«

»

Dec 16

Kerajaan hampir tumbang kerana ada Ahli Parlimen BN yang memonteng


Bila terbaca tajuk di atas pasti ramai dah jangka topik apa yang aku ingin sampaikan. Ianya berkaitan sidang pembentangan bajet sehingga lewat malam. Di mana peristiwa pada malam itu menyaksikan Al-Juburi dan konco-konconya cuba menumbangkan kerajaan BN dengan secara demokratik (ini memang aku puji sebab dia pandai guna kelemahan BN).

Undian bantahan terhadap bajet yang dikemukakan oleh BN ditolak dengan majoriti oleh Ahli Parlimen pembangkang yang membuatkan keadaan menjadi agak panas (bagi ahli parlimen BN) kerana kekurangan bilangan ahli parlimen BN sendiri yang hadir.

Mujurlah dengan izin Allah SWT yang tidak mahu Malaysia dikuasai oleh seorang peliwat dan konco-konconya dari puak komunis dan puak penjual maruah agama. BN menarik nafas lega apabila majoriti yang menyokong pembentangan bajet tersebut berpihak kepada mereka.

Sesungguhnya peristiwa malam itu merupakan satu pengajaran bagi ahli parlimen BN yang suka sangat memonteng. Hmmm macam budak-budak perangai. Seeloknya selepas ini diwajibkan semua ahli parlimen agar hadir ke sidang dan membatalkan segala urusan yang tidak penting.

Bagi aku tiada guna jika mereka dipilih oleh rakyat jika gagal menjalankan tugas dengan baik. Di manakah mereka ketika sidang tersebut berlangsung? Di rumah? Di luar negara? Di kedai kopi?

Apapun itu merupakan peringatan dari Allah supaya BN tidak lalai.


8 comments

Skip to comment form

  1. YANG GAMBI

    Bro, setuju sangat dengan pendapat tuan…… YB-YB Bn wajib peka dengan undi rakyat pada mereka….

  2. eXception

    Ye betul, jgn anggap bila dah jadi AP dah boleh goyang kaki. Takde sokongan rakyat jgn harap dpt jd AP… Jadi AP kena balas blk sokongan rakyat. Rakyat bukan nak duit dari AP, rakyat bukan nak rumah dari AP dan rakyat juga bukan mintak mengemis dari AP. Tapi rakyat mahukan AP jalankan tugas mereka untuk rakyat.

  3. lagenda

    Salam Ziarah……

    MP BN masih tidoq-tidoq-tidoq tidak menyedari Anwar bijak untuk menggunakan cara halus untuk mengulingkan kerajaan..Tak kan nak mengharapkan nasib setiap masa kot

  4. eXception

    Ye betul, diorg hanya serah bulat-bulat 100% kepada PM dan TPM. Harap PM dan TPM bertindak tegas…

  5. GomoGeromal

    AP Be-eNd memang mcm tu… nyesal taksudah aku ngundi Be-eNd ni.

    Ade ke tak sampai 50% pun MP Be-eNd (hanya 66 dari 140 MP) yg hadir dlm sidang… makan gaji bute betul! Lebih MP PR sebab yg tak datang tu hanya 25% (20 dari 82 MP). Nak harapkan bantuan senator dan Timb2 Speaker. Malah TPM dan PM 1Msia pun terhegeh2 nak kene turun ngundi…. sian-sian!

    Nyesal aku ngundi Be-eNd…..!

  6. eXception

    GomoGeromal, aku tau nko bukan Gomo sebenar. Apapun itu hakikat manusia. Ada masanya lalai. Jika Allah masih mengkehendaki PR memegang tampuk pemerintahan Malaysia, maka pada malam itu juga BN akan tumbang. Apapun bukan AP BN shj yg ponteng. AP PR pun ada yg memonteng… Hakikat namanya manusia… Macamlah masa sekolah dulu nko tak pernah memonteng…

  7. GomoGeromal

    Hakikatnya peratus yg ponteng lebih tinggi MP BN (70%) dari PR (25%)…! Takcaya… tanya PM!

  8. eXception

    Ya betul kaki-kaki ponteng dari kalangan BN seharusnya kena sebat… Walaupun aku sokong BN tp aku x suka perangai AP mcm ni… Kaki ponteng…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>