«

»

May 02

Kematian Osama Laden Tidak Akan Menghentikan Kezaliman AS



Kematian Osama Laden Tidak Sesekali Menghentikan Perang Amerika Terhadap Islam


Pemimpin Rangkaian Al-Qaeda – Osama Bin Laden

Dikatakan bahawa Pemimpin Rangkaian Al-Qaeda Osama Bin Laden (gambar) yang kononnya dalang disebalik tragedi 11 September 2001 yang mana dua pesawat yang juga kononnya dirampas oleh pengganas Al-Qaeda untuk melanggar World Trade Center di New York serta melanggar Pentagon telah terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera di Pakistan…

Berita ini disiarkan secara meluas seluruh dunia hari ini… Samaada benar atau tidak, tidaklah dapat dipastikan kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui…

Apapun jika benar Osama Laden telah terbunuh, eXception pasti dengan kematian Osama Laden tidak akan sesekali menghentikan perang Amerika terhadap Islam… Malah Amerika akan terus mencari alasan demi alasan demi menghalalkan darah umat Islam untuk dihirup dengan rakus atas nama perang terhadap pengganas…

Seperti yang kita sedia maklum bahawa Amerika mempergunakan NATO dan memperbudakkan PBB untuk terus-menerus menyerang Libya atas alasan kononnya Muammar Gaddafi menzalimi rakyatnya dan menutup sebelah mata serta buat-buat tak nampak dengan kezaliman yang mereka (Amerika) sendiri lakukan terhadap Afghanistan dan Iraq… Sebenarnya Muammar Gaddafi ini telah menjadi musuh Amerika sejak sekian lama, kerana pemimpin tersebut sangat lantang menentang dasar Amerika… Walaupun Muammar Gaddafi cuba untuk berunding dengan pemimpin pembangkang, Amerika tetap berkeras mahu membunuh Muammar Gaddafi dengan apa sahaja alasan sekalipun untuk menghalalkan tindakan mereka itu…



Muammar Al-Gaddafi – Presiden Libya

Kita boleh lihat tragedi di mana keluarga Muammar Gaddafi terbunuh dalam serangan roket oleh NATO… Jelas betapa tidak berhati perut dan kejam teramat tentera NATO ini di bawah arahan Barack Obama yang merupakan Presiden AS yang mana sebenarnya hanya menjadi pak turut Yahudi Zionis…



Keadaan rumah Seif Al-Arab, anak lelaki bongsu Gaddafi rosak teruk akibat serangan udara NATO di Gargour, Tripoli, semalam yang mengakibatkan Seif al-Arab dan tiga cucu Gaddafi terkorban.

Kesimpulan di sini, tidak kira jika Muammar Gaddafi menjadi mangsa seterusnya selepas Saddam Hussein dan Osama Laden ataupun selepas Muammar Gadafi nanti mungkin giliran Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad… Perang Amerika terhadap Islam tidak akan berhenti… Selagi Islam masih bertapak di dunia ini…

Mudah-mudahan Allah memberikan azab dunia yang lebih dahsyat kepada Amerika dan Israel atas kekejaman yang mereka lakukan terhadap umat Islam seluruh dunia…. Amin…

Nota: Dikatakan Osama Laden tidak mati dan ianya pembohongan Amerika. Mungkin Rajahmas ada jawapannya… Klik sini: Osama Bin Laden tidak mati?


2 comments

  1. anselmo

    Alfatihah untuk Allahyarham Osama bin Laden, moga Allah menempatkannya didalam golongan meraka yg beriman. Apa pun Osama telah buat, dia adalah saudara kita, dunia akhirat.

  2. eXception

    Kematian Osama masih belum nyata lagi… Sila rujuk blog ini: http://panglima-harimau.blogspot.com/2011/05/gempar-adakah-berita-kematian-osama.html dan http://rajahmas.blogspot.com/2011/05/osama-bin-laden-tidak-mati-amerika.html
    Mungkin Obama sudah terdesak untuk dapatkan pengaruh ataupun kemungkinan Osama sudah meninggal akibat sakit sebelum ini… Kerana hingga sekarang tidak ada sebarang video terbaru dari Osama dan memungkinkan Washington mengambil jalan mudah menjadi wira di mata rakyatnya yang bodoh… Kononnya mereka berjaya membunuh Osama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>