«

»

Jan 02

Kefahaman Pengikut-Pengikut PAS Yang Bebal…


Ramai antara pengikut-pengikut fanatik PAS yang bebal. Antara mereka mengatakan perkataan Allah di dalam bahasa Arab bermaksud Tuhan… Ini satu kebodohan diwarisi dari Tok Garu Nik Ajis sejak turun temurun…

Cuba baca betul-betul kalimah di bawah ini….





Kalimah La Ilah Ha Ilallah ini bermaksud, Tiada Tuhan Melainkan Allah…

Jika korang mengatakan perkataan Allah itu Tuhan, apa makna perkataan Ilah?? Tolong jawab sket… Apa makna perkataan Ilah? Kalo tak tahu bahasa arab, toksah memandai nak menafsir sesuatu yang bukan bidang korang… Kebodohan dan kejahilan korang mengatakan perkataan Allah ialah Tuhan amat-amat-amat-amatlah memalukan…

Bukan sahaja korang jahil, Tok Garu korang pun jahil, bebal dan bahalol… Umat Islam tak kisah jika Herald nak guna perkataan Ilah, Lord, Kadaivale, God dan Jesus dalam ajaran diorang. Tetapi tidak nama Allah!! Tidak nama Allah!!

Kami umat Islam bukan bodoh!! Yang bodoh ialah pemimpin-pemimpin kitaorang!! Pemimpin kitaorang bodoh kerana melantik Hakim bukan beragama Islam menghakimi perkara yang berkaitan dengan maruah Agama Islam… Perkara berkaitan dengan kesucian Agama Islam… Perkara berkaitan dengan kesyumulan Agama Islam… Pemimpin-pemimpin kitaorang ini buta hati, buta perut dan buta mata…

Satu lagi aku nak beritahu kepada orang-orang PAS sekelian yang bodoh… Kalimah Allahuakbar yang korang selalu korang laung-laungkan korang tau ke apa maknanya?? Adakah maknanya Kadaivale Maha Besar? Atau Jesus Maha Besar?? Atau Lord Maha Besar!!?? Tidak!! Allahuakbar bermaksud Allah Maha Besar…

Ingatlah…


TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH!!!

Orang yang tidak berpegang pada kalimah ini, sudah terpesong akidahnya dan wajib bertaubat nasuha… Allah itu satu, tiada dua, tiada tiga…





31 comments

Skip to comment form

  1. YANG GAMBI

    Salam Yb Raz, benarlah dengan apa yang tuan perkatakan, sepatutnya kerajaan atau KDN mempergunakan akta yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan, jangan biarkan puak-puak ini mencabar kesucian Islam….

    Tetapi yang kawan hairan, mengapa ulama-ulama PAS, membisu…. yang banyak berbunyi kuli-kuli haprak yang tak tahu apa….. berkokok macam ayam kalah sabung……

    Apakah kerana tamak kuasa, mereka sudah tidak mahu menegakkan Islam lagi ? sebab itu agaknya Nik Aziz benarkan orang-orang kafir membaca dan mentafsir ayat-ayat Quran sebab Tuhan bagi Nga, Eli, Teresa, Gobala sama dengan Tuhan penganut-penganut PAS kot……..

  2. Anonymous

    nafi isbath ismu a'zam ismu zat

    susah dgn isle politic ni celaru

    dah kemarok undi kafir

    tercicir ismu zat

    zikr ismu zat dan zikr nafi isbat lalai

    dihijab ALLAH qalbun salim na'uzubillh

  3. eXception

    Itulah dia, bila kemaruk dengan undi dari kafir, Islam jd barang gadaian… Kafir baca Al-Quran tak jadi salah… Semua tak salah… Tapi bila tang UMNO dengan BN, silap nahu sket atau lari sket taranum, teruk kena hentam…

  4. hj ja,aludin

    Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Tuan empunya blogger " KALAU DAH STUPID BAGHDAD JANGAN NAK KATA ULAMAK PAS BODOH" Membodek ketuanan Melayu biar lah bertempat . Baru belaca alif ba ta dah cuba kata Ulamak Pas Bodoh. Betul kata kata ALLAH SWT " Kalau allah dah buta kan hati seseorang macam empunya blogger macam ni perangai buruk macam kera UMNO kena belancan > bodoh punya empunya blogger buat taksiran tak beralasakan Al Quran . Tolong taksirkan di bawah ini .
    9. Allah SWT menyatakan mereka semua sebut Allah itu الله. Baca ayat 30, surah at-taubah:

    وقالت اليهود عزير إبن الله
    "Dan golongan Yahudi berkata: 'Uzair itu anak Allah"

    وقالت النصارى المسيح إبن الله
    "Dan golongan Nasrani berkata: Al-Masih itu anak Allah"

    ذلك قولهم بأفواههم
    "Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri."

    10. Diharap tiada ulamak UMNO 1 Malaysia yang buta al-Qur^an.

    Kalau tak tahu belajar jangan ambil pulus macam gila babai .

  5. Anonymous

    Ni sapa Hj Jalaluddin yang ambil terjemahan sekerat-kerat ini tetapi tidak tahu tafsiran dan makna sebenar ayat tersebut.

    Hermm…org macam ni lah yg bawa ajaran sesat dan peyokong Nik Aziz rupanya..bebal banget deh…

  6. Anonymous

    1) KEPIMPINAN PAS MULA BERSUARA DAN MENYATAKAN PENDAPAT MEREKA;

    Berita TV3 jam 8 malam ini memaparkan ulasan Nasaruddin Tim Presiden PAS yang mula bersuara mengenai isu kalimah Allah dan mula kelihatan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah .
    ——————————————————-

    2) PAS KECEWA MAHKAMAH BENARKAN PERKATAAN ALLAH DALAM MINGGUAN HERALD THE CATHOLIC

    Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

    Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

    Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

    Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah. Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah, bukan kepercayaan Uluhiyyah.

    Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya.

    Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas di Kelantan.

    Idris Haji Ahmad

    Ketua Penerangan PAS Pusat

  7. eXception

    Tuan Haji, penjelasan surah Tuan Haji tentang Surah At-Taubah sungguh memalukan, kerana cuma memetik beberapa ayat sahaja…

    Apapun, itu adalah ayat Al-Quran dan di dalam bahasa Arab. Bukan bahasa Yahudi, bukan dalam bahasa cina dan bukan dalam bahasa tamil…

    Di dalam ayat itu menyebut kalimah Allah (الله), bukan kalimah Tuhan… Al-Quran adalah kalam Allah… Tuan Haji jangan menafsirkannya sekerat-sekerat nanti orang boleh terpesong pemahaman.

    Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan… Ingat tu Tuan Haji…

  8. Anonymous

    Kepada Hj Jalaluddin yang kebebalan aku kutip kenyataan dr Zulkifli Nordin ni mgenai ayat Al Quran yang ko guna untuk menunjukkan kebebalan dan kedangkalan ko dalam memahami ayat Al Quran.

    ———————–
    Surah Az Zukhruf:86-87 dan Al Ankabut: 63 adalah penegasan ALLAH bahawa kalau ditanya kepada golongan kafir dan penyembah berhala bahawa siapa yang mencipta mereka, nescaya mereka akan menjawab ALLAH. Kita perlu lihat ayat ini adalah urutan daripada ayat-ayat sebelumnya yang mana ALLAH mencela perbuatan golongan kafir dan musyrikin yang menyembah selain ALLAH; sebaliknya menyembah patung dan sembahan-sembahan yang lain. Sedangkan bila ditanya apakah yang mencipta mereka itu patung-patung sembahan mereka, nescaya mereka akan kata tidak, sebaliknya ALLAH.

    ———————-

    harap yang lain jgn ikut sama bebal macam Hj Jalaluddin.

  9. eXception

    Kekecewaan PAS hanya dirasai segelintir sahaja. Kenapa pemimpin bawahan yang bersuara? Mana peringkat tertinggi? Mana suara Nik Aziz? Husam Musa? Nasrudin Tantawi? Lebih-lebih lagi Khalid Samad sendiri bangga Gereja dibenarkan menggunakan kalimah Allah…

  10. Anonymous

    Apa masalahnya orang bukan islam menggunakan perkataan ALLAH ? Bukankah perkataan ALLAH itu ZatNya yang maha agong yang tetapkan dengan nama tersebut, dan bukankah Allah sendiri yang mahukan hambanya memanggil dirinya sebagai Allah ? Apabila ALLAH menurunkan kalamNya maka perkataan ALLAH itu di perintahkanNya supaya di seru untuk bagi diriNya dan untuk semua bangsa tak kira agama, cubalah baca Al Fatihah ayat satu yang menunjukkan Allah sendiri yang tetapkan RububiyahNya

    Perlu di ingat bahawa semua bangsa dalam dunia ini percaya kepada Tauhid Rububiyah yang mengakui ALLAH sebagai Tuhan mereka akan tetapi yang mereka tak percaya ialah Uluhiyah sahaja sebagaimana mereka tidak percaya kepada kitab yang menetapkan cara beruluhiyah, kalau nak kira orang melayu juga tak boleh gunakan perkataan ALLAH, yang mereka boleh gunakan ialah perkataan TUHAN sahaja kecuali mereka yang beragama islam

    Dalam masalah Rububiyah ini ahli kitablah yang dahulu menggunakan perkataan Allah dalam kitab taurat,zabur dan Injil, saya masih ingat lagi semasa sekolah inggeris di Assumption dahulu (Fathernya bernama Key orang Burma) dia menerangkan terjemahan Al Fatihah dengan terus menggunakan perkataan ALLAH mulanya saya berasa janggal juga akan tetapi apabila di selidiki maka fahamlah saya bahawa rupanya agama dia yang pakai perkataan itu dulu, masa tu saya memang bangang macam bangangnya UMNO sekarang juga

  11. Anonymous

    Part I

    ISU KALIMAH ‘ALLAH’ : ALLAH FOR ALL

    Sesuatu hukum dalam Islam, memerlukan kepada dalil. Jika mahu dikatakan boleh, dimanakah dalilnya? Dan jika mahu dikatakan tidak boleh, dimanakah dalilnya?

    Dalam manhaj istinbat, Imam Ghazali tidak sealiran kaedah dengan Imam Abi Walid Al-Baji. Manhaj Imam Ghazali, sebarang pengistinbatan terhadap kewujudan sesuatu hukum, memerlukan kepada dalil, tetapi dalam menyatakan sesuatu itu tiada hukum, maka ia tidak perlu kepada dalil. Manhaj ini berbeda dengan Imam Abi Walid Al-Baji yang menyatakan, mengistinbatkan hukum dan menyatakan tiada hukum, kedua-duanya perlu kepada dalil.

    Walaubagaimana pun, dalam isu menyebut kalimah Allah bagi non Muslim, Apakah dibenarkan atau tidak, ia memerlukan kepada dalil dalam menyatakan keizinannya. Adapun jika kita adalah golongan yang mengatakan tidak boleh, dalam manhaj Imam Ghazali, tidak perlu didatangkan dalil, bahkan sudah memadai dikatakan tidak boleh jika tidak didapati langsung dalil-dalil yang membenarkannya.

    KALIMAH ALLAH

    Kalimah Allah adalah kalimah ”rahmat” sekelian Alam. Allah SWT adalah tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang selain beragama Islam. cumanya, tafsiran bagi kalimah Allah itu pelbagai dikalangan manusia.

    Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada tuhan yang esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair.

    Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.

    Pertama : Surah Al-Ankabut : 61

    وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

    Maksudnya;
    “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

    (Surah Al-Ankabut : 61)

    Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

    Kedua : Surah Al-Ankabut : 63

    وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

    Maksudnya;
    “Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

    (Surah Al-Ankabut : 63)

    Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

  12. Anonymous

    Part II

    Ketiga : Surah Al-Haj : 40

    وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا

    Maksudnya;
    “Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”

    (Surah Al-Haj : 40)

    Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.

    Keempat : Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW bersabda;

    لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ

    Maksudnya;
    “Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah[1]”

    Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

    فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

    Maksudnya;
    “apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan”

    Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?”

    ”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat[2].

    Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang islam sahaja.

    Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

    Bahkan, ini dikuatkan lagi sirah Nabawiyyah, yang mana di awal-awal dakwah Nabi SAW, kalimah Allah sudah digunakan oleh orang-orang quraish ketika itu. apabila kedatangan Islam, nabi SAW tidak pernah menghalang atau melarang orang-orang Quraish daripada menyebut kalimah Allah. Malahan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, baginda SAW memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah dari sudut yang betul.

    Perlu diingat, Nabi SAW datang ketika itu, bukan menghalang dari mereka memggunakan kalimah Allah, tetapi Nabi SAW datang memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah itu sendiri. Inilah tugas nabi, yang wajib dicontohi oleh seluruh umat-umatnya.

  13. Anonymous

    ISYKAL DAN JAWAPAN

    Pertama :

    Mengizinkan non muslim menggunakan kalimah Allah dapat melahirkan keraguan umat Islam terhadap maksud kalimah Allah SWT.

    Jawapan;

    Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sepatutnya tidak difikirkan sebagai ruang non Muslim untuk meragukan umat Islam. bahkan, yang wajib difikirkan oleh umat Islam adalah, bagaimana kalimah Allah ini dijadikan sebagai kalimah yang sering disebut oleh non Muslim, kemudian diberikan kefahaman kepada mereka tentang maksud sebenar terhadap kalimah Allah yang mereka sebut itu. dan inilah, yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam dakwah di marhalah Makkiyyah dahulu.

    Kedua:

    Lebih baik menghalang dari mereka menggunakan kalimah Allah, kerana ia dibawah maksud ”sad Az-Zarai’”

    Jawapan;

    Kaedah ”sad Az-Zarai’” digunakan untuk menutup sebarang ruang-ruang yang boleh membawa kepada haram. Adapun dalam kes non Muslim menggunakan kalimah Allah, ia merupakan ruang untuk mendekatkan non Muslim terhadap kefahaman maksud ”Allah”.

    Ketiga:

    Ramai orang Islam pada hari ini yang lemah aqidah, justeru, dibimbangi mereka terpengaruh dengan agama non Muslim, apabila mereka dibenarkan menggunakan kalimah ”Allah”

    Jawapan;

    Apabila lemah aqidah, maka perkara yang perlu dilakukan adalah, perkuatkan aqidah mereka. berikan kefahaman kepada mereka tentang aqidah yang sahihah.

    Tindakan melarang penggunaan kalimah ”Allah” dari kalangan Non Muslim dalam usaha hendak menyelamatkan aqidah orang Islam, merupakan dakwaan yang terlalu dangkal. Ini kerana, tindakan tersebut samalah seperti doktor yang memberi ubat pening kepala kepada pesakit yang sedang sakit perut.

    Keempat:

    Tindakan non Muslim yang kini baru sahaja mahu menuntut mahu menggunakan kalimah Allah terkandung agenda tersembunyi

    Jawapan:

    Apakah wujud agenda tersembunyi atau tidak, ia bukan isu yang wajar dibangkitkan. Apa yang pasti, Nabi SAW ada bersabda;

    فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

    Maksudnya;
    ”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang untuk dia bercakap[3]”

    Justeru, dalam isu menggunakan kalimah ”Allah” bagi orang bukan islam, ia merupakan hak yang dibenarkan dalam agama mereka. justeru, hak ini hendaklah diberikan kepada mereka. jika mereka mahu menuntut hak itu, wajib diberikan ruang kepada mereka bersuara dalam menyatakan hak mereka.

    Adapun sekiranya benar wujud agenda tersembunyi tersebut, maka ia perlu dihadapi dengan segala kebijaksanaan. Bukannya dengan melarang terus mereka daripada bersuara. Kerana, tindakan sebegitu akan memberi gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim.

    KESIMPULAN

    Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW.

    Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.

    Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.

    jika mahu difikirkan balik, mengapa tidak dijadikan kalimah “Allah” ini sebagai cara untuk melahirkan penyatuan manusia di seluruh dunia. Sekiranya Najib Tun Razak boleh menggunakan tema 1 Malaysia dalam usaha hendak menutup politik perkauman UMNO, mengapa tidak digunakan “esa Allah” dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan berbilang bangsa?

    “ALLAH FOR ALL”

  14. Anonymous

    yahudi dan nasoro serta majusi di Malaysia ni ada muslihat tersembunyi
    the timing is right…
    jangan terlalu koro…
    perlu ada ikhtiar…
    mengekang pintu dakyah mereka yg dimurkai dan mereka yg sesat…
    artikel 11…
    Herald mingguan berbahasa Melayu
    untuk katolik Sarawak dan Sabah
    dah banyak cara mereka…
    nak tambahkan lagik ke?

  15. Anonymous

    Elisabetg Wong, Terasa Cock, Ronnie Low, X;beer,tu boleh baca Herald Melayu dan ramai kenalan melayu tapi tak boleh dakyah katolik bukan kristian

  16. Anonymous

    koro…jika benar muslihat sekalipun…
    josep piring kitingan baca erald bahasa melayu ke? pengundi 1/2 sabah, 1/2 disarawak…wakil berapa orang…pkr sabah dan sarawak boleh bendung di parlimeb/

  17. eXception

    Ramai yang menyalah tafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut pemahaman sendiri… Semua tahu bahawa langit dan bumi ini dicipta oleh Allah… Mereka mengakui wujudnya Allah, jika mereka percaya akan Allah pasti mereka akan memeluk Islam bukan agama lain. Ini hanyalah helah mereka… Helah untuk menjahanamkan Islam… Kristian sejak dulu lagi cuba menjahanamkan Islam. Jika dulu di Melaka pengaruh Kristian bermula dari penjajahan Portugis, kemudian Belanda dan kemudian Tanah Melayu dijajah oleh British… Adakah mereka datang berdagang sahaja? Tidak… Mereka juga menjalankan dakwah agama mereka…

    Kristian tidak akan berhenti berdakwah dan mengajak manusia masuk ke agama tsb. Sehinggalah hari Kiamat…

    Mereka akan melakukan pelbagai cara untuk memesongkan akidah manusia…

    Mmg benar kalimah Allah boleh digunakan di mana-mana. Tetapi jika ajaran mereka mengatakan Jesus itu Allah… Tidakkah ianya akan mencetuskan persoalan kepada anak-anak kita kelak?

    Apabila terpandang gambar Jesus, anak-anak kita memanggilnya Allah. Kita tak larang jika Herald mahu menggunakan kalimah Allah sebagai menggambarkan zat Allah yang sebenarnya. Tetapi yang kita khuatir ialah ianya akan disalahgunakan…

    Mereka sejak awal lagi mengatakan Jesus anak Allah… Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan.. Itu adalah firman Allah sendiri dalam Surah Al-Ikhlas…

    Ini sudah jelas menunjukkan mereka bukan berniat untuk menggunakan nama Allah ini untuk menunjukkan sifat sebenar Allah yang disembah oleh seluruh umat Islam. Mereka berniat untuk menamakan Tuhan mereka Allah…

    Jadi jika Tuhan Kristian-Allah, Tuhan Hindu-Allah, Tuhan Buddha pun Allah… Berapa banyak Allah skrg? Allah itu satu!!

    Mereka mahu menggunakan Allah dengan gambaran Tuhan masing-masing… Bukan menggambar Allah SWT Tuhan Sekelian Alam Semesta… Tuhan yang disembah oleh sekelian umat Islam…

  18. Anonymous

    Bila bermulanya Islam ?
    Adakah pada zaman Nabi Muhammad dan turunnya Al-Quran? Jika jawapannya : Ya. Mengapakah Adam,Nuh,Ibrahim dan nabi-nabi semuanya mengaku muslim sebelum kedatangan Muhammad ? Dan lagi Nabi Muhammad mengatakan yang baginda meneruskan apa yang telah disampaikan para nabi-nabi dahulu.
    Islam telah disempurnakan pada zaman nabi Muhammad.Ini bermakna Islam itu telah wujud sebelum nabi Muhammad dan Al-Quran diturunkan.Dari mana asalnya perkataan Allah?Siapa pula yang menciptakan kalimah Allah? Kitab apa yang mula-mula tertulis perkataan Allah ?
    Bila wujudnya bangsa Arab dan bahasa Arab ? Bila pula kalimah Allah wujud dalam bahasa Arab ?
    Siapa pula orang yang pertama sekali yang menyebutnya kalimah Allah didunia ini ?
    Banyak persoalan ini perlu dijawab oleh ahli sejarah !!!
    Bahasa nabi Adam apa ?

  19. Anonymous

    Apa masalah membenarkan orang bukan Islam guna perkataan Allah?

    Masalahnya yang teramat besar bakal muncul sebab hujah mereka adalah dari artikel 11. Kalau artikel 11 membenarkan mereka menggunakan nama Allah kerana nama Allah itu bukan hak eksklusif umat Islam, maka perkataan seperti solat, masjid, kaabah juga boleh digunakan oleh mereka dengan sewenang-wenangnya sebab umat Islam juga tiada hak eksklusif dalam istilah ini.

    Umat Islam juga tiada hak eksklusif terhadap dana kerajaan oleh itu dana kerajaan perlu digunakan untuk dakyah dan pembangunan agama lain dari Islam. Umat Islam juga tiada hak eksklusif terhadap agama orang Islam, oleh itu orang Islam bebas murtad. Apa lagi nak tambah?

  20. Bengang

    Kalau nak longgar, longgarkanlah semua!
    Kenapa orang Islam tak diberi kebebasan mutlak utk memilih agamanya sendiri?
    Kenapa orang Islam yg murtad nak dihukum pula?
    Bebas! Beri semua orang kebebasan!
    Janganlah sikit2 nak halang. Itu tak boleh. Ini tak boleh.
    Malaysia boleh!

  21. Accept Je La...

    Ni lah akibatnya bila TokNajisNazak ke hulu ke hilir dgn 1 M'sia… sampai perkataan ALLAH pun nak dikongsikan bersama semua kaum. so… jgn dok nak salahkan PakLah dan KJ je!

  22. eXception

    Komen anda telah di jawab dalam post aku yang bertajuk 'Adakah Ada Agama Lain Selain Islam?'

  23. Langsi

    Bagus betul puak2 UMNgOk yg memperjuangkan perkataan ALLAH…

    Jgn perjuangkan perkataan je… perjuangkan sama syariat, buat suruhan dan jauhi larangan ALLAH!

    Mulai sekarang… kite kaji segala kemungkaran dan kemakrufan di bumi Msia. Tengok Genting dan kilang2 arak yg dibina zaman Be-eNd… jom musnahkan.

    Pemimpin yg luluskan 10 lesen perjudian di awal pemerintahan… kita singkirkan. Anak x-PM yg jadi Board of Director dlm San Miguel,sykt arak Filipina kita buang kerakyatan.

    Kes sebat model… nape plak ditangguh2 kalo nak ikut Islam!

    Lepas kita pakat kumpul ramai2 kat Dataran Merdeka, KLCC, Damansara panggil sama TV3suku, RTM maknanya RumahTumpanganMsia kta sambut MAAL HIJRAH bukan NEW YEAR! Macam… ada setuju ke wahai pejuang bangsa2 Melayu?

  24. eXception

    Ya Encik Langsi, dipersilakan musnahkan… Sebab semua tu bukan milik BN… Tapi milik persendirian… Jadi bawaklah seramai mana yang anda mahu untuk membantu anda mengebom atau membakarnya….

  25. Langsi

    Memang BAGHAL betul ko ni… kalo pun milik persendirian tapi yg memberi lesen tu sape…kalo bukan zaman be-eNd yg memerintah.

    Kenape subahat dlm maksiat yg bertentangan dgn syariat ALLAH korang (UMNgOk) diam kan. Tapi tang guna perkataan ALLAH korang kecoh bagai nak rak!

    Kaji balik pemimpin Agung korang yg dok Chedet hina janggut Nabi, tangan dipotong boleh buat sup, Masitah menghalakan pelacur kalo darurat, PakLah – negara akan mundur kalo laksana hudud dan ramai lagi… nape tak didemo tindakan pemimpin mangkukhayun ni? Pasal diorang pemimpin UMNgOk… Sah BoNgok dan TOTOK betul juak2 UMNgOk ni…

    Accept je la eXception oooiiii!

  26. eXception

    Gereja mana ada lesen Langsi oii!! Nko ingat Gereja ni mcm kedai runcit?? Gereja cuma ada permit sahaja… Yang bg permit bukan Kerajaan… Tapi PBT…

    Siapa kata aku bersubahat dgn maksiat? Nko ada bukti ke menunjukkan penglibatan aku? Lainlah mcm nko, dah tentunya ada share dengan rumah-rumah urut sekitar Selangor… dak gitu?

    Apapun, provokasi anda selalu tersasar… Tuduhan anda membuta-tuli hanya sedap cakap je… Kalo Tun Dr Mahathir pertikaikan janggut Rasulullah itu lantak dia lah… Itu dosa dia dengan Allah. Kalo Masyitah Ibrahim kata boleh melacur jika darurat, itu antara dia dengan Allah…

    Tapi apa yang pasti, PAS juga perlu jawab dengan Allah, kenapa biarkan nama Nya digunakan untuk Tuhan-Tuhan kepercayaan lain?

    Jika benar Kristian mahu gunakan nama Allah, kenapa tak masuk Islam sahaja? Bubarkan sahaja Kristian di Malaysia… Bukankah Kristian sudah ada Jesus dan roh kudus? Jika mahu sembah Allah, tinggalkan segala amalan syirik dan khurafat… Tetapi kenapa PAS beriya-iya menyokong kafir?

  27. Langsi

    Tolol betul nko ni… Aku cerite pasal lesen judi dan arak yg diluluskan zaman Be-eNd, ko pegi masuk lesen gereja plak! Sebesi-besi loceng gereja tu… tak lah BiNgai mcm nko ni!

    Boleh tak aku guna excuse mcm nko? Kalo kafir2 tu nak guna nama ALLAH itu lantak dia lah… Itu dosa dia dengan Allah. So… takyah teriak sanasini; takyah demo huluhilir!

    Nko setuju tak dgn aku… kalo aku kate bahawasanya ALLAH itu Tuhan Makhluk Semesta Alam. Segala makhluk di alam maya ini adalah ciptaanNYA… ALLAH YANG MAHA ESA. Setuju tak? ALLAH bukan untuk orang Malaysia saje… bukan utk orang Melayu aje tapi utk semua makhluk ciptaanNYA. Malah dah ramai yg memberikan dalil2 dan nas2 mereka… bagi aku yg cetek agama ni, cukup sekadar ulasan ini la.

    Takde masalahnya penggunaan nama ALLAH ni sebab mrk juga makhluk ALLAH dan tambahan lagi telah digunakan sejak zaman nabi lagi… dan ade dlm Quran pun!

    TAPI kalo nama ALLAH disalahguna.. dikomersilkan (contoh jadi jenama kasut!) maka aku akan berada di barisan hadapan utk turut MEMBANTAH… depan sikit je dari si eXception ni…(kira ok la tu!)

    Nak tanye sikit… korang tak membantah ke dgn kenyataan Tok Menteri NazriAziz yg membenarkan penggunaanya kat Borneo. Eh..eh! Ade ke boleh lebihkurang plak? Bleh main bargain2 plak yek! Katsini takbleh; katsana bleh; kat tengah2 mcmana? Nko setuju ke… accept je la kot. Nak narik undi orang SabahSarawak la ya….

    Maklumlah kenyataan dari Menteri UMNgOk… maka dgn penuh TOTOK (bukannya tawadduk tau!) segala puak2 UMNgOk mengENGGEHkan keputusan tersebut.

    Aku cabar si eXception sekali dgn Jeffry dan Parpukari utk berdemo membantah kenyataan tokNazri tu!
    Amacam ade bran…? Cube rabe telo tu… ade lagi tak? Dah tersangkut due-duenye kat telinge ke Yob? Ater… nak dibio kan aje TokNazri kome mengizinkan kapio pakai nama ALLAH kat Borneo… mana perjuang kome?

  28. eXception

    Langsi oi… Aku takdelah setolol nko… Tolol aku, boleh belajar supaya jd pandai… Tolol nko… Tolol seumur hidup…

    Bg aku, jika Kristian berminat nak guna nama Allah kenapa tak nak masuk Islam? Kenapa masih dlm Kristian? Bukankah Agama Islam satu-satunya Agama yang diturunkan kepada umat manusia? Langsi aku tau ko tolol sebab ko tak tanya dlm diri sendiri, apa niat Kristian… Jika niat mereka baik… Maka masuklah Islam…

    Pasal lesen arak dan judi. Habis tu kat Selangor lesen-lesen rumah pelacuran takde pulak dibatalkan? Malah bertambah mcm cendawan lepas hujan.

    Kat Kelantan, sape kata takde judi? Jgnkan yg berlesen malah yg tak berlesen pun ada… Laga ayam… Bukan org cina atau india yang main, tp org Islam… Yang berkopiah pun turut serta… Siap ada gambar Nik Aziz main snuker lagi…

    Satu lagi kenyataan Nazri Aziz merupakan kenyataan syok sendiri. Kitaorang pun bukan suka sgt dengan mangkuk tu…

    Nazri cuma menteri kecil. Pendapat dia adalah pendapat peribadi. Permusuhan dia dengan Tun Dr Mahathir pun atas permusuhan peribadi… Apapun sikap dia hanyalah syok sendiri… Jadi Langsi, sila jangan mentololkan diri anda dengan isu-isu lesen judi dan arak… Baik BN, PAS, PKR atau DAP semua sama aje…

    P/S: Satu ketololan nko Langsi ialah, orang bercakap tentang isu lain, nko pusing cerita isu lain… Nko dengan Anwar same je la.. Kaki putar dan kaki pusing… Pada awal komen nko tak cakap pun pasal lesen judi dan arak… Jadi Langsi jangan biarkan diri anda diselubungi… KETOLOLAN…

  29. Shokat

    Aku terbaca bible yang mengatakan jesus itu anak Allah. Aku konpius!!mungkin aku murtad! ahhh~ tolong jangan bagi mereka guna nama Allah dalam bible~~ >.<

    Cmon la blogger…. cetek gile pmikiran ko!

  30. eXception

    Ya Shokat, itulah sebab kita harus menentangnya… Cuma aku pelik kenapa ramai di kalangan ahli PAS malah pemimpin-pemimpin PAS (kecuali Datuk Harun Din dan Ust Taib Azzamuddin) yang beriya-iya mahu Gereja menggunakan nama Allah dalam ajaran mereka…

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO