«

»

Sep 15

Kes Datuk Sosilawati Dan Perbezaan Dengan Kes Lain

Kes Datuk Sosilawati Dan Perbezaan Dengan Kes-Kes Lain

Salam sejahtera dan salam aidilifitri diucapkan kepada semua pengunjung blog yang beragama Islam terutamanya rakan-rakan seperjuangan yang lain. Maaflah jika lama tak update blog ni, sebab pulang bercuti di kampung. Malang sekali di sana tiada Internet.

Antara isu yang sedang hangat diperkatakan kini tak lain tak bukan ialah isu kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Ramai yang memuji kecekapan PDRM malah ada segelintir badut-badut sarkis mengeji PDRM kerana lambat bertindak. Kebodohan badut-badut ini jelas ternyata dengan mengaitkan kes ini dengan kes-kes lain seperti kes Adik Nurin Jazlin, kes Adik Sharlinie dan kes Altantuya.

Antara tuduhan liar mereka terhadap PDRM ialah kenapa PDRM tak bertindak awal bagi mencegah kes pembunuhan terjadi. Badut-badut yang tak pernah bersekolah ni tentu asyik baca Harakah atau Suara Keldaian… Hingga akhbar Utusan Malaysia serta Berita Harian dilupakan.

Di sini aku ingin memberitahu bahawa keluarga Datuk Sosilawati membuat laporan Polis pada 5 September yang lepas. Di mana di dalam laporan tersebut mengatakan Datuk Sosilawati didapati menghilangkan diri sejak 30 Ogos yang lalu.

Setelah menerima laporan, Polis perlu meneliti terlebih dahulu motif kes ini samaada melarikan diri (mungkin lari dari bayar hutang), ke luar negara tanpa sempat memberitahu keluarga atau culik. Memandangkan laporan yang dibuat mengatakan Datuk Sosilawati membawa 3 lagi orang iaitu pemandu peribadi beliau, peguam dan seorang pegawai bank. Mengikut laporan, Datuk Sosilawati mempunyai urusan di Banting. Maka Polis mungkin syak ianya kes culik, lalu menunggu panggilan dari penculik meminta wang tebusan dan pada masa yang sama siasatan dan pencarian giat dijalankan.

Kemudian pada 6 September kereta BMW X5 milik Datu Sosilawati ditemui di USJ1, Subang Jaya manakala sebuah lagi BMW 525i milik peguam tersebut ditemui di Hotel Dorsett, Subang Jaya. Ini membuktikan Polis melakukan operasi mencari dan menyiasat. Kemudian kereta Proton Perdana milik pegawai bank ditemui di Shah Alam. Kini Polis telah mungkin menguatkan motif adalah berunsur penculikan memandangkan kesemua kenderaan mangsa dijumpai berasingan. Pada masa yang sama Polis giat mengesan cap jari pada kereta bagi mengenalpasti kesan cap jari asing, iaitu cap jari selain dari pemilik kenderaan tersebut.

Kemudian pada 8 September, seorang wanita warga India datang ke Malaysia untuk membuat laporan Polis berhubung kehilangan suaminya sejak Januari yang lalu dan memberitahu Polis lokasi di mana suaminya melakukan pertemuan dan siapa yang ditemui suaminya berdasarkan perbualan telefon dengan suaminya sebelum suaminya hilang. Polis cuba mengaitkan kes tersebut dengan kes Datuk Sosilawati kemudian menyerbu sebuah ladang di Banting dan menahan beberapa individu termasuk seorang peguam.

Hasil siasatan Polis, menunjukkan mangsa mungkin dibunuh pada malam 30 Ogos. Sekiranya Polis bertindak cepat pun tak dapat menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut. Apapun tanpa laporan yang dibuat oleh wanita warga India tersebut sudah pasti kes ini lambat diselesaikan dan penjenayah dapat melarikan diri ke luar negara.

Tahniah kepada PDRM atas kecekapan anda semua dalam menyelesaikan kebuntuan kes ini.

Bagaimanapun di sini aku ingin terangkan perbezaan kes ini dengan kes-kes lain. Sebagai contoh kes Adik Nurin Jazlin yang pembunuhnya masih belum dapat ditangkap. Ini kerana ketiadaan saksi yang serta bukti yang mencukupi untuk menjejak penjenayah. Hanya bersandarkan kamera cctv yang kabur belum tentu dapat menjejaki penjenayah tersebut apa lagi jika dapat mengesan nombor pendaftaran motor tersebut.

Dalam kes Altantuya pula ramai kalangan pembangkang cuba menjadi jaguh dengan menuduh Datuk Seri Najib serta Datin Seri Rosmah mendalangi pembunuhan model dari Monggolia tersebut, akhirnya tuduhan tak berasas itu terjawab apabila YB Zul Nordin menjelaskan ianya merupakan fitnah untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib. Malah Raja Petra melarikan diri ke London kerana takut ditangkap kerana menyebarkan fitnah.

Malah kehilangan Adik Sharlinie juga menjadi isu kerana hingga kini tiada penyelesaian. Bukan Polis tak buat siasatan, malah beberapa tangkapan juga pernah dibuat tetapi individu yang ditangkap dibebaskan semula apabila didapati tiada kaitan dengan kes. Ketiadaan saksi, petunjuk baru juga agak menyukarkan. Jangan ingat siasatan ini semudah siri rancangan CSI yang popular di Amerika. Jangan bandingkan lakonan CSI dengan keadaan sebenar. Di dalam siri CSI semua berdasarkan skrip.

Oleh itu aku nasihatkan terutamanya kepada pemimpin pembangkang, jangan jadi badut sarkis. Jika tak tahu prosedur Polis, jangan persoalkannya jika tak tahu. Polis perlu bertindak mengikut prosedur bukan main tangkap muat sahaja. Lebih baik diam jika tak tahu kerana itu tindakan bijak dari bertindak bangang dengan mendedahkan kebodohan diri sendiri.


2 comments

  1. nodame92

    untuk pgetahuan awk,kes mcm nie dh lma dh brlaku lam ngara nie.tp pdrm yg wat endah xendah sbb byk jd kt org besa.tp skrg kes nie jd kt org yg dikeneli,bru la dorg pulun nk wat siasatan n tgk,xsmpai sbulan dh dpt hsilnya..klo siasat dr awal dlu kan ade dh org yg jd mgsa pguam mafia 2..nie suma kes rasuah la.nk tggu org yg popular kna bnuh lu,bru nk tegas wat siasatan..

  2. eXception

    Anda mempunyai bukti mengatakan PDRM tak mengendahkan siasatan? Cuba lihat statistik berapa banyak kes orang hilang yang berjaya diselesaikan? Cakap mesti bersandarkan bukti. Siasatan Polis bukan ikut skrip mcm cerita CSI, semua mesti berlandaskan bukti. Takkan nak main tangkap muat jer? Jika terjadi kes orang hilang, Polis perlu tahu maklumat di mana lokasi terakhir mangsa dilihat, siapa yang menemui atau terlihat mangsa kali terakhir. Adakah mangsa mempunyai musuh atau seteru tidak kira dalam perniagaan atau politik. Sebagai contoh kes Adik Sharlinie yang sampai sekarang tak selesai. Puncanya Polis takde petunjuk serta bukti baru. Takkan hanya bersandarkan bukti orang nampak Adik Sharlinie dilarikan dengan van? Berapa banyak van kat Malaysia ni? Cuba kira? takkan Polis nak geledah setiap rumah rakyat Malaysia yang memiliki van semata-mata kerana Adik Sharlinie dilarikan dengan van? Cakap biar guna kepala otak bukan guna kepala lutut. Jika nak selesai segera masalah orang hilang, kerajaan perlu melakukan sesuatu yang boleh melanggar hak asasi manusia, iaitu dengan mewajibkan semua rakyat Malaysia dipasang implan pengesan. Jadi dengan adanya implan tersebut, maka mudahlah orang yang hilang dijejaki semula kerana adanya implan tersebut. Untuk siasatan dan membuat tangkapan bukan mengambil masa satu jam macam cerita CSI kat tv tu. Ini takde kena mengena dengan orng popular atau tak….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>