI JUGA RAKYAT!! KAMI YANG MENENTUKAN KERAJAAN MANA YANG BERHAK KAMI PILIH!!

27 comments

Skip to comment form

  1. sasha2020

    yang kamu kepanasan dan terlompat lompat takut macam kera apasal pulak???

    COLA memang tak akan dipotong. kalau nak kepastian tanyalah kepada yg berkenaan bukannya dengar khabar angin yg nak burukkan kerajaan…

  2. eXception

    The problem is… Khabar ini dari staff Jabatan Perdana Menteri… Member kerja sana…

    Aku bukan terlompat, cuma mahu menyuarakan bantahan… Bukan aku sahaja yang mengeluh, malah ramai lagi kakitangan awam akan mengeluh…

  3. Anonymous

    ya k/tangan awam puyai kuasa utk pilih kerajaan.kalau nak naikan gaji ,biar lah adil,jangan ada yg naik,dan ada yang tidak…

  4. eXception

    Ya betul tu Anon… Apapun untuk pengetahuan semua, perkara di atas cuma ura-ura dan kakitangan awam semua harap berdoa supaya COLA tak dimansuhkan. Aku bukan menghasut utk mengajak semua mogok. Tetapi jika berlaku keadaan macam ni, kerajaan seolah-olah tak pandang langsung masalah kakitangan awam. Jika tahun lepas bonus tak diberi atas sebab kelembapan ekonomi, tetapi pada masa yang sama menteri-menteri sekelian hidup mewah… Rakyat di bawah pula hidup tertekan, gula naik, minyak naik, tepung naik… Bila gula naik, ada la menteri-menteri secara sinisnya mengatakan nak mengelakkan rakyat kena kencing manis. Bila minyak naik, naiklah basikal pergi kerja… Jadi adakah patut kata-kata sebegini keluar dari orang yang sepatutnya membela rakyat? Ataupun mereka menjadi menteri atau Ahli Parlimen sekadar mahu hidup mewah? Jika nak mansuh, mansuhkan elaun-elaun menteri… Malah menteri-menteri tak boleh claim duit minyak, guna duit sendiri.

  5. eXception

  6. Anonymous

    Tuan eXception…

    Sebagai kakitangan kita wajib untuk menuruti segala peintah kerajaan… jgn membangkang walaupun terniat sekali pun dihati. ENGGEHkan dgn penuh TOTOK segala tindakan kerajaan, bagi aje undi kata Be-eNd tanpa byk soal!

    Kalo tak puashati… alih je sokongan kat PR… terkentut2 la Be-eNd bagi segala nko punya demand!

    Accept je la… eXception oiii! Bukan diorang peduli pun!

  7. Anonymous

    alo bro..ape kejadahnya ko g dengar org JPM punya cerita..hang dgr la org MOF punya cerita ka,org JPA punya crita ka..selama ni JPM ka yg dok bg duit kat hang??hang dapat keja ni terus melalui JPM ka yg hang dok percaya sgt org dok ckp2 kat JPM tu..lu pikiq la sendiri!!!ini la masalah bila dah ada blog tulis luahan perasaan plak..kalau nak suara didengar n berani kehadapan,guna la chanel yg betui!!perghhh!!!

  8. Anonymous

    Tak pun nko pakai je channel UMNgOk nko tu!

    Rakyat diHULUkan….

  9. Anonymous

    Confirm dah. Dr pekeliling kuatkuasa bulan 1 tp start potong bulan 4 (bg pendidikanla)..adeih jadinya bln 4 potong 1200

  10. eXception

    Anon (January 18, 2010 10:27 PM),
    Kami kakitangan awam bekerja menurut titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Kami di lantik pun oleh Yang Di Pertuan Agung, tetapi melalui SPA… Kami bukan pak turut kerajaan… Kami bukan hamba abdi yang hanya perlu menurut sahaja… Apapun sokongan aku terhadap BN dan UMNO xkan goyah macam tu sahaja. Cuma sakit hati dengan sikap menteri-menteri seolah-olah menanam tebu di tepi bibir… Sebelum pilihanraya mulut manis…

    Anon (January 19, 2010 1:20 AM),
    MOF cuma meluluskan sahaja, JPM yang bertindak merangkanya. Jika JPM selesai merangka dan cadangan tersebut akan dihantar ke MOF. Barulah MOF akan luluskan. Mcm juga sebarang pembelian peralatan pejabat juga perlu melalui MOF, barulah MOF luluskan… Jika tak faham aliran dalam satu-satu jabatan, jangan memandai hendak komen….

    Anon (January 19, 2010 1:20 AM),
    Aku malas nak melayan nko… Buang masa kau ajer…

    Anon (January 19, 2010 5:09 PM),
    Boleh tau kat mana aku leh tgk pekeliling tu?

  11. Anonymous

    yg ko dok pasang banner, sign sokong BN. UMNO pehal? siap sokong ISA lg…ko ni anti ker pro goment ni?

  12. Anonymous

    ntahnye..aku pon tak paham.ko nak mengamuk nak memberontak tu bagus la..tapi ko ni sape…?? pro b-end ke pro pr?

    warna latar dah la biru lebam.kalo ko pro b-end, menyesal tak sudah la.ko undi b-end tu apesal?

    kalau undi pr…untung2 PTPTN pun ko tak payah bayar dah…skg sape yg rugi??? ko la, ko la, ko la..

  13. eXception

    Ha ha ha… Anon (January 20, 2010 5:29 PM) dan Anon January 20, 2010 5:53 PM), sokong tak bermakna aku hanya menurut… Aku ni pekerja, kakitangan awam, bukan hamba abdi yang sesuka hati dikerah tenaga dan keringat tetapi tak diberi gaji… Setiap pekerja mempunyai hak. Hak bersuara… Tak semestinya membantah aku tak menyokong UMNO atau BN. Cuma aku tak menyokong keputusan terburu-buru kerajaan yang jika dilakukan mengakibatkan perkara yang buruk terhadap perkhidmatan awam di Malaysia sendiri. Malah kami kakitangan awam juga berhak menyuarakan ketidakpuasan hati kami. Ramai kakitangan awam yang mengeluh jika benar COLA akan dihapuskan.

    Apapun sokongan aku terhadap Parti Keramat Orang Melayu (UMNO) dan Barisan Nasional tetap tak berubah, cuma menyuarakan rasa tidak puas hati itu sahaja.

    Sekian Terima Kasih…

  14. Anonymous

    Gaduh apa aihh turut jer..laaa..perkeliling opis aku pun dah kuar..start potong gaji bulan 4 gak…apa la sangat kola rm 300 ratus…

    tapi apasal diaorang x terpikir "
    tarik gaji just bagi kola" lagi bagus mcm tue..kan ramai kata kakitangan awam pekerja malas.UMNO apa aihh sampai kola nak tarik lagy pun nak pikir sal melayu ker…nak makan pun x cukup nak pikir bangsa.

    kalau boleh nak mintak kerajaan benarkan kakitangan awam mencuri tanpa mengenakan seberang tindakan..ok la kalau mcm tue kerja x bagi gaji pun aku sanggup

  15. Anonymous

  16. Anonymous

  17. Anonymous

  18. Anonymous

  19. Anonymous

  20. Anonymous

  21. Anonymous

  22. eXception

    Yo!! Temei!! Hang jangan nak spam blog aku…

  23. eXception

    From: POSTMASTER JPA [[email protected]]
    Sent: Thursday, January 21, 2010 3:38 PM
    To: Warga JPA
    Subject: Berita pemotongan/pengurangan COLA

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

    Y. Bhg. Tan Sri /Datuk/ Dato'/ Datin / Dr. / Tuan/ Puan,
    Untuk makluman bersama .

    Kepada semua Warga JPA, berita mengenai pemotongan/pengurangan COLA adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.

    KUKK
    Jabatan Perkhidmatan Awam
    Malaysia

  24. eXception

    Nampaknya kerajaan pun dah kecut bila ramai kakitangan awam tak puas hati bila ada ura-ura nak mansuhkan COLA… Haa.. hambik… at last… tak jadi…

  25. eXception

    Emel di atas adalah emel yang aku terima melalui emel jabatan. Ramai kakitangan awam juga sedia maklum dengan berita ini. Alhamdulillah… Allah masih tidak memutuskan rezeki kami…

  26. Langsi

    Ape punya haprak penyokong KERAjaan Be-eNd ni… RM300 pun tak sanggup berkorban utk negara ka?

    eXception… Nak duit lebih nko gi la sambung belajo! Asik dok blogging bende2 takpedah buatpe… bahasa nko pun dah tak elok… dah mcm si parpukari… berjangkit ke?

  27. eXception

    Hai Langsi, aku ingat nko dah Almarhum… Pertama sekali aku bgtau nko, kami kakitangan kerajaan dah cukup berkorban… Gaji kecik kami x merungut… Walaupun berharap gaji dinaikkan lagi… Jadi berapa banyak yang perlu dikorbankan semata-mata kerajaan mahu mengurangkan perbelanjaan, sedangkan perbelanjaan yang lain yang merapu-rapu tak pernah nak dikurangkan… Walaupun aku sokong BN, tapi aku x sokong melulu… Aku ada prinsip. Apa yang betul aku sokong, apa yang tak betul aku tegur… Sekurang-kurangnya aku tak macam nko, lalang… Angin tiup ke kiri ko rebah ke kiri, angin tiup ke kanan nko rebah ke kanan… Dei Langsi, ada blogger mencabar nko jawab soalan dia… Kenapa tak nak jawab? Takut??

Leave a Reply

Hit Counter provided by Orange County SEO