Kerajaan PAS Kedah Cuba Berdolak-Dalik Isu Banjir Lumpur Di Sik Kedah
PAS Kedah melalui SETPOL MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, cuba menipu di bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengatakan bahawa pembalakan yang berleluasa adalah atas lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri terdahulu iaitu semasa Kedah di bawah UMNO.
Apa la kebodohnya mangkuk-tingkat ayan ni… Bukti dah terang dan nyata… Tengok je gambar kat atas, lesen tu dikeluarkan dalam tahun ni. Tahun 2010… Bukak mata terang-terang, aku dah bulatkan… Jadi adakah tahun 2010, UMNO masih berkuasa di Kedah?? Lu nak tipu pun tengok-tengok la keadaan dulu…
Sila baca artikel yang ditulis di dalam blognya: Banjir Di Sik Dan Baling…Pasai Pembalakan La Pulak
Apa yang aku nak highlight kat sini ialah kenyataan berbohong Setpol MB Kedah ini…
Saya alu-alukan langkah politiknya tu, kita tengok la apa hasilnya. Tapi mau ingat juga, sejak 2 tahun setengah kerajaan PR di Kedah, belum ada kelulusan pembalakan di Rimba Teloi, kalau ada pun, ia lulus di zaman bos dia jadi MB dan menguasai kerajaan. Kita boleh tengok lah sapa yang dapat kawasan tu, berapa depa bayaq masa tu, sapa nak kena jawab!
Dan ini….
Oleh kerana sepanjang bulan Mac 2008 hingga kini belum ada kelulusan pembalakan di kawasan itu oleh kerajaan sekarang; dan proses mengubahasil yang memakan masa hingga 3 tahun, MAKA, kalaupun ada pembalakan di situ pada bulan September 2009, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh kerajaan BN dan dalam tangan big bosnya dalam tahun 2006 -2009. Ia adalah tanggungjawab dan kawalan mutlak kerajaan BN.
Aku rasa MB Kedah sendiri yang tido tak lena. Bukan apa… Takut penipuan terbongkar… Ha ha ha ha… Kepada Muhammad Sanusi Md Nor, nko buat dosa kering je bulan Ramadhan ni…

16 comments
Skip to comment form ↓
MUHAMMAD SANUSI MD NOR
August 16, 2010 at 12:29 pm (UTC 8) Link to this comment
Salam sdr…saya siarkan komen sdr ttg hal ini, saudara juga mesti'jantan' juga seperti saudara minta saya 'jantan'.
Yang saudara bulatkan itu bukan kelulusan kawasan balak, tetapi lesen menebang setelah kelulusan dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi(JHB).
Untuk maklumat saudara dan seluruh pembaca, kelulusan kawasan ini diluluskan dalam mesyuarat JHB pada 25 Ogos 2005 dan 9 November 2005, iaitu di zaman BN menjadi kerajaan.
Lesen menebang adalah proses terakhir dalam proses membalak selepas kelulusan diberi. Sebelum dapat lesen menebang, sesuatu kawasan yang diluluskan mesti melalui proses persempadanan, penandaan pokok (tagging), penelitian laluan air dan lain-lain aspek teknikal. Kalau semua peraturan telah dipatuhi, lesen menebang akan dikeluarkan oleh Jab Perhutanan. Telah saya katakan, tempoh antara kelulusan dan menebang memakan masa bertahun-tahun. Ternyata kawasn ini memakan masa 5 tahun sebelum dapat ditebang.
Kalau belum faham proses ini, jangan tuduh orang berbohong. Sila rujuk Jab Perhutanan untuk mengesahkan saudara silap atau betul….sekarang siapa yang berbohong? Saya katakan saudara hanya tidak tahu, bukan berbohong…
jeebond
August 16, 2010 at 1:37 pm (UTC 8) Link to this comment
hahaha.. Kan dah kena.. Nak membodek umno pun agak2 la bro eXception.. Umno Kedah dah tinggal telor dua bijik saje.. Apa lagi yang ko harapkan sebagai habuan menyebar fitnah ko tu.. Ini barulah betul2 FITNAH.. Semoga ko dimaafkan oleh orang yang ko fitnah tu..
Panglima7
August 16, 2010 at 2:39 pm (UTC 8) Link to this comment
kah kah kah…mangkok hayun ni memang berhayun bila dia membawa apa-apa isu. kalau ngko tak faham exception….janganlah nak buat faham pulak. kang ako benamkan kepala ko dalam tempayan…baru ko tahu. ha ha ha…
Panglima7
August 16, 2010 at 3:23 pm (UTC 8) Link to this comment
Ni apa kes..Timbalan Menteri menjadi bapa ayam mensupply pelajar-pelajar kolej berzina dengan pemimpin2 atasan UMNO….!!!!
Tolong citer dgn ako. Ha ha ha ha……UMNO perjuang agama !!!! Bukan UMNO bapak ayam…pantang tengok gadis dahi licin……nak menganai ajer.
Detguaq
August 16, 2010 at 5:47 pm (UTC 8) Link to this comment
Jadi apakah kerana yang dahulu meluluskan, tetapi masa tu hanpa bangkang, mai tang hangpa hangpa bagi halal balik! Jadi maknanya hangpa hanya meneruskan segala kelemahan dengan kelemahan?
Apakah hangpa tak boleh batal kah? kan ka rakyat dah bagi kosa kat hangpa? Mana kertas putih?
Yop Lasah
August 17, 2010 at 3:01 am (UTC 8) Link to this comment
Maklum balas rujuk di link ini ==> http://kedahlanie.blogspot.com/2010/08/banjir-balak-di-sik-komen-blogger-umno.html (kalau anak jantan publish kan comment ni ye)
eXception
August 17, 2010 at 5:22 am (UTC 8) Link to this comment
Aku tak dapat nak membalas lagi komen saudar Setpol, sebab sedang mengumpulkan maklumat. Saya sedang berusaha mengontek rakan-rakan yang bertugas di Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan fakta…
Apapun… Di sini aku nak bgtau, MB Kedah pernah mewar-warkan bahawa pada penghujung Oktober 2009, kerajaan negeri berjaya menghasilkan pulangan premium balak sehingga RM 35 juta berbanding sebelum ini antara RM7 juta hingga RM8 juta pada zaman pemerintahan UMNO dan BN.
Malah telah memperuntukkan sebanyak 2’430 hektar kawasan hutan negeri Kedah sebagai kawasan pembalakan. Ada aduan dari penduduk bahawa penebangan hutan bagi tujuan pembalakan kini sudah amat kritikal memusnahkan kawasan hutan yang menjadi kawasan tadahan air.
Tindakan kerajaan negeri memberikan lesen kepada 10 syarikat bagi tujuan penebangan balak juga adalah amat meragukan. Walaupun ia dikatakan melalui sistem tender terbuka, apakah proses pemberian lesen ini benar-benar telus dan juga mengikut kawalan?
Adakah Jabatan Perhutanan mampu untuk megawal selia setiap penebangan balak yang dilakukan oleh setiap syarikat ini di negeri tersebut? Bukan hanya balak yang bersaiz besar sahaja yang ditebang, balak yang bersaiz kecil sebesar lengan pun diangkut sama dari kawasan hutan Kedah.
Sekiranya benar lesen ini diluluskan sejak zaman BN. Mengapakah Kerajaan Kedah skrg tidak membatalkan sahaja pembalakan tersebut? Oleh itu ke manakah hasil keuntungan pembalakan tsb disalurkan ke poket kerajaan dulu atau kerajaan sekarang?
Kamal Sanusi
August 17, 2010 at 6:11 am (UTC 8) Link to this comment
Salam semua
Membatalkan apa yg telah diluluskan semasa KERAjaan Beer-End memang mudah diucapkan memandangkan kita tidak tahu apa terms & conditions yg termaktub di dalam kelulusan tersebut.
Kerajan Kedah skrg harus melihat dgn lebih terperinci untuk mengelakkan pertelingkahan yg semestinya akan mendarat di mahkamah dgn tuntutan gantirugi yg banyak.
Kenapa harus mengambil tindakan yg telah diketahui akan menimbul 1001 macam masalah dan kerugian?
Manifesto pilihanraya dibuat sedemikian rupa kerana tiada access kepada syarat kelulusan dan dianggap semua proses mengikut prosedur yg dibenarkan.
Tup-tup, PR menang di Kedah. Lepaih tu bila semak segala dokumen KERAjaan dulu, nala karupan punya syarat yg merugikan pihak kerajaan tapi menguntungkan pihak tertentu. Nak ubah lagu mana kecuali memakan masa yg panjang.
Jadiknya, saya selalu nasihatkan it;s better late than nothing. Hanya kerana nak mensensasikan blog, penuhkan citer pertuduhan a.k.a fitnah tanpa fakta, last2 mencerminkan akal cetek sendiri.
Tak gitu?
special task force
August 17, 2010 at 11:21 am (UTC 8) Link to this comment
salam, tn exception. tak payah dok sibuk nak pertahankan UMNO la. parti tu dari dulu sampai sekarang adalah parti bangsawan. kita rakyat ni hanya diperlukan masa waktu mengundi. sekarang bangsawan kelam kabut sebab tergugat oleh kehendak rakyat yang nak humban depa keluar dari tampuk pemerintahan. lantas depa kata, melayu tergugat. melayu mana tergugat. aku sikit tak tergugat. yang tergugat bangsawan dan ahli UMNO. sudah la dah lama, UMNO dok kencing rakyat. depa saja yang betul org lain salah. tok sah dok cari bukti, memang tak da. buat habis masa jer. pasal agreement tu. hangpa ingat senang nak cancel macam tu jer. itulah orang umno tak paham antara kerajaan dan parti. kerajaan kedah sapa pun boleh pegang (memerintah). apa yang umno buat dulu pas kena ikut agreement tu, sebab yg buat setuju agreement tu bukan UMNO tapi kerajaan kedah kalau kerajaan PAS batal maka bermaksud kerajaan Kedah batal agreement. alamat dia kena saman la. tolong pikiaq sikit jangan dok tengelam dalam UMNO tu tak de pekdah.

August 18, 2010 at 4:17 am (UTC 8) Link to this comment
Budak bangang ni bukan nya reti aka paham beza antara parti dan kerajaan..
Bro exception.. Apa2 hal aku memang respek habis la cadangan hebat ko supaya kerajaan kedah batalkan saje perjanjian balak yang merugikan kerajaan negeri itu..
Hahaha.. Disitulah aku dapati perbezaan pemikiran antara otak ko dan otak budak tadika.. Tak ada beza kan.. hehehe
eXception
August 18, 2010 at 4:45 am (UTC 8) Link to this comment
Di sini aku sertakan pendapat dari Brader Penghuni Gua (PG), setelah aku dapatkan pandangan beliau… Di bawah ini adalah komen beliau mengenai isu ini… (pembetulan telah dibuat terhadap beberapa ayat)
bab nak lulus kawasan balak ini ? tak sampai seminggu pun. lihat aje pengalaman saya di kelantan dulu yang melibatkan seorang ecxo dan orang kedua tertinggi dalam pemerintahan PAS kelantan. Lulus dalam masa seminggu kawasan yang tak ada balak pun. tujuannya nak kebas dan curi balak orang kafir/ Thailand. Fatwa ustaz dan YB ini sekarang ini MP PAS di xxxxx kelantan ialah balak orang kafir halal untuk dicuri. akhirnya 12 pegawai hutan kelantan di culik oleh marin thai termasuk pengarah hutan kelantan dan pegawai hutan tanah merah. TGNA tahu kisah ini dan siapa terlibat. sebab itu TGNA pindahkan beliau dari DUN ke parlimen xxxx. TGNA mengeleng kepala ….
jadi bab balak ini , sehari pun boleh lulus. Kalau tak lulus pun, boleh tebang dulu. Papan kenyataan untuk pembalakakan boleh naik dulu untuk menipu orang ramai kononnya ada lesen. semua ini kerana keterlibatan dari anasir yang paling atas sehingga lah ke bawah. Bab duit dan xxxxx serupa aje. Pak aji PAS lagi le kelabu mata. sebabnya bari sekarang nampak dan baru dapat. Lihat ajelah ADUN kedah. Lihat le perubahan cara hidup mereka.
jangan cakap kerana duit gaji le. Bantai semua projek kutip sampah dll melalui proksi.
jadi kepada setpol kedah tu. jangan cakap banyak lah. Makan kedarah rasuah ini serupa aje. Dilihat dari keadaan hari ini, kome yang lebih teruknya. cuma dapat melindungi diri dengan jubah dan ketayap aje.

Safee
August 18, 2010 at 1:28 pm (UTC 8) Link to this comment
Salam Bro eXception.
Saya usha2 jugak pandangan bro kat sini. Harapnya boleh la sertakan bukti2 konkrit ya bro. Kalau sekadar pandangan tu belum tentu kukuh bro.
Kalau nak berhujjah ni baik ada sesuatu yang kukuh sebagai sandaran (macam yang bro minta pada saya dalam link 'Puteri UMNO Minum Arak?' tu)
Kita dalam proses mencari kebenaran. Harap jangan berhujjah dengan emosi ya
(Ini je la yang boleh ditaip dalam2 keadaan xsihat ni, maaf sangat2)
Anak Perelih
August 21, 2010 at 3:08 pm (UTC 8) Link to this comment
itu tempoh kuat kuasa lesen…. bukan tarikh lesen dikeluarkan…
nak tau tarikh lesen dikeluarkan.. pi tengok kat dokumen lesen tu la….
eXception
August 27, 2010 at 6:47 am (UTC 8) Link to this comment
Pelik, memang pelik. Sampai skrg Kerajaan Kedah masih belum berani dedahkan tarikh lesen pembalakan tsb diluluskan…