«

»

Aug 04

Jom buat lawatan ke banglo mewah pemimpin Pakatan Rakyat!!

Ahli Dewan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim, telah membawa rombongan seramai 40 orang ke bango mewah milik Khir Toyo bekas MB Selangor yang menimbulkan kontreversi kerana dikatakan bernilai RM 24 Juta.

Rombongan tersebut hadir kira-kira jam 10.40 pagi dengan bas persiaran.

“Ini adalah inisiatif penduduk untuk lawat dan melihat dengan mata mereka sendiri betapa besarnya rumah pemimpin mereka,” kata Ng kepada media dalam lawatannya itu.

Bagaimanapun rombongan tersebut tidak dibenarkan masuk ke kawasan banglo berkenaan kerana dihalang pengawal keselamatan.

Selanjutnya: Lawatan sambil belajar tinjau ‘istana’ Khir Toyo berakhir dengan demo

So… Diorang dah melawat ke rumah Khir Toyo, apa kata blogger BPN semua pakat-pakat melawat banglo mewah milik para pemimpin Pakatan Rakyat pula? Apa ingat Khir Toyo je ada banglo mewah? Pemimpin PR pun sudah tentu ada banglo mewah…. Antaranya….

Rumah Al-Juburi

Pandangan dari sebahagian sisi rumah baru Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Anwar berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007. Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta, dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari 7 juta.

Banglo Mewah Anwar 2

Bagaimana dengan pemimpin Pakatan Rosak lain pula?

Rumah mewah Lim Guan Eng (KM P.Pinang)

Banglo Mewah Lim Guan Eng

Rumah mewah Khalid Gagap (MB Selangor)

Banglo Mewah Khalid Ibrahim


Anwar juga membeli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru.
Tidak dapat dipastikan berapa nilai rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya, yang dijadikan pejabat peribadi Anwar. Kondomium misteri yang pernah dimasuki Anwar bernilai RM 2.2 juta. Banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR.

Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai. Rumah beliau juga dilengkapi dengan pondok pengawal keselamatan.
Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya.

Jika kita fikirkan,…dari manakah duit yang diperoleh Anwar serta keluarga untuk mengumpul harta-harta semewah seperti ini???
Adakah dgn cara menjadi Ahli Parlimen (anwar & anaknya) mampu untuk mengumpul wang sebanyak itu???
Adakah dgn kutipan derma wang rakyat melalui ceramah-ceramah perdana beliau di seluruh negara mampu membuatkan beliau begitu kaya???

Pembangkang sibuk mendedahkan kekayaan pemimpin-pemimpin BN sejak akhir-akhir ini,…tetapi pemimpin Pakatan Rakyat juga apa kurangnya???…
Lihat saja harta-harta kekayaan Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim …dll.
Mereka belumpun sepenggal menjadi EXCO/MP/ADUN….

Para pemimpin Pakatan Rosak ni ligat merompak wang rakyat melalui cara yang agak terhormat tetapi kotor. Contohnya kes penyelewengan DAP Selangor yang mastermindnya Ronnie Liu dan Yong Hian Wah serta yang terbaru Yb Rodziah dengan penyelewengan RM 375 ribu.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>