«

»

Aug 16

Kenyataan Tidak Konsisten, Adakah Dia Sudah Nyanyuk?


Nik Aziz liabiliti Pas?

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bahawa DAP boleh menghina Islam, mengundang bantahan pelbagai pihak dari kalangan orang Islam.

Setelah dikritik hebat kerana menentang perbincangan idea kerajaan perpaduan dan menghina UMNO (“pergi jahanam dengan UMNO” dan “UMNO lebih buruk daripada komunis”), sekali lagi masyarakat Islam membidas Menteri Besar Kelantan itu.

Rumusan yang dibuat oleh kalangan orang Islam ialah Nik Aziz tidak lagi boleh menjadi sandaran dalam menjaga kesucian agama Islam serta perpaduan ummah.

Kenyataan beliau lebih menjurus menjaga kepentingan politik dan bukan kepentingan Islam. Sudah menjadi bahan sinikal termasuk di kalangan ahli Pas, Nik Aziz dikatakan rela mengutamakan kepentingan DAP daripada menjaga kepentingan Islam. DAP dulu, Islam kemudian.

Sebab itu, tiada pemimpin Pas tampil mempertahankan kenyataan beliau kerana sedar apa yang dinyatakan oleh Nik Aziz berhubung isu itu adalah salah. Awang turut menerima panggilan daripada seorang profesional yang menjadi aktivis Pas bahawa komen Nik Aziz dikhuatiri menjadi liabiliti kepada parti itu.

“Kami tidak mahu Tok Guru dilihat membawa malu kepada Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Ayah Pin (pengamal ajaran sesat yang sedang diburu pihak berkuasa),” katanya lagi.

Lalu aktivis itu menyatakan kenyataan Nik Aziz tidak mencerminkan pemikiran seluruh pemimpin dan ahli parti itu. Katanya, Nik Aziz juga manusia biasa dan tidak terlepas daripada kesilapan. Dari satu segi Awang setuju. Tetapi persoalannya sudah terlalu banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang dikhuatiri boleh membawa mudarat kepada umat Islam dan kesucian agama.

Adakalanya Awang pelik hujah Nik Aziz selalu berbelit-belit dan tidak konsisten, dulu haram sekarang tidak. Dulu kafir tetapi kini sahabat politik. Bukan Islam luar negara tidak boleh hina Islam, anehnya DAP boleh. Memang banyak kenyataannya yang meragukan termasuk boleh bekerjasama dengan syaitan dan memperlekehkan sesama orang Islam. Sesungguhnya umat Islam mengharapkan walaupun Tok Guru adalah orang politik tetapi dapat mempertahankan kepentingan Islam mengatasi pertimbangan politik. Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baru (PKR) Zulkifli Nordin, yang tidak gentar mendahulukan kepentingan Islam. Beberapa pemimpin Pas yang lain juga setidak-tidaknya berdiam dan tidak akan menyokong DAP jika menghina Islam.

Persoalannya sekarang Awang bimbang, lagi banyak Nik Aziz bersuara makin banyak kesilapan yang beliau lakukan, yang bukan sahaja merugikan umat Islam malah juga Pas. Mungkinkan beliau perlu berdiam untuk menyelamatkan imej Pas?

Awang Selamat

Sumber: Utusan Malaysia Online

Tulisan Awang Selamat memang selalu aku ikuti. Banyak tulisannya yang menarik minat aku. Dan ramai juga kalangan pembangkang tidak menyenangi tulisan Awang Selamat. Apapun mengenai tulisan Awang Selamat berkaitan Nick Ajisz yang selalu mengeluarkan kenyataan tidak konsisten ini, memang aku sangat bersetuju. Jika sekali dibuat kesilapan tidak mengapa. Ini berkali-kali mengulangi kenyataan berbelit-belit, adakah ianya dilakukan tanpa disedari. Jika betul ianya tanpa disedari sudah nyata Nick Ajisz menghidap penyakit Alzheimer… Atau dalam bahasa mudahnya ialah NYANYUK…



8 comments

Skip to comment form

  1. Tungaklangit

    salam bro exception

    nik aziz ni kalau tak dinasihati macam2 kenyataan akan timbul nanti

    silap2 haribulan kahwin ghaib pun ok kot sebab dia org bukan Islam katanya nanti

    salam

  2. eXception

    entahla… byk sgt makan budu gamaknya….

  3. kamal

    AHLI AHLI PAS SEBENARNYA SUDAH MEMBERI ISYARAT PADA TGNA..TAPI NIK AZIZ NI TAK FAHAM FAHAM JUGA….MESEJ JELAS PADA MUKHTAMAR YANG LEPAS APABILA KESEMUA CALON NIK AZIZ SEMUANYA TEWAS DAN YANG TERBARU DI MANEK URAI…JELAS NIK AZIZ NI SUDAH DITOLAK OLEH SEBAHAGIAN RAKYAT…..

  4. Jeffry

    SLM BRO..MUNGKIN PAK AJIS DH TERLEBIH ILMU SAMPAI SANGGUP MENGELUARKAN KENYATAAN MENGHIRIS HATI ORG2 ISLAM. TAPI APE BLH BUAT. KLU PERANGAI DH MCM TU, TELINGA PENUH DGN TAIK SEGALA APA NASIHAT PUN DH X GUNA!

  5. PUTRA MERDEKA

    salam bro,
    arak + babi = nik aziz ~
    haram + haram = haram jadah!

  6. eXception

    Apapun, semua kenyataan Nik Aziz berbaur politik. Takde satu pun menghala ke arah kebaikan… Tiada yang mengajak kita membuat amal, tetapi lebih menjurus kepada ajakan untuk perkara mungkar…

  7. kayugetah

    “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya – kata2 dari ULAMA yg Nyanyuk….

  8. eXception

    UMNO takde beri sebarang jaminan penyokong mereka masuk ke syurga atau ke neraka. Sebab hanya ALLAH SWT sahaja berhak menentukan berdasarkan amal makruf dan nafi mungkar kita… Aku rasa ulama PAS tu bukan sahaja dah nyayuk tapi dah mabuk beer… Apa dia ingat PAS boleh beri jaminan org ke syurga ke? Jadi bila org kafir jd ahli PAS, secara automatik masuk syurga? Aku rasa ulama PAS ni mula mengarut… UMNO tak pernah kata jika sokong mereka, masuk syurga… Tapi PAS memang ada… Jika PAS kata ulama mereka boleh beri syafaat dan jaminan ke syurga itu namanya dah merampas hak Allah…

Leave a Reply


Hit Counter provided by Orange County SEO