«

»

Jan 26

KELUARGA ADUKA TARUNA NAK SAMAN BERITA HARIAN?


Rakan blogger lahanat yang kian popular mengalahkan Mawi, dek kerana kelancangannya menghina Almarhum Sultan Johor yang mangkat ingin mendakwa Berita Harian atas tuduhan menfitnah…

Kononnya dakwa rakan blogger lahanat ni, Berita Harian memfitnah Aduka Taruna dengan mengatakan Polis menahannya, sedangkan blogger lahanat itu sendiri yang menyerah diri.

Ini adalah kandungan berita dalam Berita Harian Online


Penulis blog hina Almarhum Sultan Iskandar ditahan

Oleh Azida Shaharuddin
[email protected]

JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

Mohd Mokhtar berkata, lelaki terbabit dibawa ke IPD Muar kerana laporan awal yang dibuat terhadapnya, diterima IPD berkenaan.

Selain itu, IPD Kluang menerima 23 laporan yang dibuat orang awam serta ahli politik berhubung kenyataan penulis blog berkenaan; IPD Batu Pahat (empat); Johor Bahru Selatan (tiga) dan satu di IPD Seri Alam.

Sehubungan itu, Mohd Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang penghinaan, fitnah mahupun tuduhan tidak berasas di blog.

“Polis berkemampuan menjejaki pihak bertanggungjawab yang menyalahguna saluran multimedia,” katanya.

Difahamkan, penulis blog yang beralamat di Seremban, Negeri Sembilan itu, menyembunyikan diri di Kota Bharu selepas kenyataan yang disiarkan dalam blognya, Sabtu lalu, menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Penulis blog terbabit menerima lebih 1,000 komen susulan kenyataan itu, dengan sebahagian besarnya menyatakan rasa tidak puas hati dan ada yang mengugut untuk membunuhnya.

Aduka Taruna dipercayai penulis blog keempat ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan.

Pada 0gos 2008, penulis blog `Penarik Beca’, Abu Bakar Mohd Rashid, ditahan kerana meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam blognya yang disifatkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, sebagai satu penghinaan kepada pasukan itu dan cubaan menghasut orang ramai supaya membenci polis.

Kemudian baca pula kenyataan rakan blogger lahanat itu…. Penulisnya menamakan diri sebagai Ali…


UPDATED: Berita Palsu di Berita Harian Online

TV3 menerusi Buletin 1.30 sebentar tadi menyiarkan berita palsu yang sama seperti yang dilakukan oleh BHarian Online. Mengatakan bahawa AT di TAHAN!! Saman!
Keluarga AdukaTaruna sebenarnya Jutawan
oleh ali :

Salam satu Malaysia. Pagi ni den baco Berita Harian Online. Den terkejut campur kagum dengan kebodohan Berita Harian kerana boleh menyiarkan satu berita menipu. Berita malafide. Berita yang sebenarnya bermaksud jahat kepada AdukaTaruna. Yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Itu prinsip asas den dan semua orang. Tapi takkan penulis Azida Shaharuddin menjadi lebih mangkuk dari den. Dia penulis dari paper yang besar dan ternama. Utusan Malaysia lebih jujur menyiarkan berita tentang AdukaTaruna. Malah gambar Aduka pergi menyerah diri dah pun tersebar sejak malam tadi. Takkan Azida tidak mengetahui itu semua. Menyembunyikan diri ?? Ditahan Polis ?? Nampak sangat nak melariskan paper Berita Harian dengan berita sensasi tetapi menipu rakyat Malaysia. Di mana integriti anda wahai Berita Harian.

Kepada Keluarga AdukaTaruna

Jadi nasihat den kepada famili Adukataruna, sila saman Azida Sharuddin dan paper Berita Harian. Mereka berniat jahat memalukan Aduka dan keluarganya. Saman malu dan ganti rugi perlu untuk menebus maruah keluarga Aduka dan Aduka sendiri. Jangan biarkan Berita Harian memalukan anda sekeluarga. Saman RM101 juta. Yang satu juta tu bagi kek den. Den nak buek amal jariah. Ha Ha Ha. Sebelum ini ada kes yang individu tu menang saman terhadap media massa arus perdana. Den dah lupo. Takpo. Yang penting sekarang famili Aduka mulakan prosiding menyaman Berita Harian. Jangan tunggu esok hari.

Inilah kata-kata paling bodoh untuk manusia yang sememangnya bodoh… Segala kenyataan dalam akhbar dan dalam TV adalah BENAR!! Kalo nko dakwa kat mahkamah pun, nko dan keluarga blogger lahanat tu pun akan menanggung malu buat kali kedua dan menjadi bahan cemuhan dek kerana kebodohan yang melampau…

Memanglah si blogger lahanat tu menyerah diri, tapi Polis tetap ikut prosedur menahan blogger lahanat ni untuk siasatan lanjut… Sememangnya penulis artikel yang bodoh melampau ni jelas berniat jahat untuk menyatakan bahawa akhbar-akhbar arus perdana serta stesen tv sedia ada tidak boleh dipercayai. Adakah akhbar lain yang boleh dipercayai? Harakah lagi la tak boleh percaya… Apapun nasihat, jika nak saman, samanlah… Jangan pula menanggung malu kemudian hari…. Adios amigos…


13 comments

Skip to comment form

  1. 10 BUDAK HITAM

    wah kerek sey! dah la hina Almarhum.. kecoh plak nak gi saman. Memang aduka dan keluarga dia xsenang hidup la kt bumi Malaysia ni!

  2. Anonymous

    Nak tergelak aku baca. Typical Pakatan Rakus punya style. Dah salah, nak alih perhatian, saman balik. Macam idola mereka dalam PKR dengan DAPig tu. Kelako-kelako. Ade je orang nak ambik kesempatan nak dapat galmer free. Haak ptuih!!!

  3. lara_nur

    apa pun dia memang tak patot la post entry camtu.kononnya bangga rating blog dia naik mencanak.tapi tak bermaruah la.orang dah meninggal hormat la sikit.bukannya almarhum sultan tu ada buat salah ngan dia pun.kita ni orang melayu ada adab…cakap tu lain kali pandang2.jgn melampau sangat.skang tengok sapa susah? diri sendiri jugak! apa boleh lara cakap lagi berani buat berani la tanggung

  4. YANG GAMBI

    Salam bro,

    Inilah ibubapak yang tidak pernah bersopan santun, sebab itu anak-anak juga kurang ajar tidak beradab…. kalau budak malaun ini betul2 serah diri, mengapa mesti serah diri di Kelantan ? Tidak di Johor ? orang kata bapak kencing berdiri, anak kencing berlari, ibu biawak mengajar anak makan telor, akhirnya telor sendiri kena baham…….

  5. Jeffry

    SLM BRO..DIA NAK SAMAN APENYE..BTUL LA POLIS TAHAN DIA SELEPAS DIA SERAH DIRI. TAK KAN LA NAK BIARKAN DIA LEPAS GITU JEK?. APE LA PUNYE BODOH MANGKOK TU BIKIN STETMEN MCMTU KEHKEHKEH ADOIYAIII

  6. Mohd

    Sepatutnya ibunya yg adalah seorang Guru Besar sekolah patut disaman kerana telah gagal mendidik anaknya sendiri!

  7. +faliqfahmie

    Jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan.

    Bole gune lagi ke akta ni?
    Smua orang bole escape nampak gayenye. Just mintak maaf, settle. Esok buat lagi

  8. Anonymous

    Bangang mana yg boleh buat komen mcm org tak reti menulis tu. Nampak sgt otak tahap hampeh, agak kerja mangkok ayun ni merempit jer kot.

    terima kasih kpd bloggers semua hingga melayu biadap tu dh serah diri/tertangkap (itu bukan isunya) tapi tlg jgn kita seronok sgt sbb kat luar sana ramai bangsa yg bukan jenis kita ni yg tak kurang juga biadap dan kurang ajarnyanya menghina almarhum. Cuba search blog kat bawah ni, http://guttermalaysia.blogspot.com/
    Takkanlah kita hanya garang kat sesama kita sedangkan bangsa satu lagi ni kita biarkankan saja. Itu sbb kepala depa bukan main besar skg ni. Harap bloggers yg hebat2 kat sini buat sesuatu hingga bangsat itu juga kantoi. Tlg lah jgn tunjuk berani kat banga kita saja !! TQ….

  9. keys

    betul laa di TAHAN POLIS
    dah kau serah diri lepas tu POLIS tahan ler..

    patut la adukatarakguna ni bengap… rupanya memang dari keturunan BENGAP

    HAHAHA

  10. eXception

    Ingin dimaklumkan bahawa blogger yang menulis blog guttermalaysia adalah warga Singapura. Maka, tindakan sememangnya sukar diambik kerana ianya bukan warganegara Malaysia…

    Kesalahan tidak patut dibebankan pada keluarganya. Sbb Aduka Taruna sudah besar, patut boleh pikir. Tapi disebabkan hati dah hitam… Akal dah tak berfungsi lagi.

    Cuma ada sedikit percanggahan maklumat dalam Berita Harian. Aduka Taruna bukan ditahan sekitar Kota Bharu, tapi di IPD Kota Bharu.

    Kadang-kadang wartawan juga mencedok maklumat dari cakap-cakap orang. Tanpa ditanya dulu pada pihak Polis. Entahlah…

  11. Anak Lenggong

    Mamat tu tau tak prosidur tangkapan oleh pihak Polis sebenarnya sekiranya sasaorang itu menyerah diri kat balai polis ataupun penjenayah tu ditangkap oleh orang awam..kemudia diserahkan kepada polis..pihak polis akan memebuat tangkapan semula..itu prosidurnya..tu la bangang kalau tak tau proses prosidur jangan nak memandai…sama jugak ngan mangkok aduka@ mamat bjual burger kat senawang tu belajar je kat politek..tapi dah nak nunjuk hero walaupun dia tu kencing pun belum lurus…sekarang terima je la akibat daripada perbuatan sendiri..

  12. eXception

    Sorry geng… 6 hari tak online… Bukan apa aku blk kampung… Ada majlis sket… Kat kampung susah nak dpt coverage internet… leceh tol…

  13. Builder

    "AT (Aduka Taruna) telah pun menyerah diri dan membantu siasatan pihak polis. … yang baru berlalu, saya dan keluarga sempat pulang ke kampung ayah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Current day month ye@r *