«

»

Jun 04

Kementerian Belia & Sukan Minta Maaf… Apa Kes?



KBS Minta Maaf Atas Pengajuran Konsert K-Pop Semasa HBN2012

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memohon maaf sekiranya persembahan artis dikenali sebagai KPop dari Korea dalam Himpunan Jutaan Belia Ahad lalu, menyinggung perasaan mana-mana pihak di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berjanji pihaknya akan lebih berhati-hati untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang.

“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya mereka tersinggung dengan persembahan K-Pop, yang dikatakan berpakaian kurang sopan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria Selasa lalu, bahawa program belia itu tidak seharusnya dicemari dengan pemilihan artis dari luar negara yang kurang sopan dari segi aksi dan pemakaian.

Ahmad Shabery berkata, beliau menerima dengan baik teguran membina mana-mana pihak mengenai program yang diadakan sempena perhimpunan itu.

Menurutnya, sepanjang program lima hari itu, lebih 500 acara diadakan. “Mungkin ada beberapa acara perlu dilihat kembali. Saya amat terbuka, tetapi banyak perkara lain yang boleh dilihat.

Malah banyak program keagamaan dan modal insan turut diadakan,” katanya.


Tahniah Datuk Seri… Kerana berani meminta maaf atas ketelanjuran KBS dalam melaksanakan program-program di dalam Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya minggu yang lepas. eXception juga harap pada Himpunan Jutaan Belia yang akan datang, kurangkan pentas konsert… eXception lihat terlalu banyak pentas konsert…

Kemudian adakan lagi Maha Youth, ianya sangat bermanfaat bagi belia menceburkan diri dalam bidang pertanian. Malah sediakan khidmat nasihat dalam bidang pertanian untuk belia bagi memudahkan mereka mendapat maklumat dengan lebih jelas.

Pameran pasukan beruniform sepatutnya diperhebatkan lagi, bukan sahaja dengan demonstrasi menyelamat, malah adakan lebih banyak lagi aktiviti.

Apapun tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kerana berani mengaku kekhilafan KBS…

Jadi bagaimana pula dengan Nik Aziz?? Berani ke korang desak beliau meminta maaf atas kegagalan beliau mengekang budaya K-Pop (Kelate Pop) Di Kelantan??

Bagaimana pula dengan MB Selangor yang membawa masuk artis K-Pop untuk membuat persembahan di MTV World Stage?? Berani ke korang desak Khalid Gagap ni meminta maaf kerana membawa budaya yang tidak sihat?


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>