«

»

Jul 02

Keputusan Penuh Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012

Sepanyol Menang Mudah Terhadap Itali Dalam Perlawanan Akhir UEFA Euro 2012

Sepanyol mempertahan kejuaraan Eropah apabila menewaskan Itali 4-0 pada perlawanan akhir UEFA EURO 2012 di Stadium Olimpik Kiev, Ukraine, awal pagi tadi.

Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit ke-14 kemudian diikuti jaringan oleh Jordi Alba pada minit ke-41, sebelum tamat separuh masa pertama.

Selepas perlawanan separuh masa kedua bermula, gawang gol Itali meledak lagi. Gol ketiga dijaringkan oleh Fernando Torres pada minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusi jaringan Juan Mata.

Fernando Torres telah dianugerahkan dengan anugerah Kasut Emas atas kejayaannya menyumbat 3 gol sepanjang perlawanan EUFA EURO 2012.

Apapun UEFA EURO 2012 menutup tirainya hari ini dan akan menemui kita sekali lagi pada tahun 2016 nanti dan Perancis akan menjadi tuan rumah acara berprestij ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>