KUALA LUMPUR 10 Jun – Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.
Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.
Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.
“Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin Pas tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi,” katanya.
Mengenai kritikan Pas terhadap Sisters-In-Islam (SIS), Karpal berkata, tindakan itu tidak akan menjadikan Pas lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas
dan begitu juga dengan desakan Pas supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar Ke-55 parti itu baru-baru ini berpakaian ‘sopan’.
Bagaimanapun, pendirian pemimpin Pas bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara
spesifik menetapkan Malaysia sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal. – Bernama
Karpal… Karpal… Tak habis-habis nak mengugut PAS. Apabila cita-cita PAS tak selari sahaja dengan perjuangan DAP, maka dikondem habis-habisan PAS.
Encik Karpal Singh, aku ingin beritahu kamu, kami orang melayu beragama Islam, juga ada kesabaran, malah kesabaran kami juga ada had. Jangan fikirkan kesabaran DAP sahaja.
Apapun kenyataan DAP yang mengatakan PAS bukan parti dominan membuktikan DAP memang memandang rendah PAS sejak dulu lagi. Cuma demi mengejar cita-cita DAP sanggup duduk semeja dengan PAS.
Itupun bersyarat, kaki, tangan PAS diikat, mulut PAS dikunci dan wajib menurut segala apa kemahuan DAP. Apapun diingatkan sekali lagi kepada Karpal Singh agar menjaga mulut beliau sebelum kena tampar beramai-ramai oleh orang Islam.
Malaysia ni bukan Negara Sekular, tetapi Negara Islam… Diulangi, Negara Islam. Takde spesifik tak spesifik, Tun Dr Mahathir dah umumkan dulu Malaysia ni Negara Islam, tak perlu pertikaikan lagi.
Diharap Karpal Singh jangan wat loyar walaupun anda bergelar seorang lawyer sekalipun. Ini kerana lowyar buruk kamu tu takkan laku. Apapun Singh Is King? Betul ke? Ke King Kong??













